Isnin, 8 Mac 2010

Adoyai..camni pun ade ke?

Gemuk, busuk punca cerai


KUALA LUMPUR 8 Mac - Tubuh badan yang gemuk dan berbau busuk serta tidak menjaga keterampilan diri semasa hendak melakukan hubungan seks merupakan antara faktor yang menyebabkan berlaku penceraian di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Beliau memberitahu, kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) terhadap suami atau isteri yang bercerai mendapati faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa mereka bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.

''Masalah ini bukan sahaja tertumpu kepada wanita tetapi juga kepada lelaki yang dilihat tidak menjaga diri seperti buncit, tidak memberus gigi, mulut berbau busuk dan pelbagai lagi kekurangan dari segi fizikal yang menyebabkan isteri tidak tahan atau tidak dapat menerima.

"Peratus penceraian di Malaysia mencecah 22 peratus sejak beberapa tahun lalu dan dijangka terus meningkat dan antara penyumbang kepada kes-kes tersebut adalah masalah hubungan di antara suami dan isteri yang tidak diselesaikan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Wanita Sempurna anjuran Brandout sebuah syarikat perunding imej di sini hari ini.

Murugiah memberitahu, cara terbaik untuk mengurangkan kes-kes penceraian ialah dengan mengadakan kursus-kursus menjadi wanita atau lelaki sempurna dengan mementingkan penjagaan kesihatan diri.


Ulasan aku:

Aku nak cakap adoyaii….camni pun leh jadi masalah ke? Masalah serius lak tu..adoyai adoyai…kepade kekorang sume jagelah kesihatan dan penampilan diri masing-masing. Amal makruh nahi mungkar hehe..maksud aku, makanlah yang sihat-sihat dan jgn melebih-lebih takut jadi makruh..kalau kesihatan tu baik, badan cun cantik sume, maka pasangan pun selesa dan suke selalu so tak jadilah masalah mcm kat atas tu hik hik hik..mencegah kemungkaran. Bercerai tu kire ok jugaklaa, camne kalau jd kes curang or angkut bini/laki orang? Tak ke mungkar tu???

3 comments:

N A N a t O berkata...

hahahha...mcm2 hal la skang nih...btul gak ulasan yg ko bg tue..isk!

rizuan mh berkata...

ngeh ngeh..nak wat camne.tu la realitinya skang ni kot..we have to be prepared well enough mentally, fizikaly n sexualy hehe.

rizuan mh berkata...

ngeh ngeh..nak wat camne.tu la realitinya skang ni kot..we have to be prepared well enough mentally, fizikaly n sexualy hehe.