Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan

Sabtu, 12 November 2011

Manusia Hebat Tak Ramai, Tapi Di Mana-mana Pun Ada

Benar. Manusia hebat ada di mana-mana. Kadang-kadang, di sebelah rumah kita sendiri ada manusia hebat. Mereka tak semestinya bertali leher dan bertuksedo kemas atau mengemudi konglomerat besar bertaraf global. Tak perlu jadi Bill Gates atau mendiang Steve Jobs. Tak perlu berdiri di rostrum United Nations dan bercakap tentang global warming untuk jadi manusia hebat.

Itulah yang saya alami pada petang tadi. Sebermula kembara hingga kenal manusia hebat ini, ialah apabila saya menerima panggilan dari guru sekolah lama saya. Ada kunjungan ke Pulau Pinang, dan mereka menjemput saya menyertai rombongan tersebut. Sesudah meninjau barang-barang lama di Muzium USM dan singgah di Masjid Al-Khalid Malik untuk menunaikan solat Zuhur, kami langsung ke Bukit Bendera.



Adik-adik dari SMK Sg Bayor 


Kunjungan ke Bukit Bendera atau lebih dikenali sebagai Penang Hill bagi warga kota itu, tak lama. Kami cuma mahu menyediakan sedikit pengalaman buat adik-adik menaiki kereta api yang mendaki salah sebuah bukit di Pulau Pinang. Nostalgia lama bersesak dalam kabin klasik, hanya tinggal dalam ingatan bagi kami tetapi tidak bagi adik-adik peserta rombongan yang rata-ratanya baru pertama kali menjejakkan kaki ke bukit yang pernah mengayakan penjarah Inggeris itu.

Kereta api gasak sekali memecut ke puncak. Tak sampai 5 minit. Kami tiba dan langsung saja ke food court. Saya memesan ais kacang istimewa. Cikgu Naja dan Cikgu Anwar juga, berserta semangkuk laksa Penang masing-masing. Suasana di puncak petang tadi agak dingin. Pemandangan pula umpama melihat dengan mata burung, cerah dan menarik.




Pemandangan di separuh dari ketinggian Bukit Bendera

Setelah berkeliaran sekejap di puncak itu, kami turun. Seperti ketika naik, perjalanan turun juga terlalu sekejap. Tidak ada nilai-nilai classic yang dahulunya hanya ada pada kabin kereta api Bukit Bendera, yang kononnya terkenal seantero dunia itu, pada kabin baru ini. Yang ada hanya nilai komersial dan sedikit keselesaan – masih perlu bersesak – akibat hawa dingin dan sistem suspensi kren yang lebih baik.

Selepas kunjungan singkat ke Bukit Bendera itu, saya terpaksa berpisah dengan rombongan mereka. Saya perlu pulang bagi menyiapkan baki kerja-kerja terjemahan. Rombongan terus ke Batu Feringgi untuk bermalam di sana. Justeru, saya terpaksa mengambil bas laju Rapid Penang, yang sebenarnya lembab juga, untuk pulang.

Ketika menunggu bas itulah, saya berpeluang bertemu dengan seorang manusia hebat. Hebatnya manusia ini adalah kerana beliau mampu berbahasa dalam pelbagai jenis bahasa utama dunia. Pertama, beliau seorang lelaki Melayu, dikenali sebagai Mamu dan amat pekat dialek Tanjungnya. Kedua, saya mendengar beliau berbual melalui telefon dalam bahasa Siam dan Inggeris yang sangat sempurna. Saya menegurnya. Kami berbual seketika. Kemudian, saya lihat dia melayan pula sepasang pelancong dari Jerman dengan ramah dalam bahasa Jerman yang sangat baik.

Dan ketika di dalam bas, sekali lagi saya terkejut apabila melihat lelaki itu membantu sepasang pelancong dari Iran dalam bahasa Parsi yang cukup-cukup-cukup-cukup baik. Seperti tidak percaya. Bukan saya seorang, tetapi semua penumpang senyum dan ada yang menggelengkan kepala seolah-olah tidak percaya langsung dengan kemampuan lelaki tersebut berbahasa asing dengan sempurna. Suaranya pula lantang hingga boleh didengar oleh semua penumpang. Lebih istimewa, lelaki itu memang peramah dan sentiasa mahu menolong para pelancong luar.

