Rabu, 27 April 2011

Pesta Rakit..Wow!!

Waktu entri ni ditulis, aku sedang bersuka ria kat kampung halaman. Bangun pagi-pagi, gosok gigi, berserauk (bersarapan) pastu on laptop macam biasa dan start menulis novel-novel aku. Tapi minggu ni, aku sangat enjoy sepanjang kat kampung. Ujung minggu ni, ada pesta rakit 1Malaysia, futsal dan kenduri kampung  kat kampung aku. Wow..pesta rakit?

Honestly aku blum ada pengalaman pasal pesta rakit ni walaupun ni bukan 1st time event mcm ni dianjurkan kat tempat aku. Pernah dulu-dulu ada geng mat saleh @ omputeh yang selalu datang sini untuk berakit, tapi aku tak pernah merasainya. Kali ni je aku betul2 joint venture ngan ektibiti berpekdah lagi menyihatkan tubuh badan serta mengeratkan silaturahim orang2 kampung ni.

Meh aku kobarkan sikit. Pesta rakit, futsal dan kenduri kampung ni dianjurkan oleh  sekretariat Pemuda Larut dan akan dirasmikan oleh YB kami, merangkap Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Hamzah Zainuddin. Kebetulan atau memang dah dirancang, mukim Sungai Bayor iaitu induk kepada kampung2 sekitarnya termasuk kampung aku jadi host. Mungkin sbb itu jgk la kami warga Sungai Bayor terasa benar impaknya.



batang-batang buluh yg dah ready ntuk ditransformkan menjadi rakit.


Sejak seminggu lepas, aktiviti berfutsal dah pun dijalankan pada sebelah malam sampailah finalnya pada 30hb ni iaitu hari Sabtu bersamaan hari kejadian pertandingan berakit dan kenduri rakyat itu akan dilangsungkan. Dah dua malam aku lepak-lepak kat court futsal ngan bebudak kampung. Walaupun tak main, tapi tetap enjoy. 




sungai selama..


Jarang bebudak kampung mcm kami ni dapat berkumpul ramai-ramai mcm ni kalau tak ada event khas macam kenduri kendara, kematian ataupun berkumpul kat pasar pagi pada hari Jumaat (it is among  the most biggest pasar pagi kat negara ni). Tapi sejak seminggu lepas, aku dapat tahu, gelangang futsal kat pekan Sungai Bayor tu ponuh sosak!

Siangnya, sambil join kenkawan aku buat rakit, aku pusing-pusing kampung tengok team-team yang nak berakit buat persiapan. Ada rakit yang dah siap dan ready to go since hari Isnin lagi. Ada jgk yg masih dalam pembikinan termasuk team kawan aku ni. Bukan main heppy lagi diorang. Penyertaannya percuma pastu dapat pulak insentif khas ntuk tiap team (nilainya dirahsiakan, yang pasti lumayan).



salah sebuah rakit yg berjaya aku curi...curi rakam gambar je hehe...ni pun dapat amek time malam je sbb siang x berani nak curi rakam huhu..


Tiap rakit dah ditetapkan syarat-syaratnya yg aku rasa cukup ketat. Tak boleh guna bahan lain selain buluh sahaja. Panjangnya tak leh lebih dari 20 kaki dan mesti mampu menampung 4 orang peserta. Sayangnya aku tak dapat nak rakam gambar2 rakit yg dah siap sbb tak dibenarkan..tp sepanjang aku meronda tadi, memang npk hebat-hebat belaka. Klu taruk enjin, kompem selat Tebrau pun bleh belah.




ni lagi satu rakit yg dah siap dan ready to go..kompem kalah punye la rakit ni huhu..


Now, we’re counting down the days. Hari ni hari Rabu. Ada kurang lebih 3 hari lagi untuk pesta ni. Kebanyakan team nampak bersungguh-sungguh buat persiapan. Air Sungai Selama pun nampak cun je, ready menyambut para peserta Sabtu ni Insya-Allah. Kalau takda aral, aku pun nak joint sama. Hope pesta kali ni berjalan lancar dan mencapai objektifnya, insya-Allah =).

I Love Selama..hehe..adios.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

teringin sangat nak berakit, seumur hidup belum merasa. huhu