Kampung boy mai lagik hehe.. Gua amat kesibukan dua tiga minggu ni so tak banyak masa nak menulis. Since last two weeks gua sibuk train bebudak gua berteater. Syukur gak dpt no.3. Then gua sibuk perah otak buat teks forum plak. Bila dah byk guna otak kat skolah, balik opkos opkos la penat. Mai malam je gua tak bleh tahan sgt dah. Asek nak tdoq awai ja huhu..jumaat, sabtu, ahad plak ade annual camping. Nanti gua storikan pasal camping yg amat best ni ye hee.. insya-Allah..
Tp dlm dok sibuk, naluri budak kampung gua tetap kuat untuk abeskan chapter ni..byk yg gua dok reverse balik, pelan2 ingat balik. Seb bek la long term memory gua ni ok lagik kan ngee…Kali ni gua nak start ngan gamba pasal tumbung nyok..jom baca =)
Kecik-kecik dulu gua suka makan ‘tumbung’ nyok. Erkk..amenda tuh bai? Hahaha..inilah bestnya dok kat kampung. Hasil mahsul bumi banyak tak terkata! Tumbung nyok ni kalau orang pekan nak tau, ialah isi dalam kelapa berbentuk bulat yang akan tumbuh dan membesar bila buah kelapa tu mula menghasilkan anak pokok baru. Anak pokok ni akan tumbuh dari dalam buah kelapa, keluar kat celah-celah lubang tempurung kat bahagian atas yang disebut sebagai tempurung jantan bila dah dibelah dua sebelum terjongol melalui kepala sabut. Tumbung tu la yang jd akar sulungnya dari dalam buah.
Uniknya tumbung nyok ni sebab rasanya lemak manis dan lembut macam kapas. Kandungan utamanya cumalah air kelapa atau ayaq nyok yg akan jd nutrien untuk menggalakkan pertumbuhan anak pokoknya. Biasanya, tumbung nyok ni akan terhasil selepas sebulan buah kelapa tu matang dan jatuh ke tanah. Gua suka makan tumbung nyok ni sebab rasa dia yg lemak-lemak manis gitu hehe.. Kalau nampak je mak gua kupas nyok (kami sebut koyak nyok), kompem aku dulu yang pi menyibuk. Kadang-kadang sampai berkelahi ngan adik gua ( masa tu adik gua baru sorang dan selalunya gua la yang menang ngeee hehe…).
Gua tak sure skang ni bebudak kampung waima bandar still makan tumbung nyok atau tak. Mungkin susah dah kot nak jumpa. Gua tak salahkan bebudak skang kalau tak kenal tumbung nyok ni sebab kita skang ni banyak guna santan segera. Sebab tu mati pun segera hehe… Kalau pi market pun mak-mak kita lagi senang beli santan siap poses ataupun kelapa yang dah diparut. Nak beli kelapa sebijik mebi renyah dan buang masa. Kat kampung, gua gerenti amalan ni masih berlaku. Kat umah gua sendiri nyok-nyok masih melambak sampaikan tak tahu nak buat apa dah. Cuma adik-adik gua skang dah macam tak obses sangat nak makan tumbung nyok mahupun ayaq dia. Transformasi pemakanan la katakan, hehe..rugi ampa tau.
Huhu..hukhuk..sadly this picta reminds me to a fact bahawa satu-satunye game bebudak kampung yg gua gagal main sampai hari ni ialah gasing..erkkk..sgt memalukan! Yeapp..gua tak pernah berjaya memusingkan seketul gasing di atas pakunye. Dan sejak itu, gua langsung tak nak ambik tahu pasal gasing. So untuk gamba ni, gua tak dapat nak describe byk sgt. Gua tak tahu camna nak main gasing dan gua tak pernah dapat buat seketul gasing yg cantik. Memang gagal la sng cakap.
Dulu gua slalu stay away klu tiba musim gasing. Gua segan ngan Mat Pen cousin gua tu yg cukup terer pangkah memangkah. Gua ingat lagik, gasing gua pernah terbelah dua kena pangkah ngan dia..punya la frust masa tu. Klu gua pandai pangkah gasing, mesi gasing gua tak jadik mangsa =(
See how they spinn the gasing.. Ada yg memangkah dan ada yg ketaq lutut tengok gasing dia dlm bulatan tunggu nak kena pangkah..camtu la gasing gua kena masa tu.. ciss..geram wooo..dah la masa tu gasing sebijik 60 sen. Bagi kami, 60 sen tu dah cukup mahal. Lagik sakit bila kami tak dapat sokongan moral mak ayah huhu..kena ikhtiar sendirik la camna nak carik duit nak beli gasing tu. Yg bestnya, gua sempat gak la tengok camna gasing komersial berevolusi dr jenis kayu ke jenis plastik mampat. Yg kayu lagik senang nak main tp mudah pecah. Yg plastik pulak kurang stabil tp susah nak pecah. Memang tak kan pecah la kot sbb 100% based on plastik mampat.
