Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mei 2011

Ketika Lelaki Bersendirian


Aku tak tahulah betul ke tak, tapi ada orang kata, kalau lelaki makan sorang-sorang, jalan sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang, itu lelaki yang gagal. Sejauh mana benda ni betul, aku memang tak pasti. Apa ukurannya dan adakah ia adil, juga tak pasti.

Bagi aku, lelaki pun ada waktunya lemah, lagi-lagi bila bersangkut-paut soal hati dan perasaan. Nak jaga hati sendiri satu hal, nak jaga hati orang lain pun satu hal. Luaran mungkin nampak ‘bersendirian’ tapi dalamannya, mungkin lelaki tu sedang berusaha menjaga hati-hati yang lain.

Lelaki juga ada waktunya akan bersedih, sunyi dan kadang-kadang seperti kehilangan. Bukan semua lelaki boleh hidup gembira setiap masa. Kawan-kawan cuma sebahagian daripada diri setiap lelaki tetapi sebahagian yang lain, adalah ruang untuk diisi oleh seseorang yang istimewa. Cuma sorang sahaja.


Kalau lelaki dicop sebagai suka mempermainkan hati wanita, tak kurang juga ramai lelaki yang dipermainkan oleh wanita sehingga hatinya menjadi sakit. Tapi tak semua lelaki menzahirkannya. Bila lelaki ingin bersendirian, itu tandanya dia sedang melawan kesakitan itu dengan caranya sendiri.

Lelaki, adalah misteri bagi wanita. Bohong kalau ada wanita yang faham sepenuhnya hati pasangan lelakinya. Masalah lalu akan timbul bila wanita bersikap pentingkan diri. Ramai wanita yang tak hormat keinginan, minat dan kehendak pasangan lelakinya. Bagi mereka, tak mengapa kalau si lelaki itu tak dapat apa yang dihajati atau diminatinya dan si lelaki pula, akan berkorban demi si wanita. Ini tanggapan yang salah.

Memang ada benarnya kalau lelaki sudah sayang, dia akan sayang betul-betul dan penuh-penuh. Tapi wanita-wanita harus ingat, lelaki juga ada perasaan. Mungkin lelaki akan pendam dan pendam dan pendam selagi mampu demi menjaga hati wanitanya, tetapi bolehkah wanita melakukannya untuk lelaki? Tak ramai. Sebaliknya, ramai wanita yang lebih gemar melepaskan terus amarahnya dan si lelaki, kekal bersabar.

Ada juga lelaki yang sanggup melepaskan keseronokan menjadi lelaki seperti lepak dengan rakan-rakannya, berhibur, main bola dan sebagainya hanya semata-mata mahu memenuhi keinginan dan kehendak wanitanya. Tapi ramai  wanita yang lebih utamakan rakan-rakannya walaupun pada waktu si lelaki amat memerlukan kehadiran wanita itu di sisi. Bagi si wanita, teman lelakinya akan faham. Lalu si lelaki pun terus memendam perasaan.

Memang kompleks kalau nak dikupaskan persoalan macam ni. Lelaki bersendirian bagi aku bukan lelaki yang gagal. Wanita yang sanggup mengecewakan hati si lelaki hanya kerana mahu mengejar kebahagiaan, keseronokan tanpa mahu bertolak ansur dengan keinginan dan kehendak si lelakilah yang sebenarnya gagal.

Wanita lebih cepat membuat keputusan, singkat pertimbangannya dan lebih mudah berasa sesal berbanding lelaki, tetapi lelaki boleh hidup ketika dia kecewa dan jatuh. Lelaki juga akan lebih matang apabila dikecewakan. Kematangan itu kadang-kala diperolehnya ketika bersendirian.

Isnin, 7 Mac 2011

Lelaki Lebih Beremosi?


Suatu mitos yang selalu dipercayai bahawa sebenarnya yang beremosi ialah lelaki, bukannya wanita. Meskipun dikurniakan sembilan akal berbanding hanya satu bagi wanita, tetapi dalam banyak keadaan, lelaki lebih lebih kuat mengikut emosi dan hawa nafsunya manakala wanita pula lebih tenang dan rasional.

Andai ini betul, ternyata ia satu tamparan buat lelaki yang selalunya dilihat pada kredebiliti mereka selain perwatakan yang tenang dan matang di mata para wanita terutamanya gadis-gadis. Lelaki juga sebenarnya pelakon paling berjaya di pentas kehidupan manusia di dunia ini berbanding wanita kerana mereka mampu memanipulasi akal fikiran wanita untuk mempercayai sesuatu perkara dan wanita pula lebih banyak menerima berbanding berusaha memikirkan hal-hal yang dipercakapkan oleh lelaki.

