Memaparkan catatan dengan label catatanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatanku. Papar semua catatan

Rabu, 19 Januari 2011

Kalau Itu Aku..

Gambar hiasan. Kenangan di Rumah Anak Yatim BEDAYA.
Apo kabor la bebudak ni skang.. 


Allah, mengantuknye..tp semangat nak tulis entry ni terlalu kuat. Dr sekolah lg aku dah karang story ni dlm kepale. Memang aku  terganggu sangat ngan kisah ni. Harap perkongsian di sini dpt melunaskan sedikit sebanyak gangguan ni dan membuka mata kita suma insya-Allah..

Sebelum aku storikan lebey lanjut, ade satu soalan aku nak tanye. Sebelum tu, jom kite same2 imbau kenangan zaman bergelar anak murid, zaman skolah kite dulu-dulu. Soalan aku mudahnye, pernah tak antare kite ni yg ke sekolah tak bawak duet walau satu sen? Ni bukan kes terlupe, hilang atau kne curik kat tengah jalan, tp betul-betul takde duet poket buat belanje makan or else? Aku tak nak tau jawapan kenkawan sume. Simpanlah sebagai kenangan.

Cume entry aku kali ni, memang ade kaitan ngan soalan aku tadi. Sadis, sayu, kesian teramat tp terase diri lebih lemah dari pelajar aku ni. Walaupun budak ni bukan pelajar kelas aku, tp sebagai guru, perkare mcm ni harus dikongsi bersame. Bukan dlm ruang pagar skolah je, tp membawa klu buleh ke dalam rumah anak-anak murid kite. Itulah tggjwb seorang guru.

Aku tak mengenali budak ni secara detail. Aku tahu masalah budak ni pun waktu para pelajar sedang bersiap ntuk perjumpaan Kelab dan Persatuan siang tadi. Waktu tu, aku ngan due orang lagi guru nak ke surau ntuk berjemaah fardhu Zuhur. Sorang budak yg bertubuh kecik tiba-tiba lintas di hadapan kami waktu kami melalui makmal sains sebelum sampai ke surau. Muka budak tu serius je. Kat tangannye terbimbit sebuah topi keledar berjename dan cantek. Aku yg terkejut melihatkan topi keledar yg lebih besar dr saiz yang sepatutnye untuk budak tu lalu menegur, tp budak tu mcm endah tak endah. Niat aku cuma nak bergurau tp muke budak tu masam je. Dye blah mcm takde ape2 yg berlaku.

Mase tu, Cikgu Shahril membisikkan sesuatu kat aku. Dye bagitau aku name budak tu. Pastu, dye bagitau something yg buat aku terkejut sgt. Kate Cikgu Shahril, budak tu tak pernah bawak satu sen pun ke skolah selame ni. Budak tu dr family susah. Aku pun mcm tak percaye. Tak kan la kat skolah ade lagi masalah camni?

Seingat aku, waktu aku skolah dulu sejak dr Tahun 1 (tak pernah masuk tadika pun huhu..), jarang benar aku ke skolah tak bawak duet poket. Klu ade pun mesti kes terlupe. Walaupun dr keluarge susah jugak, tp ayah/emak aku tak pernah biarkan kami adik beradik ke skolah tanpa bawak duet poket, paling tak pun, mesti bwk bekal. Tp biler dah dpt RMT (rancangan makanan tambahan), aku dah tak bwk lagi bekal sebab leceh sgt.

So biler aku dengar stori dr Cikgu Shahril tu, aku bergetar. Perasaan simpati tu membuak-buak. Sebelum ke surau, kami naik ke opis dulu. Asalnye aku pun nak ke opis gak tp aku batalkan niat tu sbb nak ushar budak tadi. Cikgu Shahril je yg naik. Aku terus perhatikan budak tu. Dye menuju ke sebuah pondok depan makmal sains. Ade sorang pelajar perempuan sedang menunggu budak tu kat pondok tu. Aku agak budak tu adiknye. Memang betul .

Elok dye sampai kat kakaknye tu, aku tengok dye keluarkan sebotol air mineral lalu diberikan kat kakaknye dan kakaknye minum sampai separuh sebelum budak tu pulak minum yg separuh lagi. Waktu tu, aku sebak sangat. Tak tahu nak desribe mcm mane kat sini. Aku perhatikan muke dedue orang adik beradik tu. Sugul je. Aku nampak si kakak cube cakap sesuatu dan senyum kat adiknye tapi adiknye tu cume pandang je muke kakaknye. Lame jugak aku perhatikan sambil membuat pelbagai hipotesis sendiri.

Helmet mahal, cantik..tapi ke sekolah tanpe duit? Betul ke? Kerane tak puas hati, aku tanye lagi kat Cikgu Shahril. Dye bgtau aku, helmet tu bukan milik diorang tp milik orang lain. Aku makin tak faham tp sebab kesuntukan mase, aku mls nak tanye lagi. Tp aku sangat terganggu dengan due orang budak ni, si adik dan si kakak. Satu persoalan aku, kenape? Nape still ade lagi masalah ni?

Jadi aku harap, buat kenkawan sumer, bersyukurlah. Waktu korang sedang bace entry aku ni, korang sebenarnye sangat2 bertuah. Di luar sane, masih ade keluarge yg anak-anaknye tak tahupun pasal IT, tak pernah tengok atau sentuh pun komputer mahupun laptop. Masih ade pelajar yg malu-malu nak sentuh barang yg bagi kite, satu keperluan pd hari ni. Tp bagi diorang, semua ni terlalu jauh walau untuk diimpikan. Ini lambang atau simbol keelitisan/kemewahan darjat hidup kite berbanding keluarga-keluarga yg lebih susah. Bersyukurlah.. kite mampu memiliki sesuatu yg terlalu mahal untuk sesetengah yg lain.

Selasa, 11 Januari 2011

Royal Belum Rainforest - MenCuit Kenangan Gila!



Tadi aku belek-belek artikel dlm ruangan Cuit, terjumpa artikel menarik garapan Saudara Zaini Hassan pasai Tasik Banding or mebi lebih sinonim bg sesetengah kita ngan name Royal Belum. Sangatlah aku teruja bace artikel beliau ni. Why? Sbb aku pernah berkunjung ke sini tak lame dulu.

Hampir sebahagian besar dr tulisan atau pengalaman yg dilalui oleh Zaini Hassan ni turut dialami aku dulu waktu kami pi camping kat sane for 3 nites dlm tahun 2007. Insya-Allah, klu ade kelapangan aku nak tulis balik untuk tatapan anak cucu esok sebagai bokti yg atuk dorang ni dolu-dolu ektif tak terkate huhu..

Buat permulaan, meh bace dulu tulisan Zaini Hassan ni..

Wajib kunjungi ekosistem Belum, Banding

Oleh : Zaini Hassan. Arkib Utusan 29/12/2010.

1. DUA hari lagi kita akan menyambut 2011. Saya kini berada di Pulau Banding dan sekitar Hutan Belum. Menghuni di salah sebuah pusat peranginan yang cukup istimewa iaitu Belum Rainforest Resort(BRR), (www.belumresort.com).

2. Menaip Cuit dalam suasana semula jadi ini amat tenang sekali. Lari dari hiruk-pikuk kota raya dan politik kepartian - yang tidak pasti bila akan reda keriuhannya.

3. Di keliling pulau itu terletak Tasik Banding, yang di dalamnya terdapat beberapa pulau yang wujud akibat daripada buatan kejuruteraan manusia.

4. Pulau-pulau itu timbul setelah kawasan seluas sekitar 80 kilometer dipenuhi air akibat pembinaan empangan janakuasa elektrik Temenggor, dalam daerah Gerik. Pembinaan itu diilhamkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak pada 1974, antaranya bertujuan menghalau pengganas komunis yang banyak bersembunyi di hutan itu.

5. Hasilnya, Banding (puncak tertinggi dalam lembangan Temenggor) bertukar menjadi pulau. Dengan Lebuh Raya Timur-Barat merentasi Pulau Banding, ia menjadi satu-satunya pulau yang dihubungkan dengan dua buah jambatan antara tanah besar Timur-Barat. Hasil idea bijak itu juga, pengganas komunis terpaksa melarikan diri ke selatan Thailand.

6. Kini setelah lebih 30 dekad empangan ini terbina, kawasan tasik itu dianggap sebagai kawasan ekosistem rekreasi, ekonomi, budaya yang perlu didedahkan, diterokai, dirasai, dinikmati oleh setiap warga Malaysia.

7. Ketika menyusuri tasiknya dengan bot dipandu pemandu pelancong Azaimi Mohd. Shah, pemandangan mata umpama saujana. Kelihatan juga hutan hujan tropika paling tua di dunia, yang kini dipelihara sebagai salah satu khazanah alam negara iaitu Hutan Royal Belum.

8. Tidak keterlaluan jika diandaikan taraf tasik itu sama, malah lebih hebat daripada tasik Loch Ness atau Loch Lomond di Scotland - yang pernah saya jelajahi.

9. Pelancongan di Tasik Banding, bagaimanapun harus diperhebatkan - setaraf kemasyhuranloch (istilah orang Scot bererti tasik) yang terdapat di utara United Kingdom itu.
Di kedua-dua loch itu, penduduknya rata-rata mendapat faedah akibat limpahan wang pelancong yang datang dari segenap pelosok dunia. Bukan saja resort-resort mewah, rumah-rumah dijadikan inap bed and breakfast (B&B) yang murah.

10. Pelancong yang datang ke situ semata-mata akibat teruja dengan omongan mitos yang mengatakan di Tasik Ness itu ada makhluk raksasa seakan-akan naga. Uniknya dengan Tasik Banding, ia mempunyai harta negara yang tiada tolok-bandingnya dengan mana-mana tempat di dunia, iaitu hutan tertua di dunia. Jika pakar arkeologi Thailand menemui fosil-fosil dinosaur di negara itu, tidak mustahil jika sisa-sisa tulang haiwan itu yang telah pupus kira-kira 150 juta tahun dulu, juga tertanam di Hutan Belum.

11. Ketika sampai di satu pulau dekat Temenggor, dikenali sebagai Pulau Batu Putih, Azaimi menerangkan ia adalah kawasan yang dipercayai pernah menjadi habitat dinosaur.

12. Buktinya tumbuhan zaman jurasik dikenali sebagai pokok paku bogak jelas kelihatan dicelah-celah batu kapur pulau itu. 'Bogak adalah makanan dinosaur', kata Azaimi dengan penuh yakin. Kami semua yang mendengarnya juga terpegun.

13. Walaupun Azaimi hanya pemandu bot pelancongan dan bukan saintis atau ahli arkeologi, namun penerangan itu tidak boleh diketepikan. Saintis kitalah yang harus menjalankan lagi penyelidikan ke atas kawasan itu.

14. Tasik Banding dan Hutan Belum terletak di dalam kawasan Banjaran Titiwangsa yang menyusur sehingga ke Thailand. Jika di Thailand, fosil haiwan itu ditemui, tidak mustahil Hutan Belum dan tasik itu juga merupakan habitat pelbagai jenis dinosaur pada masa itu. Ia sama seperti migrasi gajah kita sekarang yang turut memasuki daerah Thailand.

15. Di Hutan Belum juga terdapat bunga Rafflesia. Bunga yang terbesar di dunia itu mengambil masa beberapa bulan untuk berkembang dan mati beberapa hari kemudian.

16. Semalam saya berkesempatan melihat kembangan bunga itu setelah mendaki kira-kira 300 meter di salah sebuah kawasan. Saya juga melihat burung enggang (hornbill) berterbangan.

17. Kita juga boleh mempelajari eko-budaya Orang Asli yang cara hidup mereka di Royal Belum masih lagi asli. Mereka amat mesra, walaupun sedikit pemalu.

18. Jika ke Kampung Orang Asli Chuweh, kita boleh inap di rumah yang disediakan dengan harga RM20 semalam. Saya difahamkan kumpulan mubaligh sebuah agama begitu rajin berkunjung ke kampung-kampung mereka untuk berdakwah.

19. Anak-anak kita harus dihantar ke ekosistem Belum-Banding-Temenggor ini untuk mengetahui cara sebenar kehidupan - pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun serta laluan migrasi rimau, gajah, rusa yang jarang mereka ketahui.

20. Pernahkah kita tahu gajah mempunyai kawasannya yang tersendiri untuk menjilat garam galian dari tanah? Di sini terdapat lebih 60 kawasan menjilat seumpama itu di sekitar kompleks hutan hujan Belum-Temenggor.Generasi hutan batu wajib menjadikan kawasan Belum ini sebagai summer camp yang sebenar.

21. Malang sekali, ia belum lagi berlaku. Ada antara kita masih memandang jauh ke Barat untuk dijadikan contoh, sedangkan sebenarnya inilah tempatnya.

22. Sepatutnya kita membawa anak-anak orang putih di Barat supaya menjadikan kawasan tasik dan hutan kita itu sebagai kem musim panas mereka. Hutan Belum, Tasik Banding adalah kem alam semula jadi yang wajib bagi setiap kanak-kanak sekolah kunjungi.

23. Saya mahu melihat anak-anak itu kemudiannya - secara sukarela - menjadi renjer-renjer hutan (atau tukar nama kepada renjer alam) bagi menjaga kawasan itu. Kita harus menerapkan budaya renjer ini yang lengkap dengan uniform menarik dan megah menjalankan tugasnya.
Sesungguhnya dalam khazanah alam terbaik dunia yang kita ada ini, masih banyak yang perlu kita lakukan.

24. Sayang jika kita persiakan khazanah alam itu. Saya mengesyorkan kawasan Tasik Banding, Hutan Belum, Temenggor ditadbir dengan lebih berkesan. Kini Taman Negeri Royal Belum (Hutan Diraja Belum) terletak di bawah Perbadanan Taman-Taman Negeri Perak. Saya mengesyorkan kawasan hutan seluas 117,500 hektar itu serta sekitar kawasan Tasik Banding-Temenggor diletakkan di bawah satu perbadanan yang berasingan dan tersendiri.

25. Tak kenal maka tak cinta. Jika mahu kenal apa itu kedamaian alam, datanglah ke sini, kata Noraini Ahmad, Pengurus BRR, resort milik penuh Emkay Group.
Masyarakat dunia juga harus tahu mengenai hutan hujan tropika yang tertua di dunia ini - bukannya di Brazil, tapi yang ada di Perak, Malaysia ini.

Semoga hidup kita dan negara kita akan lebih tenteram, aman, maju dan makmur. Selamat Tahun Baru 2011.


Nota aku : Sila insafi point-point yg aku boldkan di atas. Semua yg dicatatkan tu adalah sebenar-benar fakta tentang Tasek Banding. Mcm Pulau Batu Putih tu, bg yg pernah sampai, memang sgt menakjubkan. Kami dulu amek mase sejam lebih ntuk kelilig pulau tu sambil explore ape yg boleh. Sesape yg berhajat nak ke sane, elok sgt la disegerekan. Aku cakap betul, tak rugi satu sen pun!

Etika - Artis dalam Kelas Aku?


artis dalam kelas aku? wow..hehe


Td aku didatangi sorang student. Wajahnye sugul. Walaupun comel, tp nampak benar kesugulannye. Aku kenal budak tu. She is one of my student. Aku pun tanye hajatnye datang ke mari. Dia senyum tawar. Dia pun habaq mai kat aku slowly, rupanya dia ada masalah. Haishh..camna ni..aku pun putar ligat cari alasan. Nak dengaq ke tak? Etika..etika…adoyai.

Lastly aku decide, tak salah mendengar. Wlupun mebi tak mampu nak tlg (harap2 bukan masalah kewangan laa huhu..aku pun pokai skang ni), at least aku mendengar pun dah cukup bg budak ni. Lagi pun time tu cume aku ngan dia je. Tak salah kot.

So dia pun start menghabaqkan kpd aku segale masalah yg menyugulkan muka comelnye tu. Sekali alahai, masalah cintan cintun rupenye. Tp sebagai mantan kekasih (ngeee hehe..) aku rase aku faham situasi dia ni. Ok, 1st thing to do, jangan tunjuk simpati. Ini bukan mslh yg sepatutnye dilalui oleh bebudak skolah. Form 1 plak tu..ishh laa.. 2nd, jangan tolong selesaikan. Ok.  Due tu je dulu etika yg aku putuskan dlm kes ni. Ofkos I am not a cekgu kaunseling..

Lepas itu ini sekian-sekian (maaf, masalah beliau tidak boleh dikongsikan..now go to the next part of my story..)..maka tibalah saat yg aku tak sangke-sangke..ishh laaa..nak habaq ke tak ni kat sini? Takpa, sekadar berkongsi pengalaman, xpe kot..buat Wani Fatin yg bakal beramali tak lame lagi, sila take note ye..

U know, she asked me, Sir single lagi? Errkkk..apekah? Wow!! Budak-budak skang sgtlah ke hadapan. Inilah wawasan negara yg benar-benar mampu dicapai kalau ade digariskan oleh Tun M dulu. I then said, Ohoo..(sambil tergelak macho)..sory, cikgu dah bertunang!  hehe..inilah jawapan yg telah dimuktamadkan lame sebelum aku dtg lapor diri kat skolah ni. Etika peribadi kne jage jugak kan.

Then, she asked me again, Sir ada pesbuk? Hmm…this time again, aku kne pertahankan etika aku seniri. Wlupun xde dlm sebarang garis panduan keguruan yg guru itu tak bleh berkongsi pesbuk ngan anak muridnye (ofkos la xde sbb Falsafah Pendidikan Negara digubal lame sebelum Mark Zuckerberg – Pengasas FB-  lahir), tapi aku decided ntuk wujudkan satu ruang personal yg khas antare aku ngan students. Maksudnye, ruang yg tak boleh dicerobohi.

Bg aku, sangatlah kurang molek klu bebudak tu tau fesbuk aku..mau hilang respek diorang kat aku. Klu pasni jd keperluan, mebi aku wujudkan akaun baru insya-Allah. Yg pasti akaun baru tu akan lebih sopan dan skema la kot hihi..boley ke?

So aku jawab, Sir dah lama tak layan Fb…. =)

One more thing, in my class also ade sorang artis kecil. Mebi ade yg perasan kot, sorang Idola Kecil asal Penang bername Hada (klu tak silap itu la name yg dia gune dlm program tu) is my student n esok she’ll performing a song for my class…aku yg mintak dia nyanyikan lagu tu hehe..Uptown Girl. Mampuih la hang kena gelak..lagu ni ade dlm silibus (sepatutnye aku yg nyanyi hee....).

Ok, sekian dulu.

P/S => aku try google gambaq Hada tp x cam yg mana satu.

Isnin, 10 Januari 2011

Tanam Ubi.


Tapak berhimpun. Ni gambaq masa 1st day aku sampai sini, hari lapor diri.


Smalam AJL, dan smalam gak, EPL (klu tak silap)..Ana menang AJL dan Man.U menang lwn Liverpool. Tp yg sedeynye aku rase, A.P.I kalah dan Gerald kne red card..what a night laa. Naseb bek aku tak buang mase layan dedue show tu..bukan aku tak minat AJL n EPL tapi tak sempat. Aku sampai Penang ni pun dah lewat, then pi beli barang dapur pe sume (sbb sem ni aku nak masak sendiri ngee hehe..), almost 11 o’clock baru setel.

Update kali ni aku tak tau nak start camne. Blur pun ade ni. Tp dah lama sangat tak update, kesian plak ngan awek aku yg ni huhu..kang dia sunyi, gersang kena tinggal lelame hahaha..

Demam takmo nak kebah lagi, otak pun jd slow ishh..dah tu plak, kat skolah td tetiba aku dapat tau sukatan pelajaran berubah. Punya la naya. Naseb bek gak ada geng huhu..aku ngan Ckgu Fadzly sama-sama sewel kejap tengok sukatan baru tu. Camna bleh tersilap. Kelas dah seminggu berlalu. Aku dah ngajor enam waktu, tup-tup baru tau sukatan salah. Input betul, cuma susunan sukatan je dah diejas..cisss..

Bila jd camni, memang aku terase sangat blur..mujur la jugak hari ni (Isnin) aku xde kelas. Bleh la amek mase study balik sukatan yg baru tu, discuss sket ngan guru pembimbing sambil menyakat cikgu Siti Fairus yg sporting hehe..

Yeahh..aku dapat point dah. Aku nak storykan pasal geng bilik guru ntuk update kali ni. Tetiba dapat ilham kan ngee hehe..Ada lima orang cikgu yg aku betul-betul hepi n teruja lepak ngan diorang. Sumanya muda lagi dan baru posting. Selain Cikgu Siti Fairus n Ckgu Fadzly yg aku habaq td, tiga org lagi ialah Ckgu Shahrel, Ckgu Vitthya dan Cikgu Rezuan.

Cikgu Siti Fairus ni bleh jd kamceng ngan aku sbb dia pernah praktikal kat skolah lama aku, SMK Sg. Bayor (SEBAYU) tahun lepas. Bila dah kebetulan tu, so mcm2 la dikorek-keluarkan. Tp dia cakap dia ngeri mengajar kat SEBAYU sbb tak tahan ngan Pengetua (arwah) n staf2 suma..tergelak aku. Dia mebi tak tahu cikgu praktikal dr program KPLI/DPLI memang tak disukai sgt kat skolah aku tu. Neber mind. Yang penting kami ok hehe..

Cikgu Fadzly ngan Ckgu Shahrel plak ade persamaan ketara. Both of them sedang mencari cinta. Kira dilema dasat gak la. Kes Cikgu Shahrel plak paling kritikal kot. Dia skang ngah cari bakal isteri sebab mak dia bagi tempoh dua tahun je ntuk dapatkan calon. Msalahnye, famly dia ni jenis ikut adat kuat. Adik dia dua orang dah bertunang tp mak dia tak bagi adik-adik dia tu kawen selagi dia tak kawen. Kira tak boley langkah bendul laa senang cakap. Haishhh…camna tu? Emak aku ok kot huhu…

Cikgu Fadzly plak lebey kurang cuma dia ni tak melibatkan kes langkah bendul la. Yang aku hangin, hari first tu dia slamber je klentong aku cakap umoq dia dah 38. Punya la steady muka awet muda tp umoq 38. Aku plak bleh gi cayer bulat2. Bila cikgu Siti habaq baru aku tau..cisss.. Cikgu Fadzly ni nice lookin man la bg aku, tapi garang. Kira sesuai la jadi ayah yg berdisplin kot hehe..

