Selasa, 29 September 2009

he is ours


-Soun efek-
Mesej alert lagu Katok dari Pendi.

Activated. Sony W580i theme Transformer memaparkan satu mesej yang tidak disangka-sangka, dari Shafiq YDP.

Shafiq : Salam, chewan, pekabo? Selamat hari raya.


Aku : Salam.hehe sehat ja..Slmt ary raya gak. Dah blk cni blum

Shafiq : Salam.da, tgh dmm teruk ni.haha.dmm raye kot.

Aku : La ye ke. Dah g cek ke..tu laa rya sakan sgt hehe.xpa2 rehat dlu..Dia bg dmm sbb nak suh hang rehat la tu..

Shafiq : Ha, da check da. Esk kene attend mcm2 perjumpaan la plak. Dgn nc, tnc, ngan mcm2 org.


Aku nak tdo sat na..nanti, ape2 aku msg ang.hehe.

Aku : Ok2 bereh.get ur rest..bg sedap sket bdn tu nak wat keje esok..

Shafiq : Orait, tq!

Time recorded: 11.15 pm, 29 Sep 2009
......................................................

How pity my beloved YDP..dlm keadaan camtu pun stil ambik berat dgn anak buah.
Kagum. Dan terharu. Barangkali inilah contoh pemimpin harapan bangsa.
All the best to my fren.

Isnin, 28 September 2009

sekitar besday Mai
















HePi BeSdaY Mai

ahad mlm senayan bertarikh 27hb Sept bersamaan 8hb Syawal, aku telah dengan tak malunye join budak2 1st year ngan geng MPD lelain gi selebret besday sorang juniro sengaja diheja begini iaitu Mai nama sebenar tak ingat ngeh ngeh ngeh..sian ko Mai baru sampai dari sabah dah kne jalan kaki jejauh plak ke Ivory..sume ni idea Farah biro penajaan laa..nak sgt dtg Ivory..Sg.2 dekat tak nak..

criter banyak tak gune bai..cekidout terus bebeh :)






besday gurl, Mai single or available or not aku x tau




yani muke tak puas aty..kat belakang tapa ngah ngayat Tun s/u..lupekan je tapa..Tun tu xde perasaan pun..mang xde perasaan laa dye ni..heran aku.





juniro2 yg spotin n hapenin..tp sori laa hehe..eden tak ngafal lagi name2 korang..nnty abg apit bg list bley..??



ala Farah penajaan *ape laa name glemer dye ni x sedap betul* ni nyebok je..besday Mai laa, bukan ko..shuh shuhh..hehe




n finaly, the kek..sape sponsor ni??? biro penajaan dan keusahawanan ke????


hehe..

*pape pun selamat ulang tahun buat Mai..ke bape tah*

*semoga murah rezeki selalu n dipanjangkan umur ntk melakukan amal kebaekan okeh*

Jumaat, 25 September 2009

aPSaL KaU CuRaNg????

Suami terkejut isteri berkhalwat

KANGAR 24 Sept. - Hasrat seorang suami untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya hari ini berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel, di sini awal pagi ini.

Lebih menyedihkan lelaki itu sendiri menyertai pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam serbuan di bilik hotel berkenaan pada pukul 5.30 pagi.

Wanita yang bekerja di Sungai Petani, Kedah itu, ditangkap ketika berdua-duaan bersama seorang lelaki, dipercayai ahli perniagaan.

Ketika ditahan, wanita itu yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik sementara pasangannya berada di atas katil.

Dia yang juga ibu kepada dua anak dan dijadualkan menyambut hari lahirnya ke-31 di rumahnya hari ini, hanya berdiam diri ketika disoal oleh pegawai JAIPs.

Suaminya, 31, seorang juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani itu pula tenang semasa soal-siasat dan proses mengambil keterangan dijalankan.

Lelaki tersebut ketika ditemui selepas itu di pekarangan pejabat JAIPs di sini, menyerahkan kes berkenaan kepada JAIPs dan mahkamah.

Beliau mengakui telah membeli kek itu sebagaimana diminta oleh isterinya sempena hari lahirnya.

Beliau memberitahu, isterinya telah dibebaskan hari ini setelah ada pihak yang membayar wang jaminan sebanyak RM2,000.

Pengarah JAIPs, Abdul Malik Hussin ketika ditemui mengesahkan pihaknya menangkap seorang wanita kerana berkhalwat dengan seorang lelaki bukan muhrim.

Beliau berkata, wanita tersebut akan dihadapkan di Mahkamah Syariah Kangar pada 30 September ini.

