Memaparkan catatan dengan label kak fida. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kak fida. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2011

Gua Nak Berhenti


ENTENSEN PELIS

dEAR beLoved Readers,

Insya-Allah, belog ni akan berhenti beroperasi buat seketika. Gua
akan pulang ke kampung halaman untuk kembali melakukan ektibiti sebagai
budak kampung yg edukated seperti menoreh gotah, berkubang dan
mengurat anak-anak jiran pada sebelah petang.

2. Memandangkan coverage 3G maxis dah sampai ke pintu rumah gua, tetapi gua 
tidaklah pula menggunakan khidmat berbayar ini, maka gua tidak dapat
mengupdatekan belog ini macam selalu. Inilah juga antaro sobab-sobab utamo kenapo belog ni akan berhenti operasi.

3. Akhir kato, hinggo berjumpo lagi, insya-Allah.

Assalamualaikum.

Yang sebenar,

Tuan Tanah.

e.t # tandatangan tidak diperlukan kerana ini adalah cetakan berkomputer. Jangan jadi buta IT der.

Jumaat, 15 April 2011

Maryamah Karpov

Andrea Hirata. Jasad yang empunya nama ini, dari matanya, dunia tergarap. Kanak-kanak. Dewasa. Termakna tanpa serpih-serpih pecah. Tetralogi Lasykar Pelangi menjadi sempurna. Mimpi adalah kunci untuk menakluk dunia, katanya. Aku pernah makan berbelakangkan lelaki ini di sebuah restoran di Pulau Pinang. Dan hari ini, aku menerima naskah terakhir yang melengkapkan tetralogi itu. Dari mata yang melihat dunia, indah. Dari jiwa yang mendewasakan kanak-kanak - Maryamah Karpov. Dari Andrea yang merayu kita supaya berani untuk bermimpi seperti halnya Pahlawan Mimpi itu. Dan hari ini, aku semakin berani untuk bermimpi. 



mimpi-mimpi lintang

adalah 

mimpi-mimpi aku dan kita semua.


terima kasih istimewa buat guruku, kakakku..,

Cikgu Noor Afidah Mat Desa (Kak Fida)
SMK Tanjong Bunga, Pulau Pinang.