Sorang lagi Cikgu Rezuan, aku rasa dah kawen. Dia ni makhluk yg tak bleh dok diam. Jarang nak ade kat bilik guru. Tp dia sangat caring. Dia mesti datang cari aku tanya ada masalah ke tak. Then bg nasihat apa yg patut. Dia ni aktif sukan. Awal-awal lagi dah ajak aku jd trainer bola, takraw ngan olahraga. Bagai pucuk di cita la, aku pun orait saja hehe..tadi siang aku lepak ngan dia kat blakang bilik guru. Kami tanam pokok mangga then cangkul rumput2 sket..aku suka keje ngan Cikgu ni sbb outdoor lebey. Pasni tak sabaq nak buat camp plak ngan budak2 Pengakap, insya-Allah.

Overall, aku sangat suka ngan skolah ni..SMK Tanjung Bunga. Walaupun track recordnye xde la gemerlapan sangat, tp skolah ni masih ok dlm segenap aspek. Yang penting, chegu-cheginye sume best, dr Pengetua sampai la ke guru baru. Td datang lagi sorang chegu baru (yg agak cun, tp dah kawen huhu…), insya-Allah, makin kuat ukhuwah yg sedia ada ni, ameen.

Sekian dulu.

 P/S = Mase untuk memasak =)

Isnin, 22 November 2010

AKu PuN KeNa?




I’ve been tagged?? What the rock is cookin laa, ape ke bende tag tu? Kisahnye, bebaru ni aku telah ditagged oleh Cik Gadis Butterfly (yg mungkin angkaranya berpunca drpd blogger femes mcm mee segera Cik Elfa nih, aku rasa laa). Termenung aku sepekan. Sepanjang jd blogawan suam-suam kuku ni, ini la 1st time aku kena tagged.

Tak puas hati, (dan kerana bengapnya aku) maka aku pun selak-selak la mukasurat kamus oxford cz nak cari pe maksud tag tu yg sbnar. N maksudnya, 1) hujung tali kasut, 2) label dan 3) ikut..inilah 3 jenis jawapan yg aku jumpa. Kesimpulannya, kesemua maksud tu ade kaitan tak langsung. Jadi, fahamlah aku ape kebendenye tag itu. So secara rawak aku nak menjawab tag tersebut hehe..cekidot bebeh!

[I’m very sure ramai yg tak faham fungsi tag ni..tunggu aku gtau last skali k]

1. Aku anak ketiga, jantan pertama. Aku ade dua kakak, 
dua adik lelaki n dua adik pompuan..jd semuanya 7 org adik beradik. Selesai satu.

2.       Aku budak kampung. Lahir n membesar kat kampung. 
Sekolah pun kat kampung. Pendek kata, semuanya pasal kampung. Selesai dua.

3.       Aku tak suka menyanyi, menari, berlakon or pape yg 
semaksud n sewilayah ngannye..sori la. Memang not my taste hehe. Selesai tiga.

4.       Aku suka makan. Suka minum. Suka mandi. Suka berenang. 
Suka jalan kaki. Dulu suka berlari. Suka naik motor. 
Suka naik bas. Tapi tak suka turun bukit or turun tangge. Selesai empat.

5.       Aku tak pandai mengorat. Tak pandai mengayat. 
Tak pandai memujuk. Tak pandai memikat. 
Tak pandai ambik hati. Tak pandai sakit hati. 
Tak pandai marah. Tak pandai merajuk. 
Tapi aku pandai sayang n rindu. Selesai lima.

6.       Aku suka bersilat n sparring.

7.       Aku suka window shoping. Tapi tak suka habis duit beli bukan-bukan.

8.       Aku tak suka stylo2 sgt. Motto hidup aku biar simple tp bijak..hehe.

9.       Adoyai baru sembilan. Nak cari sampai 30 nih huhu…

10.   Aku rasanya dah mengantuk.

11.   Nanti la aku sambung ye cik Gadis Butterfly..ngeee hehe/// harap dlm mimpi dpt ilham nak tulis sampai 30..hnsss (sosak napeh den)

[So skang faham x tag tu ape? Tak lain dan tak bukan, sejenis penganiayaan! Hahahaha..]

Mereka yg aku nak tag plak




Elfa (padan muke ambik balik!)

N lastly, opkos la manusia ini yg telah mengenakan aku hahahaha…Cik Gadis Butterfly!

Sabtu, 20 November 2010

PerisTiWa kuRbaN

assalamualaikum..