................................................................


oit..apsal ko curang??

dah mcm &%$#%# aje pompuan cam ko ni..isteri merangkap mak kpd budak-budak yang kau susah payah buat ngan laki ko selame ni, tetibe selamber ghadak je ko gi buat pojek ngan laki len..memang *&&%$$ laa..kalau aku dpt memang aku #%$@&^ je *&^%$@# spesis org mcm ko ni..*&^*&%&@#..


nauzubillah.


tetiba teringat doa yg nabi ajarkan.

Khamis, 17 September 2009

nape SAYE resign???

ade geng menanyekan diri aku nape aku meresignkan diri aku dari MPD.nanty la aku storykan kat diri korang nape.mood n mode raye skang..xmo spoilkan.xmo tau? suke aty..aku x kesah.

CaST aWaY




Usai nontoni Cast Away. Ketabahan sang lelaki teruji oleh kesetiaan si wanitanya. Dan senyuman sang lelaki saat melihat si wanitanya dipimpin lelaki lain, itulah bahagia agung untuk sang lelaki. Dia memilih untuk tidak menangis lagi, kerana sudah puas dia menangisi takdir ketika cintanya begitu memanggil-manggil nama si wanitanya. Karam di laut juga cinta itu. Badai seperti awan berarak di langit mendung, dan awan seperti badai yang menghempas-hempas rindunya.



Jam sudah 3.29 pagi. Hati terasa sunyi benar. Alhamdulillah, terpenjuru juga diri di sudut perhati. Melihat kot-kot ada ruang di situ untuk tidur. Semoga mimpi indah.

Ahad, 6 September 2009

EdiSi MeRiAm BuLuH

Subuh yang tenang. Bagi aku, takde yang lebih menenangkan dalam sehari kalau dapat tunaikan subuh dalam waktunye. Bagi aku, subuhlah punce segale tenang ntk orang-orang Islam.

Ramadhan dah masuk hari ke-17 dah pun. Nuzul Quran. Banyak barakahnye kalau nak cari. Beruntung sape-sape yg dapat jumpe. Lailatul Qadr pun. Tentu ada yang jumpe, atau dpt merasai manisnye. Yang pasti, bukan aku huhu..

Teringat dulu-dulu, kat kampung, bukan Nuzul Quran yg aku ngan geng yg lain cari. Bagi kami Nuzul Quran cume sekadar cuti peringatan. Cuti di bulan posa cmni ade due keseronokan. Satu, bleh bangun lambat dan dua, bleh tgk tivi pepuas hehe..

Dan lagi, bukan Lailatul Qadr yang kami cari. Bagi kami bulan posa tu bulan pesta-pestaan. Pesta cahaya dan bunyia-bunyian. Pesta makan-makan dan lepak. Pesta cahaya sbb bulan ni la dpt pasang pelita ayam keliling kampung. Nakalnye sbb kadang2 kami curi pelita raya jiran pastu pasang kat tempat kami selalu lepak. Ikut mane sempat laa hehe..

Pesta bunyi-bunyian pulak sbb bulan posa nilah ade kegiatan tak berpekdah bakar duit beli mercun. Kalau yang level besar sket bleh la mintak lesen main meriam buluh or meriam tanah dari mak bapak. Aku pun same hehe..

Darjah lima aku dah dapat lesen main meriam. Bermula dengan meriam buluh saiz sederhana (bunyinye pun kire tahap sederhana la jugak huhu), kendian ayah aku buatkan meriam tanah pulak. Makin advance sbb meriam tanah lagi power hehe..

Next yearnye, aku join geng yg lebey besar. Kire ade kemajuan laa.. Cousin aku bwk aku jumpe geng ni. Langkah makin panjang. Masuk tahap baru so dapat pengalaman baru. Memang sangat teruja. Geng ni berani x bertempat (termasuk berani cakap posa walaupun hakikatnye tak posa hehe..).

Aku pernah travel sehari suntuk ngan geng ni cari buluh meriam. Mase tu tak layan dah buluh saiz sederhana. Paling lekeh kami guna buluh kuning yg besar peha dan paling dasat, kalau jumpe, kami boleh dapat buluh betung (ade sebut beting) yang sebesar tiang letrik. Bunyi tak yah cakap laa..bergegar hehe..

Tapi ade risiko. Bukan risiko nyawe or kecederaan serius. Yang tu suma seingat aku tak pernah berlaku. Risiko paling sadis yang harus kami hadapi for sure, buluh pecah. Buluh meriam boleh pecah kalau bunyi yg terhasil melampau-lampau sangat. Kire tahap keta kebal Iraq pun ade laa hehe...

Pun suma tu tak mematahkan semangat kami untuk berperang di bulan posa. Kemuncak peperangan biasenye dlm tige empat hari sebelum malam raye..mase ni peperangan sangat dasat. Satu kampung bergegar. Suasanenye tak ubah macam Iraq kena attack ngan tentera Bush hehe..