Kalau ditanya, apakah benih yang boleh dilemparkan ke tengah laut untuk menghasilkan sebuah pulau, saya fikir inilah benihnya. Lelaki ini kalau dilemparkan ke mana pun, pasti boleh hidup dan boleh berjasa kepada orang lain. Sayang sekali saya terlupa untuk mengambil gambarnya. Insya-Allah, kalau berkesempatan saya akan mengunjunginya lagi kerana beliau memang berkhidmat di Bukit Bendera. Jarang ada lelaki hebat seperti beliau. Oh ya, lelaki ini simple. Hanya bersinglet hitam dan bertopi dengan imej ranggi walaupun sudah berusia. Mudah saja untuk mengenalinya. 

Sabtu, 7 Mei 2011

Gua Nak Berhenti


ENTENSEN PELIS

dEAR beLoved Readers,

Insya-Allah, belog ni akan berhenti beroperasi buat seketika. Gua
akan pulang ke kampung halaman untuk kembali melakukan ektibiti sebagai
budak kampung yg edukated seperti menoreh gotah, berkubang dan
mengurat anak-anak jiran pada sebelah petang.

2. Memandangkan coverage 3G maxis dah sampai ke pintu rumah gua, tetapi gua 
tidaklah pula menggunakan khidmat berbayar ini, maka gua tidak dapat
mengupdatekan belog ini macam selalu. Inilah juga antaro sobab-sobab utamo kenapo belog ni akan berhenti operasi.

3. Akhir kato, hinggo berjumpo lagi, insya-Allah.

Assalamualaikum.

Yang sebenar,

Tuan Tanah.

e.t # tandatangan tidak diperlukan kerana ini adalah cetakan berkomputer. Jangan jadi buta IT der.

Isnin, 11 April 2011

From Damak With Love - Kampung Boy versi Kami Chapter 3

      Kampung boy mai lagik hehe.. Gua amat kesibukan dua tiga minggu ni so tak banyak masa nak menulis. Since last two weeks gua sibuk train bebudak gua berteater. Syukur gak dpt no.3. Then gua sibuk perah otak buat teks forum plak. Bila dah byk guna otak kat skolah, balik opkos opkos la penat. Mai malam je gua tak bleh tahan sgt dah. Asek nak tdoq awai ja huhu..jumaat, sabtu, ahad plak ade annual camping. Nanti gua storikan pasal camping yg amat best ni ye hee.. insya-Allah..

Tp dlm dok sibuk, naluri budak kampung gua tetap kuat untuk abeskan chapter ni..byk yg gua dok reverse balik, pelan2 ingat balik. Seb bek la long term memory gua ni ok lagik kan ngee…Kali ni gua nak start ngan gamba pasal tumbung nyok..jom baca =)

Kecik-kecik dulu gua suka makan ‘tumbung’ nyok. Erkk..amenda tuh bai? Hahaha..inilah bestnya dok kat kampung. Hasil mahsul bumi banyak tak terkata! Tumbung nyok ni kalau orang pekan nak tau, ialah isi dalam kelapa berbentuk bulat yang akan tumbuh dan membesar bila buah kelapa tu mula menghasilkan anak pokok baru. Anak pokok ni akan tumbuh dari dalam buah kelapa, keluar kat celah-celah lubang tempurung kat bahagian atas yang disebut sebagai tempurung jantan bila dah dibelah dua sebelum terjongol melalui kepala sabut. Tumbung tu la yang jd akar sulungnya dari dalam buah.

