Ahad, 1 Mei 2011

Regim Baik Si Crackers : Misi 2 KiLo!

Makan dan keboroian. Lelaki dengan dua situasi ni ibarat kotak mancis ngan batang mancis. Klu tak ada isinya, kotak pasti tak berguna. Klu perumpamaan Afrika barat ni diambil-kira, maka tepatlah kata-kata tersebut ntuk menggambarkan lelaki yg suka makan hingga boroi. Tapi tak suma lelaki bila diisi dengan makanan akan boroi..erkkk..ntah menda la gua bebel ni.. Tp seyesly, gua nak cakap pasal boroi kali ni.

Mengikut kamus kaum Aztec yg tersimpan dlm sebuah peti besi  kat umah ketua kampung diorang, lelaki cenderung memboroi bila mereka memakan sejumlah besar makanan berkalori ketika hati mereka senang dan bahagia. Itulah indikator utama kajian yg dijalankan oleh Prof. Linda, kawan mak aku kat Unibersiti Obesiti, Oklohama Selatan bebaru ni berhubung masalah lelaki boroi. Ajaibnya, beliau menemui kebenaran bahawa lelaki boroi adalah lelaki yg bahagia zahir batinnya!

Ketika Prof. Linda menelefon mak aku ntuk bersembang pasal hasil kajian ni semalam, mak gua takde kat rumah. Jadi gua telah mengambil kesempatan tersebut ntuk menekel beliau. Malangnya, beliau telah cuba menanyakan pandangan gua tentang hasil kajian tersebut. Dalam keadaan gelap akibat keputusan bekalan elektrik, gua dengan selamba menjawab, pandangan gua gelap, tak nampak apa-apa. 

Lalu beliau pun berkata : *&%$#@^$??!!!!! (respon Prof. Linda selepas mendengar jawapan aku itu berbaur kesat dan kasaq, jadi gua terpaksa mensensetkannya di sini demi menghormati pembaca bawah umuq)..

Selanjutnya, Prof. Linda menerangkan lebih lanjut akan fenomena lelaki boroi di seluruh dunia. Katanya, ia seolah-olah menjadi trenda sosial dewasa ini bila lelaki menjadi boroi kelihatan lebih segak dan bahagia. Mendengarkan hujah tersebut, gua terus terdiam. Gua gosok-gosok perut gua dalam gelap. Gua rasa semacam. Betul ke?

Sejak akhir-akhir ni, gua perasan gua ada masalah bila makan je, mesti berat gua akan bertambah. Dalam masa seminggu misalnya, at least dua kilo akan turun naik dan ini cukup mengganggu fikiran gua. Gua tak mahu boroi. Gua nak jaga badan gua. Jadi, gua dah tetapkan, gua akan turunkan sekurang-kurangnya 2 kilo dlm masa terdekat dan pastikan keseluruhannya 5 kilo akan hilang sebelum gua maintain ngan regim diet yg seimbang hingga gua kawen esok. 

So bermula minggu ni, atas saranan Prof. Linda kawan mak gua tu, gua akan makan crackers sahaja bersama diet ayaq teh kurang manis. Insya-Allah, harap-harap berkesan eksperimen gua ni huhu..gua tak mahu memboroi tp gua nak hepi dan bahagia! Gua akn buktikan Aztec salah dan kajian Prof. Linda tu belum lengkap. Suport me please! 

0 comments: