Tapak berhimpun. Ni gambaq masa 1st day aku sampai sini, hari lapor diri.
Smalam AJL, dan smalam gak, EPL (klu tak silap)..Ana menang AJL dan Man.U menang lwn Liverpool. Tp yg sedeynye aku rase, A.P.I kalah dan Gerald kne red card..what a night laa. Naseb bek aku tak buang mase layan dedue show tu..bukan aku tak minat AJL n EPL tapi tak sempat. Aku sampai Penang ni pun dah lewat, then pi beli barang dapur pe sume (sbb sem ni aku nak masak sendiri ngee hehe..), almost 11 o’clock baru setel.
Update kali ni aku tak tau nak start camne. Blur pun ade ni. Tp dah lama sangat tak update, kesian plak ngan awek aku yg ni huhu..kang dia sunyi, gersang kena tinggal lelame hahaha..
Demam takmo nak kebah lagi, otak pun jd slow ishh..dah tu plak, kat skolah td tetiba aku dapat tau sukatan pelajaran berubah. Punya la naya. Naseb bek gak ada geng huhu..aku ngan Ckgu Fadzly sama-sama sewel kejap tengok sukatan baru tu. Camna bleh tersilap. Kelas dah seminggu berlalu. Aku dah ngajor enam waktu, tup-tup baru tau sukatan salah. Input betul, cuma susunan sukatan je dah diejas..cisss..
Bila jd camni, memang aku terase sangat blur..mujur la jugak hari ni (Isnin) aku xde kelas. Bleh la amek mase study balik sukatan yg baru tu, discuss sket ngan guru pembimbing sambil menyakat cikgu Siti Fairus yg sporting hehe..
Yeahh..aku dapat point dah. Aku nak storykan pasal geng bilik guru ntuk update kali ni. Tetiba dapat ilham kan ngee hehe..Ada lima orang cikgu yg aku betul-betul hepi n teruja lepak ngan diorang. Sumanya muda lagi dan baru posting. Selain Cikgu Siti Fairus n Ckgu Fadzly yg aku habaq td, tiga org lagi ialah Ckgu Shahrel, Ckgu Vitthya dan Cikgu Rezuan.
Cikgu Siti Fairus ni bleh jd kamceng ngan aku sbb dia pernah praktikal kat skolah lama aku, SMK Sg. Bayor (SEBAYU) tahun lepas. Bila dah kebetulan tu, so mcm2 la dikorek-keluarkan. Tp dia cakap dia ngeri mengajar kat SEBAYU sbb tak tahan ngan Pengetua (arwah) n staf2 suma..tergelak aku. Dia mebi tak tahu cikgu praktikal dr program KPLI/DPLI memang tak disukai sgt kat skolah aku tu. Neber mind. Yang penting kami ok hehe..
Cikgu Fadzly ngan Ckgu Shahrel plak ade persamaan ketara. Both of them sedang mencari cinta. Kira dilema dasat gak la. Kes Cikgu Shahrel plak paling kritikal kot. Dia skang ngah cari bakal isteri sebab mak dia bagi tempoh dua tahun je ntuk dapatkan calon. Msalahnye, famly dia ni jenis ikut adat kuat. Adik dia dua orang dah bertunang tp mak dia tak bagi adik-adik dia tu kawen selagi dia tak kawen. Kira tak boley langkah bendul laa senang cakap. Haishhh…camna tu? Emak aku ok kot huhu…
Cikgu Fadzly plak lebey kurang cuma dia ni tak melibatkan kes langkah bendul la. Yang aku hangin, hari first tu dia slamber je klentong aku cakap umoq dia dah 38. Punya la steady muka awet muda tp umoq 38. Aku plak bleh gi cayer bulat2. Bila cikgu Siti habaq baru aku tau..cisss.. Cikgu Fadzly ni nice lookin man la bg aku, tapi garang. Kira sesuai la jadi ayah yg berdisplin kot hehe..
Sorang lagi Cikgu Rezuan, aku rasa dah kawen. Dia ni makhluk yg tak bleh dok diam. Jarang nak ade kat bilik guru. Tp dia sangat caring. Dia mesti datang cari aku tanya ada masalah ke tak. Then bg nasihat apa yg patut. Dia ni aktif sukan. Awal-awal lagi dah ajak aku jd trainer bola, takraw ngan olahraga. Bagai pucuk di cita la, aku pun orait saja hehe..tadi siang aku lepak ngan dia kat blakang bilik guru. Kami tanam pokok mangga then cangkul rumput2 sket..aku suka keje ngan Cikgu ni sbb outdoor lebey. Pasni tak sabaq nak buat camp plak ngan budak2 Pengakap, insya-Allah.
Overall, aku sangat suka ngan skolah ni..SMK Tanjung Bunga. Walaupun track recordnye xde la gemerlapan sangat, tp skolah ni masih ok dlm segenap aspek. Yang penting, chegu-cheginye sume best, dr Pengetua sampai la ke guru baru. Td datang lagi sorang chegu baru (yg agak cun, tp dah kawen huhu…), insya-Allah, makin kuat ukhuwah yg sedia ada ni, ameen.
Sekian dulu.
P/S = Mase untuk memasak =)
1 comments:
amboi..bestnyee cite chegu chegi...bgus la hepy2 kt skolah tu..sng nk mngajar kn..
Catat Ulasan