Aku ingat lagi, satu malam tu, kami masing-masing berkubu di pengakalan masing. Lepas berbuke, dah ade letupan kecil-kecilan. Belum cukup menggoda. Aku buat tak endah je. Pangkalan aku dekat je ngan pangkalan cousin aku sbb rumah kami sebelah menyebelah je hehe..

Lepas teraweh, kami lekas-lekas pulang ke pangkalan masing-masing. Aku beruntung sbb rumah dekat dgn surau walaupun pemalas giler nak berteraweh hehe...

Serangan pertama bermula seawal jam 10 lebey siket. Bunyi yang menggerunkan. Datangnya dari Kampung Darat. Aku dah menggelabah. Berpeluh jugak sbb takut meriam aku x mampu nak lawan kedasatan bunyi meriam mamat tu. Sape la yg kuat sangat tu. Aku nyumpah-nyumpah hehe..

Akak aku, skang dah jadi cikgu pun, selalu ofer diri nak jadi asisten aku. Aku tanpe segan silu menerima rekrut pompuan dalam pangkalan aku ni.. dah takde orang dah. Pertolongan sangat perlu misalnya nak amek air, nyalakan pelita kalau terpadam, bukak tin kabat (peluru hehe..) dan sebagainye..seb bek gak laa dia ade hehe..

Kampung Darat yang tak jauh dari area rumah aku sebetulnya ade beberape pangkalan. Geng ni sume dasat-dasat. Skil berperang diorang memang jadi buah mulut orang kampung la. Kire legend-legend banyak datang dari kampung ni termasuk sejak dari zaman ayah aku dulu lagi. Memang gerun tengok persediaan diorang hehe..

Biase, untuk satu meriam buluh diorang akan prepare seminggu atau due minggu sebelum setat bulan posa lagi. Diorang cari buluh yang the best, then rendam dalam sawah sampai la time semboyan perang mula bunyik. Ape motif aku pun tak tahu. Aku dah kaji dari sudut saintifik dan logik akal kalau buluh direndam selalunye akan jadi lemah dan senang pecah. Tapi yang puak-puak ni kuat pulak. Pelik betul hehe..

Lepas bunyik sulung tu, kampung jadi senyap kejap. Aku hairan jugak. Tetibe datang cousin aku tergesa-gesa. Rupe-rupenye budak-budak kampung dah berpakat. Diorang dah buat pakatan masing-masing. Aku tak tahu sbb cousin aku yg jadi perwakilan dalam mesorat petangnye terlupe nak bgtau aku. Aku tak dpt dtg mesorat tu sbb ade kelas tambahan kat sekolah petang tadi.

Pakatannye kire macam ade unsur jenayah la jugak. Aku orait je huhu..suke lagi ade la sbb pakatan ni memang bertujuan untuk mengebom Kampung Darat. Geografinye, kampung aku terpecah kepade beberape kampung kecik. Senang ckp puak laa..

Puak aku dipanggil Puak Hilir sbb area rumah aku ngan cousin aku kire yang paling awal la dalam kampung ni. Masuk je kampung aku ni, first akan jumpe umah aku so sbb tu la kami digelar Kampuang Hilir or Puak Hilir.

Then, akan jumpe lak Kampuang Darat yang banyak lahirkan legend tu. Anti betul aku ngan kampung ni huhu. Kampung ni agak ke atas bukit siket kedudukannye sbb tu dipanggil Kampung Darat. Ade beberape buah umah. Setiap umah ade at least sorang askar yang akan ade at least satu meriam. Askar yang ade satu meriam kire paling lekeh laa. Aku pun gune tige meriam hehe... so bayangkanlah kalau satu umah ade adik-beradik lelaki yang sebaye dan sumanye jadi askar. Contoh kat kampung ni laa..

Lepas kampung ni, akan jumpe lak Kampung Tengah atau Kampung Bendang. Puak-puak ni tak kurang jugak dasatnye. Sebelum status legend beralih ke Kampung Darat, puak-puak kampung ni laa yang selalu buat onar ngan meriam buluh puake diorang. Leh senyap camtu je meriam puak-puak lain sebab mengalah. Kalau main jugak buat kena gelak je. So baik biar puak-puak ni main dulu pepuas then baru yang lain-lain tu berani berdentum hehe..
Kampung seterusnye ialah Kampung Hulu. Area kampung ni agak besar membawa sampai ke air terjun. Biler dah luas camtu so banyak la pangkalannye. So tak hairanlah kalau puak-puak ni mampu lawan ngan Kampung Tengah.

