Ahad, 27 Disember 2009

Surat Cinta Untuk Cikgu Qistina

Kalau saya ditanya, apakah erti menunggu, saya akan hanya menjawab dengan paling mudah dan ringkas, dengan pilihan kata-kata yang paling tepat dan sunguh-sungguh, bahawa ia adalah saat bila kita memberikan seluruh kesanggupan.

Saya mengenalinya, dan terus jatuh hati. Bila pertama kali saya tahu dia sudah dimiliki, saya terus cuba berhenti. Perhentian itu saya bina dalam tempoh yang panjang dengan harapan dia mengerti akhirnya, bahawa saya harus mengundur diri. Saya mengajaknya berhenti pada saat yang saya kira sudah patut. Saya beritahunya, bahawa dia mesti lupakan saya segera.

Waktu itu, sebenarnya, baru dua minggu kami kenal. Sungguh aneh kerana begitu lekas saya jatuh hati, walaupun kata orang, kita mengambil masa seminit untuk mengenali dan sehari untuk jatuh hati. Kerana itu jugalah saya mahu lekas berhenti dari terus jatuh hati, kerana saya takut, jika saya benci, ia akan jadi satu episod yang terlalu panjang. Kata orang, kita selamanya akan membenci bila sekali kita dikhianati.

Saya mengambil keputusan itu setelah merenungi diri ini. Cikgu, saya sebenarnya terlalu sayangkan dia. Dia terlalu istimewa buat saya. Dua minggu itu terlalu banyak yang saya selami, dasarnya tenang dan indah sekali. Setiap gerak degup hatinya membuatkan saya begitu terpesona sehingga saya jadi pinar lantas hilang nafas. Saya jadi lemas di dasar itu. Sehinggalah akhirnya saya seolah-olah nampak bahawa sama ada saya akan lemas dan karam, atau saya akan hilang terus di dasar itu tak lagi kembali ke permukaan. Kedua-duanya sama sekali bukan impian dan harapan saya. Waktu itulah, saya sedar, saya perlu lekas naik ke permukaan dan tinggalkan dia.

Alhamdulillah, dia mengerti dan memahami. Saya mengucapkan selamat tinggal seminggu kemudian, iaitu seminggu sebelum ulang tahun kelahiran saya. Sengaja saya pilih waktu itu walau pun hati saya, perasaan saya dan seluruh jiwa saya masih inginkan kemesraan kami bertahan selama mungkin. Tempoh mengenalinya, sebenarnya, adalah tempoh untuk saya membina impian dan harapan. Utamanya, saya mahu menyambut hari jadi saya bersama. Itu impian yang cukup-cukup saya impikan, sebaik saya sedar saya telah jatuh hati padanya. Namun saya buat keputusan lebih awal untuk pergi walaupun saya mampu memanjangkan tempoh tersebut. Sungguh semuanya di tangan saya meski pun dia yang sepatutnya pergi.

Saya tahu, dia tidak akan pergi dari saya. Saya tahu, dia lebih sayangkan saya, bahkan lebih mahu saya terus bersamanya.

Cikgu,

Air matanya saya kesat pada titisan pertama. Ia jatuh hangat di atas lengan ini. Saya menangis jauh di dalam hati. Sedang jiwa saya merajuk. Saat itu juga, seluruh hidup saya terasa sunyi. Saya tahu, saya mencipta hari-hari yang bakal suram dan kelam.

Hening sekali waktu itu. Dia cuma tunduk. Esakannya terdengar oleh saya tetapi cukup halus. Mungkin dia sendiri tidak pasti kenapa harus dia menangis sedangkan kami belum pun membina satu hubungan yang kukuh, tak lebih cuma kawan. Saya selalu berpesan pada diri, dia sudah dimiliki seseorang dan orang itu jauh darinya, sedang saya dekat dan selalu disisi waktu senang dan susah. Saya seharusnya tidak membenarkan dia jatuh hati sama seperti saya. Mungkin, mungkin kerana itulah, selama dua minggu tersebut, kami cuma mampu menjadi kawan yang saling memahami hati dan perasaan masing-masing.