Sblm pape pun, aku kne gtau yg aku bukan nak bertazkirah pasai raya kurban kali ni hehe..tp sekadar nak share sket program kurban yg melibatkan kaumkerabatkeluarga aku bebaru ni..

seperti yg tlah ditetapkan oleh cheif the mission kami (atuk aku), maka jatuhlah tarikhnye pd hari raye ke-2..bapak aku selaku pengarah pojek tlah awal2 lg arrangekan sume hal-hal berbangkit mcm cari kerbau untuk disemelihkan, panggil kaumkerabat belake-belake untuk buat keje, kire agihan etc..

aku plak? hehe...tukang meriahkan mejelis ngan kejesame padu dr sepupusepapat belake-belake aku yg balik..syukur alhamdulillah, sejak aku bernapas ni, ini kali ke-2 kot kami kaumkerabatkeluarga buat pogrem mcm ni..dptlah kumpul adikberadik sume kecuali mak ngah aku yg kat pahang  n paksu aku yg kat upsi tu x dapek nak balik..padan muko hahahaha..best woo...

so aku ngan murah hati, aku tampalkn gegambar yg ade ni untuk tatapan mike sume espeseli kaumkerabat mak ngah ngan paksu hehe..cekidout bebeh! 


teratak pak su jd bilik gerakan induk.


kaumkerabat yg dedikasi ngah buat keje..dolu-dolu pokok rambutan ni tempat aku slalu panjat ngan sepupu2 aku..skang x buat dah hehe..


klu gegambar ni bleh ade audio kompem aku upload gak..mang klaka time ni..sekor2 suma tak reti diam mulut..keje sket gelak lebeh2 hihi.


time cincang tulang ni paling sempoi kot..


imam muda kg aku, Pak Yas (berkopiah) alwes rajin turun padang. tenkiu bro!


sekian dulu.

Jumaat, 12 November 2010

AdiOS AmiGos AsbestOs


yeahh..bekos of dis gurl, aku akan balik skang jgk hahahah

to my belovet fwen, yeng ngan anak li, tunggu kepulangan aku sebentar je lg hehe..

adios.

Selasa, 12 Oktober 2010

Tolak Bala



Kita tidak suka menjangkakan hal-hal yang buruk. Sifat kita barangkali, sentiasa inginkan sesuatu yang baik. Ketika saya kecil dahulu, saya selalu mengikut ayah ke upacara tolak bala. Tipikal bunyinya tetapi ia benar-benar berlaku dalam masyarakat Melayu Islam tidak lama dahulu.

Pernah satu ketika, saya bertanya kepada ustaz di sekolah, apakah ada dalam ajaran Islam upacara demikian. Kata ustaz, memang ada dan memang diajarkan doa-doa khusus untuk kita amalkan ketika berhadapan dengan sebarang musibah, tetapi bukanlah dengan cara menterbalikkan tapak tangan ketika berdoa!

Antara upacara penting yang pernah saya ingat ialah ketika kampung saya dilanda musibah besar – diserang oleh Orang Minyak! Ini peristiwa besar dan cukup penting dalam diari hidup saya sebagai budak kampung. Ia catatan pengalaman yang cukup berguna, tetapi membuatkan saya tergelak sinis ketika menonton filem Orang Minyak versi moden tidak lama dahulu. Tidak sama langsung.

Serangan Orang Minyak berlaku dalam tempoh yang lama, hampir sebulan juga rasanya. Setiap malam ada saja gangguan dan tidak sedikit mangsa yang berjaya diperangkap oleh Orang Minyak tersebut. Maka berikhtiarlah sekian bomoh dan dukun yang ada bagi menghalau manusia iblis tersebut. Pihak jemaah kampung turut mengadakan majlis atau upacara tolak bala.

Ritualnya agak unik. Ia tidak dilakukan di mana-mana rumah. Dalam sebuah kampung, biasanyakan akan dijalankan tiga kali upacara dalam hari yang berbeza secara berturut-turut. Ia akan dimulakan di bahagian atau kawasan paling hujung kampung, disusuli di bahagian tengah dan penutupnya di bahagian awal atau hilir kampung terbabit.

Ketika itu, ritual pertama dijalankan di kawasan air terjun yang terletak di hujung kampung saya. Kaum wanita tidak dibenarkan hadir sama sekali. Setiap lelaki atau ketua rumah yang datang akan membawa juadah yang tidak boleh disentuh sebelum ritual dijalankan. Ketika ritual tolak bala pula, seorang Imam akan membaca doa-doa khas yang dipetik daripada ayat-ayat suci al-Quran manakala jemaah pula akan menadah tangan secara terbalik. Saya pernah bertanya kepada ayah kenapa begitu, jawab ayah, sebagai simbol menolak bala yang berlaku. Saya tidak pasti langsung kerelevenannya.