Dalam sesetengah kes, jelas sekali dua kelebihan ini, iaitu emosi dan manipulasi minda oleh lelaki, telah banyak menguntungkan kaum tersebut. Misalnya, kes-kes penipuan yang melibatkan sesetengah pasangan di mana mangsanya lebih banyak wanita, berbanding kes-kes terpencil yang melibatkan lelaki sebagai mangsa.

Emosi kaum lelaki sebenarnya  berbahaya kerana mereka cenderung menggunakan tindakan fizikal berbanding wanita yang lebih halus dan sentimental. Lelaki yang beremosi pula selalunya tidak berupaya menggunakan kesemua daya akal yang dimiliki, atau dalam erti kata lain, tak sampai ke tahap yang sepatutnya ketika mereka menimbangkan sesuatu perkara.

Misalnya, dalam kes hilang dara sebelum kahwin, sesetengah lelaki melihat perkara ini dengan pandangan emosi yang lebih tinggi berbanding memikirkannya secara rasional. Sesetengah lelaki tidak dapat menerima wanita yang ‘rejek’ akibat zina sebelum kahwin manakala sesetengah yang lain masih boleh menerimanya dengan hati yang terbuka kerana menganggap ‘dara’ itu hanya satu lapisan nipis dalam kehidupan wanita yang tidak perlu diperbesarkan  sehingga meruntuhkan suatu ukhuwah.

Keadaan menjadi parah apabila lelaki-lelaki tersebut menggunakan pertimbangan emosi untuk menghukum wanita-wanita yang hilang dara sebelum kahwin, melabel dengan pelbagai istilah seperti jalang, rosak dan kotor. Namun adakah mereka sedar akan perasaan wanita-wanita tersebut? Bagaimana dengan hak mereka mendapatkan kehidupan yang lebih baik seandainya mereka sudah insaf dan berubah?

Emosi lelaki juga amat koheran dengan ego tetapi percayalah, tidak ada lelaki yang terlalu kental dan keras jiwanya. Pada masa-masa tertentu, mereka juga sebenarnya boleh disentuh dan tersentuh. Inilah titik misteri yang seharusnya dicari oleh setiap wanita supaya mereka juga boleh memanipulasi lelaki!

Justeru dakwaan umum bahawa lelaki juga beremosi sebenarnya tepat dan wajar. Emosi di sini bukanlah bermaksud lemah jiwanya tetapi lebih merujuk kepada pertimbangan halus dalam juzuk-juzuk perasaannya, sama ada ia legap atau boleh lut dengan asakan-asakan tertentu yang menimpa dirinya. Lelaki juga tidak harus malu untuk menangis, tetapi bukanlah lelaki yang hebat jika memilih jalan menangis sebagai proses melegakan tekanan.




Isnin, 14 Februari 2011

Boroi Itu Sexi??



1st sekali, aku masih percaya yg aku tak boroi. Fullstop.

Assalamualaikum wbt..

Kenyataan kat atas tu adalah perakuan dr mulut aku sendri sblm aku storikan stori ni. Mang aku bengang ble ade yg ckp aku memboroi (semakain boroi) skang ni…memang bute betul la orang tu. Aku rase sket punye tough + mantop, bleh plak dye buat tuduhan membuta vavi mcm tu huhu..sumpah jd burger baru tau.

Memang selere mkn aku ngah mencanak naek skang ni. Since two years ago rasenye, aku dah bertransform menjadi obsesor makan..sumenye sbb hepi hehe. Tp natijahnya besor plak adoyai..asal free je msti nak makan. Yg x bestnye, gaya idop tak seimbang. Dolu2 rajin bersenam tp skang dah kurang, bukan malas tp kurang je. Camna tu bai?

Tp itu bkn stori yg aku nak storikan kat cni..my stori is about lelaki boncit alias boroi..tetiba terkenang awek Bario aku dulu hahaha..shantekk wooo.. :p hehe..tolong percaya penipuan aku ni ye kehkehkeh..wokeh bebeh, back to the stori!

Lelaki boroi itu sexi? Sexually, mebi la kot. Ada bonjolan fizikal di bahagian depan dan ini akan memberikan rangsangan lebih kpd pemeluk lelaki berkenaan, kot la kan hahaha.. Mengikut teori2 lelaki gatal yang cuba memujuk hati diorang (sbb diorang ialah lelaki boroi), kaum pmpuan suke peluk lelaki yg chubby dan boroi. Malangnye, aku belum jumpe sebarang kajian klinikal lagi bagi mengesahkan idea sengal ni.

So kesimpulannye kat sini, ukuran keboroian seseorang lelaki secara matematik mudahnye, tak boleh dihitung dr berat timbangannye saje tetapi mesti dinilai dr persepsi umum kaum pmpuan terhadap lelaki tu… Tapi bai, kalau boroi dan comel,  itu mebi la kot tapi klu dah boroi dan muke plak mcm hantu kak limah, pmpuan tgk pun silap2 leh mandul terus kot hahahaha..

Sekian..