Jumaat, 25 September 2009

aPSaL KaU CuRaNg????

Suami terkejut isteri berkhalwat

KANGAR 24 Sept. - Hasrat seorang suami untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya hari ini berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel, di sini awal pagi ini.

Lebih menyedihkan lelaki itu sendiri menyertai pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam serbuan di bilik hotel berkenaan pada pukul 5.30 pagi.

Wanita yang bekerja di Sungai Petani, Kedah itu, ditangkap ketika berdua-duaan bersama seorang lelaki, dipercayai ahli perniagaan.

Ketika ditahan, wanita itu yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik sementara pasangannya berada di atas katil.

Dia yang juga ibu kepada dua anak dan dijadualkan menyambut hari lahirnya ke-31 di rumahnya hari ini, hanya berdiam diri ketika disoal oleh pegawai JAIPs.

Suaminya, 31, seorang juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani itu pula tenang semasa soal-siasat dan proses mengambil keterangan dijalankan.

Lelaki tersebut ketika ditemui selepas itu di pekarangan pejabat JAIPs di sini, menyerahkan kes berkenaan kepada JAIPs dan mahkamah.

Beliau mengakui telah membeli kek itu sebagaimana diminta oleh isterinya sempena hari lahirnya.

Beliau memberitahu, isterinya telah dibebaskan hari ini setelah ada pihak yang membayar wang jaminan sebanyak RM2,000.

Pengarah JAIPs, Abdul Malik Hussin ketika ditemui mengesahkan pihaknya menangkap seorang wanita kerana berkhalwat dengan seorang lelaki bukan muhrim.

Beliau berkata, wanita tersebut akan dihadapkan di Mahkamah Syariah Kangar pada 30 September ini.

................................................................


oit..apsal ko curang??

dah mcm &%$#%# aje pompuan cam ko ni..isteri merangkap mak kpd budak-budak yang kau susah payah buat ngan laki ko selame ni, tetibe selamber ghadak je ko gi buat pojek ngan laki len..memang *&&%$$ laa..kalau aku dpt memang aku #%$@&^ je *&^%$@# spesis org mcm ko ni..*&^*&%&@#..


nauzubillah.


tetiba teringat doa yg nabi ajarkan.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

aduh dasyat ssungguh kaum sy skrg..smakin berani mngalahkn lelaki..smoga sy dijauhkn dr celaka sbegini..pe lah nsb wanita 2 skg..apekah suami msh terima dia kembali..hmmmm..

AmaT WaN berkata...

salam saudari dahlia,

ntk pengetahuan saudari, kedua-dua mereka sekarang dlm proses mahkamah. Si suami dah bertekad menuntut hak penjagaan anak-anaknya demi masa depan kedua-adua anak perempuan mereka. Si suami mahu berikan didikan yang sempurna. Sebagai lelaki, saya sangat bersimpati dan memahami kepayahan yg bakal beliau tanggung. Sama-sama berdoa semoga kedua-dua mereka, baik si suami mahupun si isteri, beroleh keampunan dan tabah selalu.