Ahad, 28 Februari 2010

Meramaikan Rakyat Malaysia.

-Entri ini berbaur lucah yang sederhana-


Camne nak tambahkan bilangan penduduk Malaysia, tanpe bergantung kpd kebanjiran warga asing?

Wawasan 2020 menetapkan sasaran untuk capai jumlah penduduk sah negara ini tak kurang 50 juta orang. Boleh ke?? Tentu boleh. Penduduk sesebuah negara adalah modal terbesar dan terpenting, juga penentu keluasan pasarannya, yakni untuk pembangunan ekonomi laa kan. So, kalau dah rakyatnya ramai maka kuasa beli termasuk juga soal permintaan dan keperluan akan meningkat. Faktor-faktor lain mcm taraf hidup pun penting jugak. Kalau ramai tp negara miskin pun susah kan hehe..

Tp masalahnye, boleh capai ke? Org Malaysia hari ini cenderung sebenarnya untuk mengurangkan jumlah ahli keluarga. Ni juga difaktorkan oleh faktor kenaikan taraf hidup serta perubahan persepsi umum tentang ‘keluarga besar’ yang dilihat tidak ekonomik dan efisyen dalam kehidupan moden.

So, camne nak capai target tu?

Teringat aku, dulu dalam tahun 1990, pernah berlaku satu kejadian gempar. Pada satu malam seluruh negara termasuk Borneo keputusan bekalan elektrik. Insiden ni telah menyebabkan negara kerugian berjuta-juta ringgit. Bukan saja kilang-kilang terstop operasi mereka, bahkan kegiatan ekonomi yang lain pun terpakse stop jugak sbb pemulihannya mengambil masa yg lame.

Tapi, hehe..ade satu yang best. Kejadian tersebut sebenarnya telah mendorong ramai rakyat Malaysia balik rumah awal. Memang lengang laa negara sebab semua orang balik rumah awal. Tp kan kat rumah pun takde lektrik gak, so banyak la yang masuk bilik tidur lebih awal dari biasa. Bukan tu je, yang selame ni asyik sibuk je pun balik rumah awal dan masuk bilik awal..

Haa…hehe, so boleh agak la kan kalau dah masuk bilik awal tp belum ngantuk, so banyak la aktivitinya. Seterusnya, cuba bayangkan sendiri apa yang berlaku dalam bilik-bilik di setiap rumah di Malaysia pada malam tersebut. Tolong bayangkan yg dah kahwin je ok hahaha..

Terus ke sembilan bulan selepas itu.

Haa..ni lagi best. Malaysia telah mencatatkan kadar kelahiran bayi yang paling tinggi pada sembilan bulan atau sepuluh bulan selepas insiden tersebut. Hehe, so jelaslah di sini, ramai sekali golongan ibu bapa yang mengambil peluang pd malam tersebut untuk ‘bersama’. Yang tak dapat tu hahaha padan mukelah…

So, aku rase, untuk menambahkan kadar kelahiran bayi sekali gus menambahkan lagi jumlah rakyat Malaysia secara efisyen, maka pihak TNB perlu lebih kerap menggelapkan rumah-rumah di negara ini pada waktu malam. At least sebulan sekali ke, biar semua orang balik rumah awal dan lepak kat bilik awal-awal. Yang tak kahwin tu boleh la rehat awal sikit. Keutamaan sasarannya ialah kepada golongan yang dah kahwin dan selalu sibuk je sampai takde mase untuk suami atau isteri hehe..

Dalam jangke panjangnye, kerugian akibat keputusan bekalan elektrik tersebut akan tercover dgn sendirinya apabila semakin ramai rakyat Malaysia yang akan terlibat dlm sistem ekonomi negara mcm beli barangan ke, guna perkhidmatan ke etc..

Sekian.

Sori Dr.Sya hehe..mesti Doctor tak suke kan hahaha..xpe, sekali sekale keje banyak takpe kan.

1 comments:

isyaNIA berkata...

well...labour room must be packed wif all pregnant ladies then.

but im quite disagree wif ur post. i think we can apply a lot of other method compared to what u suggest without causing TNB any deficit in profit. no electricity, means no aircond and no fan, and who wants to have sex in hot room. hehe sorry for being straight.

wif a good maternal care from our health division, low maternal mortality rate, i think we can achieve that target.

but for sure, it needs a lot of effort from married couple.

*twink twink.