Uniknya tumbung nyok ni sebab rasanya lemak manis dan lembut macam kapas. Kandungan utamanya cumalah air kelapa atau ayaq nyok yg akan jd nutrien untuk menggalakkan pertumbuhan anak pokoknya. Biasanya, tumbung nyok ni akan terhasil selepas sebulan buah kelapa tu matang dan jatuh ke tanah. Gua suka makan tumbung nyok ni sebab rasa dia yg lemak-lemak manis gitu hehe.. Kalau nampak je mak gua kupas nyok (kami sebut koyak nyok), kompem aku dulu yang pi menyibuk. Kadang-kadang sampai berkelahi ngan adik gua ( masa tu adik gua baru sorang dan selalunya gua la yang menang ngeee hehe…).

Gua tak sure skang ni bebudak kampung waima bandar still makan tumbung nyok atau tak. Mungkin susah dah kot nak jumpa. Gua tak salahkan bebudak skang kalau tak kenal tumbung nyok ni sebab kita skang ni banyak guna santan segera. Sebab tu mati pun segera hehe… Kalau pi market pun mak-mak kita lagi senang beli santan siap poses ataupun kelapa yang dah diparut. Nak beli kelapa sebijik mebi renyah dan buang masa. Kat kampung, gua gerenti amalan ni masih berlaku. Kat umah gua sendiri nyok-nyok masih melambak sampaikan tak tahu nak buat apa dah. Cuma adik-adik gua skang dah macam tak obses sangat nak makan tumbung nyok mahupun ayaq dia. Transformasi pemakanan la katakan, hehe..rugi ampa tau.


       Huhu..hukhuk..sadly this picta reminds me to a fact bahawa satu-satunye game bebudak kampung yg gua gagal main sampai hari ni ialah gasing..erkkk..sgt memalukan! Yeapp..gua tak pernah berjaya memusingkan seketul gasing di atas pakunye. Dan sejak itu, gua langsung tak nak ambik tahu pasal gasing. So untuk gamba ni, gua tak dapat nak describe byk sgt. Gua tak tahu camna nak main gasing dan gua tak pernah dapat buat seketul gasing yg cantik. Memang gagal la sng cakap.


    Dulu gua slalu stay away klu tiba musim gasing. Gua segan ngan Mat Pen cousin gua tu yg cukup terer pangkah memangkah. Gua ingat lagik, gasing gua pernah terbelah dua kena pangkah ngan dia..punya la frust masa tu. Klu gua pandai pangkah gasing, mesi gasing gua tak jadik mangsa =( 




     See how they spinn the gasing.. Ada yg memangkah dan ada yg ketaq lutut tengok gasing dia dlm bulatan tunggu nak kena pangkah..camtu la gasing gua kena masa tu.. ciss..geram wooo..dah la masa tu gasing sebijik 60 sen. Bagi kami, 60 sen tu dah cukup mahal. Lagik sakit bila kami tak dapat sokongan moral mak ayah huhu..kena ikhtiar sendirik la camna nak carik duit nak beli gasing tu. Yg bestnya, gua sempat gak la tengok camna gasing komersial berevolusi dr jenis kayu ke jenis plastik mampat. Yg kayu lagik senang nak main tp mudah pecah. Yg plastik pulak kurang stabil tp susah nak pecah. Memang tak kan pecah la kot sbb 100% based on plastik mampat.

 Satu lagi ektibiti yang gua suka sangat buat masa kecik-kecik dulu ialah tibai ais kacang. Perghh..gua ngan ais kacang ni macam kacang hijau ngan toyol. Itulah perumpamaan paling gramatis yang boleh menggambarkan keghairahan gua bila tengok ais kacang. Gua slalu lepak ngan sepupu gua, sapa lagi klu bukan Mat Pen tersebut. Bila petang, kami dua tiga orang pakat kayuh beskal pegi ke warung Pak Su Omar kat pekan Sungai Bayor yg tak brapa nak jauh dr kampung gua. Kadang-kadang kami jalan kaki jeh sebab tak cukup beskal. Masa tu, suma tu tak jadik masalah. Mana-mana pun kami jalan kaki je. Sebab tu kami dulu-dulu sihat dan susah nak sakit mcm bebudak skang ni huhu..

Dlm gamba ni, korang bleh tengok camna komplikatednye nak prepare semangkuk ais kacang. Mesin yg biasa digunakan hari ni dah banyak ditransformkan. Dulu-dulu mana ada pakai karen apa suma tuh. Skang ni, taruk ketul ais bawah gerudi pastu tekan suis je. Dulu-dulu mesin tu kena kayuh guna tangan. Lagi ligat kayuh, lagi halus la ais yang terhasil dan lagi sedaplah ais kacang atau air batu campur tu. Lagi satu, dulu-dulu ais kacangnye pure, asli punya. Santan cukup lemak, krimer melimpah ruah, sirapnya pekat, ada air gula Melaka tak pun gula merah, ada kacang, ada jagung, ada cendol yang banyak dan yang beshnya gua rasa, sebab saiznya. Ais kacang zaman kami dulu sangatlah banyak tapi berharga murah, cuma RM0.50 semangkuk. The best thing about ais kacang gua rasa ialah santannya dan krimer yg ditaruk. Skang ni, air batu campur dah makin pelik. Macam-macam diorang taruk, termasuk buah salak dan buah pala. Rasanya pun dah tak selemak ais kacang dulu-dulu.

Selain ais kacang Pak Su, gua amatlah obses ngan laksa dan rojak. Tiga menu ni kira wajib dan femes la kat warung Pak Su. Sapa-sapa pun yang gi warung dia kompem akan order ais kacang dan laksa ataupun rojak dan cendol. Pak Su tak jual menu lain selain dr laksa, rojak, ais kacang dan cendol. Sampailah bila dia meninggal baru-baru ni, isterinya dah mula berinovasi jual mee kuah dan lain-lain air. Gua tak pasti warung ni masih beroperasi ke tak. Gua balik last minggu lepas, warung Pak Su tak bukak. Last two weeks pun tak bukak jugak. Mebi Mak Su pun dah tak sihat rasanya. 




       Bila tengok gamba ni plak gua teringat kat satu benda pelik kat umah atuk gua dulu. Ampa agak-agak apa budak dalam gamba ni ngah buat? Dia tengah ejas antena tv ke? Kompem salah. Budak ni ngah cari chanel radio laa der. Ini la radio klasik (bukan klasik.fm okeh) yg pernah dan sempat gua tengok tak lama dulu. Atuk gua satu-satunya penduduk kampung yang terawal ada radio ni. Sikit punya besar saiznya macam peti besen (telebesen) hehe.. Sebijik mcm dalam gamba ni la bentuknya. 

Dia punya body half plastik half besi dan half kayu. Sound kat tengah-tengah dan ada dua tombol pemutar kat kiri kanan untuk ejas volume dan cari chanel. Yang menariknya dia ada meter channel berjarum besar macam kat bahagian atas gamba radio ni. Kita kena pulas tombol tu ulang alik sampai clear suare DJ. Kompem-kompem la masa ni Halim Othman, Linda Onn, Fafau tak jadi DJ lagi kan. Fafau pun barangkali baru dok belajar cakap kot hahaha..

Atuk gua pernah ditawarkan RM5000 untuk jual radio ni. Tapi gua rasa la kan, atuk gua ni ada penyakit hoarder jugak la. Penyakit ni agak pelik iaitu pesakitnya suka simpan barang-barang lama dan apa saja barang yang dia rasa bernilai. Kat umah atuk gua macam-macam barang lama ada. Bukan takat radio ni je, ada setereka besi guna arang, ada telebesen zaman pra-sejarah, ada mesin taip dan ada jugak motor kapcai 70 cc yang skang jadik hak milik penuh gua hahaha..tapi tu la, atuk gua ni pun ada sikit panas baran. 

Satu hari dia bengang apa ntah, dia pi baling radio ni belakang umah. Masa tu anak-anak suma takde kat kampung. Gua plak pi skolah. Habis hancur. Kalau la sempat diselamatkan, kompem radio ni makin tinggi harganya dan kalau gua jadik pewarisnya, kompem gua akan jual dan jadik kaya kan hahaha… Skang, satu-satunya barang antik yg still berfungsi ngan baik kat umah atuk gua rasanya jam dinding je la kot. Masih berdenting macam dalam filem Labu Labi tu.



Ahad, 3 April 2011

From Damak With Love - Kampung Boy versi Kami Chapter 2.

Baru kelik (balik) kampung. Wah, beshnyaa hehe..dua hari dapat balik kampung pun dah cukup buat gua hepi hepi hepi dan hepi. Kira combo punya hepi laa..besarr punyaa hepi hohoho. Mau taknye hepi. Leh makan pepuas, mandi air terjun tige pat kali sehari dan bleh tidor overlimit tiap-tiap pagi (dua hari je pun ngee hehe)..

Why I  like my kampung? Chapter 1, gua storikan pasal keseronokan zaman bebudak. Chapter ni pun gua nak storikan lagi pasal zaman bebudak. Memang zaman bebudak sangat-sangatlah sewitt bg gua. Fasa paling besh gua rasa bila gua transit dr umoq 6 tahun ke 7,8,9,10 sampailah dlm area 15 tahun camtuh. Bila dah masuk Form 3, gua dah slow downkan ektibiti kekampungan sbb nak fokus kat studi plak. Tetiba jadik baek plak kan ngee hehe..gua budak baek dulu okeh walaupun slalu curik durian, rambutan org kampung hahaha.. 

     Wokeh cukup..now gua nak storikan chapter 2 plak, still berbantukan gamba dr buku Datuk Lat ni..harap-harap tak kena saman la yek heh heh heh.. Gambar kat sebelah kanan ni amat-amatlah menostalgiakan gua. Mcm dlm gamba ni, gua dulu-dulu pun slalu gak main tarek upeh. Yg beshnya dulu kami main race ramai-ramai kat laman umah arwah atuk gua.. kadang2 kami race kat jalan tp tak lama sebab upeh tu cepat hancur. Buntut pun pedih huhu.. Skang ni kadang2 gua try gak tarek sepupusepapat gua yg kecik-kecik tp diorang mcm pelik je bila dok atas upeh ni hukhukhuk..langsung tak reti nak feeling mainan ni walhal amatlah seronok!

     Haa..cube peratikan apa bebudak dlm gamba sebelah kiri ni buat? Hahaha..this is one of the most adventures mainan yg gua suka sgt layan dulu-dulu. Main perang-perang! Tp yg beshnya, kami main real-real tembak punyaa..kadang-kadang main bawah umah sebijik dlm gamba ni. Mana sempat kami menyorok tak kiralah bawah tangga ke, celah tiang ke, bawah pangkin ke, suma boleh. Kadang-kadang kami main dlm kebun getah. Dalam kebun lg best sbb byk pokok bleh menyorok. Gua suka bila bleh meniarap merangkak mcm kombat-kombat dlm citer perang tu sambil intai musuh hehe..

    Inilah ghupenye pistol yg kami guna. Buatan kayu je ngee hehe..basicly pistol ni kami buat guna papan yg agak tebal, kami takek-takek sampai jadik pistol. Picu dia kami buat guna potongan papan nipis, then ikat guna getah. Lagi kuat ikatan tu, lagi sedap picu dapat lepaskan peluru. Biasanya peluru kami guna sejenis buah terung kecik-kecik yg mak gua selalu buat sambal masak. Terung ni memang senang dapat, keliling kampung ada. Untuk jadikan pelaju buah terung ni bila dilepaskan oleh picu, kami guna getah bulat yg lebih kenyal. Lagi kenyal getah pelaju tu yg diikat kat muncung pistol, lagi berdesuplah buah terung atau peluru tu melucu. Klu kena belakang, memang pedih huhu..


      Haa..ini lagik satu mainan waktu bosan yg gua pernah main kecik-kecik dulu. Mainan ni tak susah dan amat menjimatkan kos, satu sen pun tak kena huhu.. Boleh dimainkan kat mana-mana je asalkan ada kemuncup. Inilah game yg bernama Lawan Kemuncup. Kaedahnye mudah sgt, cari je mana-mana kemuncup yg ade banyak bulu tu pastu lawan pusing-pusing. Biasanya yg kalah akan tercabut kemuncup bahagian bulu tu..  




    Gamba sebelah ni buat gua tergelak huhu..bebudak panjat pokok manggis. Gua ada pengalaman ngeri ngan pokok manggis. Satu hari gua ngan sepupu gua, Mat Pen tu, kami panjat pokok manggis kat depan umah arwah atuk kami. Punya la semangat plus lapar plus tak tahu malu (pokok tu bukan atuk kami punya tp jiran depan umah hehehe), kami panjat pokok tu. Sampai kat atas, masing-masing sedap je tibai sebijik demi sebijik. Gua ngan selamba je pi kat satu ujung dahan. Tetiba gua rasa panasss je telinga gua. Pastu pedih, pastu tetiba gua rasa makin banyak plak panas dan pedih kat muka, bibir, kelopak mata, dahi, siku, lengan apa suma..sekali gua sedar, penyengat dah attacked gua. Aduss..sakit gila. Gua terus terjun bawah then cabut balik umah yg tak jauh dr umah atuk kami tu, tinggal Mat Pen sorang-sorang kat atas pokok. Habis bengkak bengkil muka ngan badan gua. Kat umah, kena balun plak ngan mak gua hukhukhuk..


     Hahaha..ini lagik satu game yg besh pernah gua main kecik-kecik dulu. Rasanya skang ni pun ada lg bebudak yg main game ni. Game sorok-sorok ni memang jd rutin geng kami petang-petang. Cuma bila budak laki yg main, keluasan kawasan main tu lebih besar laa..tak mcm dlm gamba ni, kami biasa main dlm kawasan kebun getah, kadang-kadang sampai dua tiga kebun. Kami main dlm dua team, satu team pencari n satu team lagi tukang menyorok. Bila main mcm ni, tak banyak round boleh main dlm satu-satu petang sbb nak cari bukan senang huhu..kadang-kadang sampai give up mcm tu je.

   Datuk Lat memang real huhu..tgk gamba ni, bebudak menyorok blakang tiang. Sorang counting dan sorang lagik dok cari tempat nak menyorok tapi tak jumpa-jumpa..hehe lawak lawak. Itulah realitinya klu main game sorok-sorok ni. Susah nak cari tempat menyorok. Selalunya was-was yg buat kita tak jumpa-jumpa tempat nak menyorok. Bila dah jumpa, tgk orang lain nyorok kat tempat yg lagik besh, kita pun jadi gundah gulana. Last-last orang yg dok counting tu sampai tak tahu dah nombor brapa nak kira, give up mcm tu je huhu..




bersambung

Khamis, 31 Mac 2011

From Damak With Love - Kampung Boy versi Kami Chapter 1.

Takde yang lebey sewit dari menjadi budak kampung bagi aku. Pengalaman membesar sebagai budak kampung, menjadi nakal seiring dengan alam, dan mengenal susah payah menjadi manusia yg ala-kadar hidupnya, sangat-sangat berharga dan tak mungkin dapat rasa sekali lagi.. Semalam, aku lepak2 ngan sorang anak murid aku dan kami sembang2 pasal pengalaman aku jadi budak kampung..dia budak pekan yg tak pernah rasa main sawah, kena kejar tebuan penyengat, tak pernah main rounders dan tak pernah curi buah kayu orang..so aku pun storikan laa hehe..kat cni, aku nak share jugak berbantukan bahan bantu dr buku Dato' Lat =)

     Gambar ni mengingatkan aku kat satu ektibiti masa lapang yg pernah aku ngan sepupusepapat yg lain main masa kck2 dulu..nama ektibiti ni rounders..perghhh budak kg yg skolah x abes lg mcm kitorang masa tu pun dah bleh sebut mainan omputeh ni hihi..sgtlah best ektibiti ni bila main ramai2..aku ngan cousin aku Mat Pen slalu jd geng lwn geng kakak2 kami..kami main kat laman umah arwah atok yg slalu jd tempat budak2 kg main kejar-kejar..skang ni budak2 kg dah tak reti main rounders lg dah..sedey2..