Satu lagi ektibiti yang gua suka sangat buat masa kecik-kecik dulu ialah tibai ais kacang. Perghh..gua ngan ais kacang ni macam kacang hijau ngan toyol. Itulah perumpamaan paling gramatis yang boleh menggambarkan keghairahan gua bila tengok ais kacang. Gua slalu lepak ngan sepupu gua, sapa lagi klu bukan Mat Pen tersebut. Bila petang, kami dua tiga orang pakat kayuh beskal pegi ke warung Pak Su Omar kat pekan Sungai Bayor yg tak brapa nak jauh dr kampung gua. Kadang-kadang kami jalan kaki jeh sebab tak cukup beskal. Masa tu, suma tu tak jadik masalah. Mana-mana pun kami jalan kaki je. Sebab tu kami dulu-dulu sihat dan susah nak sakit mcm bebudak skang ni huhu..
Dlm gamba ni, korang bleh tengok camna komplikatednye nak prepare semangkuk ais kacang. Mesin yg biasa digunakan hari ni dah banyak ditransformkan. Dulu-dulu mana ada pakai karen apa suma tuh. Skang ni, taruk ketul ais bawah gerudi pastu tekan suis je. Dulu-dulu mesin tu kena kayuh guna tangan. Lagi ligat kayuh, lagi halus la ais yang terhasil dan lagi sedaplah ais kacang atau air batu campur tu. Lagi satu, dulu-dulu ais kacangnye pure, asli punya. Santan cukup lemak, krimer melimpah ruah, sirapnya pekat, ada air gula Melaka tak pun gula merah, ada kacang, ada jagung, ada cendol yang banyak dan yang beshnya gua rasa, sebab saiznya. Ais kacang zaman kami dulu sangatlah banyak tapi berharga murah, cuma RM0.50 semangkuk. The best thing about ais kacang gua rasa ialah santannya dan krimer yg ditaruk. Skang ni, air batu campur dah makin pelik. Macam-macam diorang taruk, termasuk buah salak dan buah pala. Rasanya pun dah tak selemak ais kacang dulu-dulu.
Selain ais kacang Pak Su, gua amatlah obses ngan laksa dan rojak. Tiga menu ni kira wajib dan femes la kat warung Pak Su. Sapa-sapa pun yang gi warung dia kompem akan order ais kacang dan laksa ataupun rojak dan cendol. Pak Su tak jual menu lain selain dr laksa, rojak, ais kacang dan cendol. Sampailah bila dia meninggal baru-baru ni, isterinya dah mula berinovasi jual mee kuah dan lain-lain air. Gua tak pasti warung ni masih beroperasi ke tak. Gua balik last minggu lepas, warung Pak Su tak bukak. Last two weeks pun tak bukak jugak. Mebi Mak Su pun dah tak sihat rasanya.
Bila tengok gamba ni plak gua teringat kat satu benda pelik kat umah atuk gua dulu. Ampa agak-agak apa budak dalam gamba ni ngah buat? Dia tengah ejas antena tv ke? Kompem salah. Budak ni ngah cari chanel radio laa der. Ini la radio klasik (bukan klasik.fm okeh) yg pernah dan sempat gua tengok tak lama dulu. Atuk gua satu-satunya penduduk kampung yang terawal ada radio ni. Sikit punya besar saiznya macam peti besen (telebesen) hehe.. Sebijik mcm dalam gamba ni la bentuknya.
Dia punya body half plastik half besi dan half kayu. Sound kat tengah-tengah dan ada dua tombol pemutar kat kiri kanan untuk ejas volume dan cari chanel. Yang menariknya dia ada meter channel berjarum besar macam kat bahagian atas gamba radio ni. Kita kena pulas tombol tu ulang alik sampai clear suare DJ. Kompem-kompem la masa ni Halim Othman, Linda Onn, Fafau tak jadi DJ lagi kan. Fafau pun barangkali baru dok belajar cakap kot hahaha..
Atuk gua pernah ditawarkan RM5000 untuk jual radio ni. Tapi gua rasa la kan, atuk gua ni ada penyakit hoarder jugak la. Penyakit ni agak pelik iaitu pesakitnya suka simpan barang-barang lama dan apa saja barang yang dia rasa bernilai. Kat umah atuk gua macam-macam barang lama ada. Bukan takat radio ni je, ada setereka besi guna arang, ada telebesen zaman pra-sejarah, ada mesin taip dan ada jugak motor kapcai 70 cc yang skang jadik hak milik penuh gua hahaha..tapi tu la, atuk gua ni pun ada sikit panas baran.
Satu hari dia bengang apa ntah, dia pi baling radio ni belakang umah. Masa tu anak-anak suma takde kat kampung. Gua plak pi skolah. Habis hancur. Kalau la sempat diselamatkan, kompem radio ni makin tinggi harganya dan kalau gua jadik pewarisnya, kompem gua akan jual dan jadik kaya kan hahaha… Skang, satu-satunya barang antik yg still berfungsi ngan baik kat umah atuk gua rasanya jam dinding je la kot. Masih berdenting macam dalam filem Labu Labi tu.
0 comments:
Catat Ulasan