Cerita tentang pakatan. Sebetulnye, malam tu sume ketua puak atau wakil setiap kampung (kecuali Kampung Darat) dah berpakat untuk join venture serang Kampung Darat. Giler keji pakatan ni. Aku gelak je. Patut laa takde bunyi meriam dari pangkalan lain yang menyahut bile meriam dasat dari Kampung Darat tadi meletup.

Ideanya mudah. Semua pangkalan diarahkan menahan diri daripade membakar meriam masing-masing sehinggalah Kampung Darat mula reda. Syoknye main meriam buluh kalau ade yang menyahut dan menyerang balas. Satu letupan mula pastu diikuti letupan lain sampai satu kampung berdentum-dentam, memang meriah.

Tapi pakatan keji ni sungguh tak patut huhu..kesian gak puak-puak Kampung Darat main sendirian. Diorang perang sesame sendiri sebab meriam dari puak lain langsung tak menyahut. Sampai la lebey kurang jam sebelas lebey camtu, baru dengar bunyi meriam dari kampung-kampung lain. Mase tu Kampung Darat dah mula retreat hehe..

Malam tu sangat meriah gak la bagi aku sampai aku ingat sampai ke hari ni. Dasatnye malam tu sbb bunyi letupan tak henti-henti. Terase sungguh suasanenye. Sangat teruja. Aku pulak dapat sponsor penuh bekalan peluru (kabat hehe..) dari ayah aku. Kire mewarisi kepahlawanan ayah sendiri la ni hehe..

Dan lastnye, keseronokan makan-makan dan lepak-lepak. Ni merupekan peringkat transisi sesuai dgn peralihan usia aku ngan geng-geng yang lain. Aku pun tak ingat tapi sejak kenal dunia makan-makan n lepak-lepak ni, aku dah kurang main meriam buluh sampai la aku stop terus mase form 4. Sejak tu aku dah x sentuh lagi dah meriam-merima ni hehe..

Makan-makan dan lepak-lepak bagi aku satu suasane bandar yang dibawa ke kampung. Bulan posa memang bulan rezeki. Banyak kedai makan dibukak. Aku selalu keluar melepak dgn geng kat warung-warung yang ade menu pelik-pelik. Paling best layan kerang rebus, char kue tiaw ngan sup gear box..

Lepas lepak-lepak, kalau tak nak balik lagi kami akan pusing-pusing ngan motor masing-masing. Jalan-jalan ke kampung lain tengok suasane bulan posa. Seronok tengok lampu raya sepanjang jalan. Kalau yang ade awek tu pulak akan lajak sampai ke rumah awek masing-masing..tengok bumbung rumah je hehe..aku takde huhu.

Aktiviti bulan posa bagi aku sangat indah. Walaupun sekarang ni dah susah nak rasa sume tu, tapi aku harap sgt generasi baru, adik-adik sume, akan teruskan sume yang kami pernah buat. Jangan pandang serong kerana disitulah punce segale keindahan hidup sebagai budak kampung. Tradisi ini mesti terus hidup.

Raya kali ni, aku balik lambat sbb ade urusan di kampus. Malam raya saje aku ade peluang keluar makan-makan dan lepak-lepak ngan geng suma. Rasanya kemeriahan tu dah berkurang. Bila bertemu dah tentu masing-masing nak bercerita tentang dunia kampus or somthin else. Bagi aku tu sume bile-bile pun bley story.

Pape pun, raya tetap raya...raya raya raya mari kita raya hehe...

Khamis, 3 September 2009

EdiSi Bai Poyo

semalam, aku jln2 ke blog sahabat, Irwan..
tak sangke die ade postkan story sal ceritera kami cuti baru-baru ni..thanx bai..
aku pun dah lame nk postkan story yg same, tp kekurangan mase..so, kali ni
aku nk taruk gmba2 berkaitan..
bai lu ingat lu je ke leh upload gmba2 kite, aku pun bleh la bai heheh



bunge pe ntah..kaler merah bunge ni..bukan bunge api!! ntah..x kenal.




bai poyo due ekor ni mang poyo..



bukti berupe artifak penting - kulit rambutan - yg dikekah oleh bai2 poyo
di atas



artifak berbentuk selipar buatan Malaysia ni kepunyaan bai poyo baju biru..





ni tengok ni..kemain dasat lagi diorang kekah rambutan atuk aku ni..heh pasni haram aku x ajak hampa mai umah aku dah.

sekian.



EdiSi PADAN MUKE kui kui kui

series of the unfortunate events..hehe..KIFARAT sebetulnya. Got bad injury with seyesly, bleeding badly kat ubun-ubun aku nih..hehe..SAKIT?? pergghh..belum cukup kat situ je.kene jahit then laaagi sakit..kene injek sejarum lagi..takpe2 KIFARAT la ni.syukur..
ari ni dlm history : 03.o9.09