    Gambar kat sebelah kanan ni plak mengingatkan aku kat satu lagi mainan kami bebudak kg masa dulu2.. Bila tiba musim menuai padi, inilah mainan yg kami paling suka buat petang2..dr yg tua sampai bebudak mcm kami, dr atuk2, ayah2, mak, kakak2 abang2 suma turun sawah..yg tuai padinye tetap menuai, yg main wau, layang2 pun sama naik..memang meriah.. Arwah Pak Ngah aku, ayah Mat Pen tu kira juara la klu bab main wau ngan layang2 ni huhu..



     Gambar sebelah kiri ni plak sebijik sama mcm kami kecik2 dulu hehe..klu yg dewasa main wau besar2, kami bebudak layan layang2 kecik2 je..aku masa tu cuma mampu main wau rama-rama je..bentuk dia sebijik sama mcm rama2..aku pun pandai buat wau rama-rama ni tak pernah terbang pun hahaha..sbb salah teknikal camna nak terbang kan..masa nak buat kemain lg bersungguh tp suma gagal hukhuk..




    Nak tau camna kami buat layang2 atau wau? Haa sebijik sama mcm dlm gambar kat sebelah kanan ni.. buluh2 yg kami dapat kami akn belah dan raut jd kecik2 untuk dibuat tulang wau..proses ni agak rumit dan selalunye bleh datangkan kecederaan..jari luka tu biasa sgt laa..biasa kami guna gam dr getah pokok..nak ambik getah ni pun satu hal gak..selalunye kami sebat je pokok2 getah sesapa yg sempat..kami toreh sikit je sbb getah tu x guna byk pun..bestnya tuan2 pokok tak pernah bising sbb faham sgt dah hee..

      Ni satu lagi keseronokan zaman bebudak aku dulu hehe..melastik buah kayu org! Ektibiti ni tak sama mcm ektibiti masa lapang yg biasa kami buat sbb musim buah x selalu datang..bila tiba musim je baru kami ektif hehe..buah rambutan, mempelam, buah star, setol, durian hanyut sungai, macam2 lg la..operasi memungut hasil kg ni selalunya berisiko jugak..aku pernah kena kejar ngan sorang pak cik waktu kami cross tanah dia nak gi kutip buat setol..dia kejar ngan batang kayu punya la besar, lintang pukang kami lari lintas sungai, bendang..dup dap dup daapp jugak la hee


     Selalu jugak dlm dok buat kerja jenayah tu kami bernasib malang yg lagi dasat huhu..mcm dlm gambar kat sebelah kanan ni, silap lastik kena sarang tebuan, penyengat atau gegendang haji...pernah sekali, kawan baik aku kena attack ngan tebuan haji sampai koma sebelum meninggal..memang parah jugak la..dia nak gi pungut buat setol tp tah camna, sarang tebuan haji tu jatuh bebetul kat dia..kakak2 dia pun kena tp diorang tak teruk sgt..kawan aku ni je parah sampai meninggal..al-fatehah..


 bersambung..

Sabtu, 22 Januari 2011

My Kampung Side of View

tibo2 aso windu kek kampung plak hehe..sobab?? haa ni lah sobab2nyo..jom cekidout bebeh :

my kampung my life


ni namo dio, bendang..org KL ckp, sawah.


ni pun bondang jugok..kek tompet den, tak banyok..yg banyoknyo sawah2 yg dah ditransfer jd kobun sayor


laluan ban kek tongah bondang..


ilusi ko silap mato? deduo salah..yg sbona eh, ni potosop punyo angkaro..hehe


aku tak tau la apo org KL panggil pokok ni, tp kek tompat aku, femilier ngan namo pokok setar..sblah dio pokok pelam..kek bondang ni aku ngan kenkawan aku, makhluk Allah duo org tu slalu lepak..ponah sekali tu diorang sambut besday aku kek bondang ni jam doblas tongah malam..gilo? memang gilo pun


haa..ni pokok gotah..kek pokok ni klu toreh/potong mako keluar laa susu..tak payah porah (perah) pun takpo..ni la ektiviti aku time cuti kek kampung..motong! kayo seh..sekilo nam belas ringgit skang ni

sekian dlu.

mood : malas nak update :p