Khamis, 17 September 2009

CaST aWaY




Usai nontoni Cast Away. Ketabahan sang lelaki teruji oleh kesetiaan si wanitanya. Dan senyuman sang lelaki saat melihat si wanitanya dipimpin lelaki lain, itulah bahagia agung untuk sang lelaki. Dia memilih untuk tidak menangis lagi, kerana sudah puas dia menangisi takdir ketika cintanya begitu memanggil-manggil nama si wanitanya. Karam di laut juga cinta itu. Badai seperti awan berarak di langit mendung, dan awan seperti badai yang menghempas-hempas rindunya.



Jam sudah 3.29 pagi. Hati terasa sunyi benar. Alhamdulillah, terpenjuru juga diri di sudut perhati. Melihat kot-kot ada ruang di situ untuk tidur. Semoga mimpi indah.

0 comments: