Khamis, 16 Jun 2011

Popcorn Saturday : KL Gangster.



Shark menggempur bapak tirinya, King.



Kepada kenkawan yang bercadang nak menonton KL Gangster, ni gua ada sikit popcorn untuk korang. Sabtu lepas gua pi layan muvie ni ngan kenkawan gua yang kepala gila dua orang tu kat Tepeng. Dalam masa dua minggu, dua kali gua layan muvie gangster Melayu iaitu Kongsi dan KL Gangster. Semua ni semata-mata bertujuan untuk  memantapkan kredibiliti gua sebagai samseng kampung yang disayangi ramai.
Dasat. Memang dasat filem terbaru Shamsul ni. Kalau dalam dunia drift ada satu istilah iaitu “superb” yang bermaksud “terbaek abes lah” dan untuk filem ni, gua rasa sikit je lagi nak capai tahap superb.
Pertama-tama, gua amat tertarik, teruja dan terstim abes ngan aksi-aksi pertarungan yang membabitkan brader-brader samseng dalam filem ni. Bagi gua, mungkin ini filem aksi super realistik bukan epik pertama Mollywood yang tak pernah dibikin selama ni.
Filem ini mengisahkan tentang Malek (Aaron Aziz) yang baru dibebaskan selepas lima tahun meringkuk dalam penjara. Malek sudah cuci tangan dan ingin membersihkan diri dan keluarganya daripada dunia gengsterisme yang selama ini telah mengacau-bilaukan mereka. Namun, keluarnya lelaki taiko ini bermakna satu ancaman kepada Shark (Shamsul), seorang taiko muda yang cuba membina empayarnya sendiri.
Dari sinilah kisah keganasan, dendam dan perebutan kuasa atau kawasan antara kumpulan samseng yang kononnya bermaharajalela di Kuala Lumpur bermula. Malek telah disambut mesra oleh Ajib (Shoffi Jikan) yang mahu memancingnya menyertai kumpulan Dragon (Corrie) tetapi pada masa yang sama, King (Rdizuan Hashim) turut berusaha berbaik-baik semula dengan sahabat lamanya itu termasuk menawarkan bantuan dan perlindungan.
Namun, Shark, sebagai orang yang bertanggungjawab menghantar Malek ke penjara dahulu ternyata mahu menghapuskan Malek walau apa cara sekali pun. Setelah cubaan beberapa kali untuk membunuh Malek gagal, Shark telah mengupah Jai (Adi Putra) iaitu adik kandung Malek sendiri untuk membunuh Malek. Shark menyedari perseteruan dalam keluarga Malek boleh digunakan sebagai umpan untuk melemahkan Malek.
 Di akhir cerita, macam selalulah, hero tetap menang. Memang Malek berjaya membalas dendam terutamanya selepas Shark membunuh sahabatnya sendiri iaitu Fadil (Zizan) dan King (bapa tiri Shark) serta mengganggu ibunya. Tetapi Shamsul ternyata berjaya menghilangkan ke-klise-an itu melalui teknik pertarungan yang mantap dan dikoreograf dengan berkesan tanpa ada cacat celanya seperti dalam filem Kongsi.
Selepas menonton filem-filem gengsterisme ini, gua rasa, cukuplah. Cukuplah Kuala Lumpur dipaparkan dari sisi negatifnya secara berlebihan. Gua teringin nak tengok filem-filem pertarungan yang lebih indah dan estetik mcm filem Ong Bak misalnya di mana aspek fizikal dan budaya bukanlah subjek yang perlu dipersalahkan oleh narator seperti Malek di awal dan akhir filem ini.
Kalau boleh, mungkin, jalan ceritanya tentang kumpulan kongsi gelap rakyat asing lawan pasukan khas dari PDRM yang lengkap dengan segala peratan yang belum pernah kita lihat selama ini dalam pasukan polis Malaysia!

1 comments:

missSandwich berkata...

lepas nih mesti sume dh xnk pergi KL..aim Putrajaya plak~~ =))