Saya berpeluang mengikuti kesemua upacara tolak bala tersebut. Bukan hendak makan sangat pun tetapi seronok bila dapat turut serta dengan orang-orang yang lebih dewasa dalam majlis-majlis yang penting begitu. Mungkin juga fitrah budak, maka saya tidaklah hairan sangat dengan hasilnya. Seingat saya, Orang Minyak masih tetap mengganas sehinggalah ia ditangkap oleh seorang dukun wanita yang muda dan cantik pada suatu hari.

Malangnya saya tidak dibenarkan oleh ayah untuk ikut serta dalam ritual penangkapan tersebut, begitu juga dengan sebahagian besar penduduk kampung yang lain. Atas permintaan dukun itu sendiri maka hanya dua tiga orang saja yang dibenarkan mengikuti upacara tersebut dan ayah salah seorang daripadanya. Namun seperti sudah diperjanjikan, kesemua mereka langsung tidak membuka mulut tentang peristiwa penangkapan tersebut hingga ke hari ini.

Upacara tolak bala lain yang pernah saya sertai ialah ketika negara dilanda serangan virus JE, lama dahulu. Kampung saya juga menerima tempiasnya menyebabkan para penduduk sepakat mengadakan upacara tersebut. Ia seolah-olah menjadi suatu nilai pegangan yang dikongsikan secara turun temurun atau dalam istilahnya, konvensional di mana setiap orang akan berpegang kepada sesuatu adat dan kepercayaan tanpa banyak mempersoalkannya.

Dalam konteks ini, jika ada yang menolak atau tidak mahu turut serta, orang tersebut dianggap sebagai menolak konvensi yang disepakati dan dia secara sosialogisnya, terkeluar daripada rukun bermasyarakat. Inilah uniknya orang silam, tetapi tidak lagi berlaku dalam dunia individualistik hari ini.

Hari ini kita terlalu individualistik. Kita tidak lagi memilih jalan hidup bermasyarakat, malah dalam banyak keadaan, kita cuba lari daripadanya. Bagi saya, ini sangat menyedihkan. Adakah kita sedia untuk kembali kepada akar silam budaya kita?  

Isnin, 11 Oktober 2010

Malaysian Women Are Lazy?

Tadi gua lepak kat atas bukit sana..pastu gua pusing2, then gua stop kat kafe baru kat Bakti tu..hajat nak tapau nasik..alhamdulillah, byk lauk kat sane so gua pun layan la cedok lauk2 yg gua nak...


tetengah dok cedok, tetibe tinga gua panass..gua dengar sorang mamat ni - orang asing - sembang ngan tokey cafe tu...dari awal lg gua dah dengar ape yg diorang ckp, tp bila part dye tanye somthing kat tokey tu, terus gua toleh tengok kat dye..tau ape dye tanye??


"Why Malaysian ladies they are lazy??"


Bukan aku je yg toleh kat dye, otomatik due tige org awek yg ade kat situ pun same angkat kepale tgk kat mamat tu ngan tokey cafe..ishhh...apehal brader ni ttbe main isu gender plak ni..aku dah hangin hnssssssss..


"They love to eat outside.." sambung dye..fuhh..naseb ko baik brader..aku pun kembali mencedok lauk2 kat depan mate aku tu..perot dah berkugiran sakan dah ni..sambil tu aku bukak tinga leluas, nak dengar ape jawapan tokey cafe tu plak..


"No..u're wrong..normally they cook at nite. Mostly they are working here n they dun have much time to cook for lunch"


Perghh..naseb baik tokey tu pandai cilok..gua tau dye pun tipu je hehe..hakikatnye memang ramai kaum hawa kat Mesia ni yg malas masak...termasuk yg kerje kat USM ni..tp pencilokan oleh tokey cafe tersebut telah menyelamatkan saham wanita2 kat Mesia di mata orang asing..


Tp mamat tu still tak puas hati..dye cube buat comparisson..


"In my country, there are a small numbers of restoran..they love to eat at home!!"


Ciss..memang la bang...lu country mana? Sini Mesia. Ekonomi sini makmur. Rakyat cukup makan, kdg2 terlebih makan..gua very sure mamat ni paling tak pun dari India klu ikutkan style dye cakap n slang dye gune..tak pun Pakistan, mebi. Bukan Denmark, bukan Perancis, bukan bukan dan bukan..so tak yah la nak tunjuk lagak kat sini okeh.


Gua hangin. Gua bayar. Pastu gua blah..mamat tu try senyum kat gua. Dye cakap Helo. Heh...gua senyum then blah camtu je. Gua start moto. Sampai bilik gua makan. Lapar..burrrppppp alhamdulillah. Gua kenyang.


sekian.