sekadar gambaq hiasan
Malam ni gua nak serius sikit. Gua nak tegur, nak nasihat-menasihati. Gua tak sempurna. Gua jugak pernah dan biasa buat silap. Insya-Allah, gua tetap tak terlepas dr buat salah sbb gua cuma manusia biasa yg lemah. Tp mlm ni, gua rasa nak share something yg serius. Tak kisah, lantaklah apa org nak kata kat gua.
Gua masih sorang manusia yg pandang serong kat Facebook. Wlupun gua ada Fb, kadang2 activate kadang2 deactivate, tp gua rasa Fb ni memang nak menjahanamkan umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama di sebalik peranan sosialnya.
Napa gua cakap camni? Byk sebabnya. Gua pernah share dlm posting2 sebelum ni (sini, sini dan sini). Tp mlm ni, gua nak ckp pasal satu sebab je. In relationship. Inilah key point gua yg buat gua makin was-was ngan Fb.
Gua bukan nak overreact ke hape ke. But seyesly, gua nampak aplikasi ni dah disalah-guna oleh ramai kenkawan gua, sepupusepadat sedara mara gua, baik belah mak gua, mahupun ayah gua, baik belah mak kawan gua, ataupun belah ayah kawan-kawan gua. Ini malam gua rasa sayang sama suma kawan gua sangat2, so gua nak cuba selamatkan kawan-kawan sepupusepapat gua suma klu boleh.
In relationship ni hapa ke benda? Gua rasa suma tahu kan. Dalam satu perhubungan. But my kuesyen is, what kind of relationship? Kita org Islam, perhubungan kita wujud ngan suma org. Kita bersaudara antara satu sama lain. Lu saudara gua, gua saudara lu. Lu tak suka itu lu punya hal, tp agama kita dah tetapkan mcm tu. So kita mesti taat, kita mesti patuh.
Tapi..bila mai Fb segala bagai ni, dia bawak sama satu tradisi moden orang Barat. Tradisi mengishtiharkan hubungan peribadi yg intim antara lelaki dan perempuan (yg spesis sejenis tu gua tak nak sentuh, geli!). Intim kat sini bukan bermaksud fizikal, tp perhubungan hati ke hati atau bebudak skang sebut, Love. I love u, u love i. So why not we declare it out so that the whole world knows about us? Gitulah kot.
Heck! Mana mai dalil yg kata boleh sorang laki-laki berhubungan kasih ngan sorang perempuan yg bukan mahramnya? Jawab ni dulu sblm ampa nak bwk kuar sebarang statemen pewajaran! Yeap..gua jugak pernah terjebak ngan suma ni. Gua bercakap pun atas pengalaman sendiri jugak. So gua nampak mana yg baik yg perlu kita ikut dan mana yg tak boleh. Hakikatnya, in relationship tu tak boleh selagi mana ampa tak ada ikatan yg sah di sisi syarak! Jelas?
Masalahnye skang, ramai yg kata, klu kami tak letak mcm tu nanti orang tak tau. Tak best la macam tu kan… Apa yg bestnya? Ada dua persepsi besar bila kita tgk status kawan2 kita mcm tu. 1st, oh dia dah ada pakwe/makwe. 2nd, oh dia ni kinda social person. Yg 1st tu, gua rasa biasa kot. Tp yg 2nd tu, gua takut. Tanggapan mcm ni la yg selalunya membiasakan perkara-perkara mungkar!
Apa kata ampa bila ampa tengok kawan ampa letak status in relationship? Biasa? Tak kisah? Klu ada rasa mcm ni, kiranya anda pun tak memberatkan agama dan tak kisah pada perkara mungkar. Jangan ambik mudah syeikh. Ini berat. Pertama, kita biarkan kawan kita ada perhubungan yg salah, dan kedua, kita rela dia mendedahkan keaiban dan kelemahan dia sendiri. Lalu, bersubahatlah kita. Nauzubillah.
Gua tahu ramai yg bengang bila baca ni suma. Gua mohon maaf. Tp ini demi kebaikan bersama. Fb dan segala bagai lg laman sosial memang dicipta untuk manusia bersosial. Tp kita org Timur, lebih lagi kita org Melayu, lebih-lebih lagi kita ni Islam. Kita kaya ngan malu. Kita ni santun dan berbudi bahasa. Apa perlunya kita ikut budaya orang luar yg sedia rosak?
Lagik yg lagi buat gua sedih, geram, bila ada yg sampai berasa seolah-olah perhubungan tu diredhai Allah. Kononnya dia solat dan dia berdoa semoga diberikan petunjuk. Kononnya dlm doa tu, dia berasa seolah-olah dia tenang dan dia pun teruskan perhubungan tu. Dia tetap berdoa, tp pada masa yang sama, dia tetap melakukan perkara-perkara maksiat. Dating, dan segala bagai lagi. Betoi ka mcm tu? Petunjuk tu, ampa kena ingat selalu, datang sama ada drpd Allah, ataupun syaitan/iblis. Berwaspadalah.


3 comments:
dislike also "in a relationship"..memualkan~
korang jgn salah faham degan makna "in a relationship".Ungkapan tu bukan bermakna seseorang tu ada hubungan sulit dengan sesapa atau hubungan intim n so on...itulah pentingnya english education...bak kata usop wheelcha...
"In a relationship" bermakna seseorang itu ada sedang berkawan,sedang menyesuaikan diri dengan seseorang,bertunang n so on...jangan mudah terjah sesuatu ikut hati...jahat dan baik seseorang tu biar ALLAH yang tentukan...kita manusia...kita akan selalu berkata tentang sesuatu atas logik pemikiran kita sahaja...renung2kanlah
=) terima kasih encik tanpa nama....sy rasa encik yg slh faham, atau mungkin terasa hati..awal2 lg sudah sy jelaskan yg sy bercakap atas pengalaman diri sendiri dan pengalaman rakan2 yg lain..ye sy faham maksud in a relationship tu..sebagai cikgu English, sy amat maklum akn maksudnya. Fb sendiri meletakkan aplikasi camtu ntuk memudahkan kefahaman pengguna antara satu sama lain..cuma yg menjadi masalahnya, bila disalahgunakan..bukan in a relationship tu je, byk lg mcm widowed, engaged dan sebagainya. Bkn dlm Fb je ade, tp berpuluh lg social networks yg guna sistem ni...memang xde mslh ngan istilah tu. Tp klu encik tanpa nama betul2 baca dan faham maksud tulisan sy ni, tak ada pun sy kata salah atau tak boleh...cuma sy menegur supaya kita tidak terlalu obses mendedahkan hubungan cinta kita ngan seseorang..maksud sy lebih jelas, tak perlulah didedahkan ttg sapa pakwe/makwe kita. Ye memang itu biasa skang ni, tp soalan sy, yg biasa tu dibenarkan syarak ke tidak? itu je...kan sy dah ckp, jwb soalan ni sblm nak keluarkan apa2 hujah pewajaran =)...sy bersikap terbuka, tp dlm hal mcm ni, perlu ortodoks. Syarak tetap syarak. Couple itu sendiri sudah salah, ini pula bila didedahkan secara terbuka di laman sosial spt Fb..ini yg saya risaukan, sbb makin hari, kita makin mencerap masuk budaya hidup asing..harap encik tanpa nama tak melatah cepat sgt. Sy sudah memikirkan apa yg encik fikirkan sblm menulis artikel ni =)
Catat Ulasan