Namun, saat dia menangis, saya tahu bahawa dia juga sudah meghamparkan sesuatu pada diri saya. Saya tahu, dia menyandarkan jiwanya pada hati saya. Tangisan itu bukan dibuat-buat. Ia begitu mulus, tambah mulus saat dia mengangkat wajahnya dan merenungi mata saya. Dia senyum. Tuhan, hati ini menggeletar. Ia sungguh menikam sanubari, menggetarkan seluruh naluri. Saya renunginya, dalam-dalam. Dia senyum. Kuntumannya mekar dalam kebasahan air mata, seolah-olah mawar yang kembang disimbahi embun dan suria. Indah, mulus.

Cikgu, saat dia genggam jemari saya, hati saya begitu digoncang.

Dan saat dia membuka mulutnya, saya tahu, sesuatu yang paling tulus akan keluar dan meniti dibibirnya, dihembus angin dingin, menyapa terus ke kalbu saya. Benar cikgu, dia mengungkapkan sesuatu yang pasti akan saya ingat dan tunaikan, kerana ia adalah permintaan yang paling indah daripadanya sejak saya kenalinya.

Tunggu aku.

Allah, kau kuatkanlah semangatku hingga ke akhirnya, kerana aku pasti akan tunggu dia.

Cikgu, saya menangis yang teramat sangat. Hati saya merajuk hingga ke hari ini. saya telah kecewakan hati saya sendiri. Namun saya sudah berjanji untuk menunaikan permintaannya, sehinggalah hari ini, cikgu datang dalam hidup saya.

Sudikah cikgu terima cinta saya?

Yang benar,

Salim bin Kassim.

Cikgu..cikgu..ada surat lagi dari abang saya untuk cikgu hari ni.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh..tidakkkkkkkkkkkkkkkk..

Cikgu Aisya Qistina mendadak menuruni tangga, lekas-lekas belok ke kanan dan menyelinap masuk ke tandas yang terletak kira-kira dua meter dari Kelas 3 Kenanga, meninggalkan Daim yang terkial-kial memerhatikannya dari atas.

Salim abang Daim. Salim kata orang kampung, tiga suku. Semakin menjadi-jadi. Daim adiknya pula, lembam. Alahai, nasib. Minggu depan pasti, aku akan ke bandar dan ke PPD mengisi boring permohonan bertukar, getus hati kecilnya.

Jumaat, 25 Disember 2009

dalang sejarah

E-VIEW berbunyi malas. Ada gersik-gersik bersepit mencelahi tona-tona bunyi Trough My Window paduan tenaga Bunkface. Sudahnya, jadi serabut serabai lagu hebat ini. Tersenyum. Betapa daif ciptaan manusia.

Entah giliran ke berapa sudah harinya hari ini saya di rumah. Menghabiskan baki cuti semester yang begitu sekejap sebenarnya, sambil menancap kembali makna anak kampung adalah sesuatu yang begitu istimewa . Di kampung ini, saya jadi begini dewasa. Di kampung ini, saya memahami manusia di luar sana sebenarnya lebih kalut. Ya, semuanya siur kalut.

5hb 12 2009. Oh, sudah hari lima bulan akhir untuk tahun ini. Hari dua puluh satu saya akan pulang ke kampus. Aduh, cepatnya [ aduh, malas sebetulnya ].

Ruang kecil bilik ini saya seluruhi. Kalaulah di sini juga ada lentum-lentam senapang dan pistol, atau gegak gegar bola-bola api bedilan meriam Turki yang tegar disambut meriam Benggali, atau mungkin juga membusur simpang-menyimpang anak-anak panah pahlawan Melaka mempertahankan jambatan penting Kota Metropolitan mereka ketika itu, pasti bilik ini sudah sembah bumi. Mungkin bersepai tak berpuing. Saya pejam. Ah, di sini aman. Membaca sejarah yang begitu sarat dan saya jadi penat memikirkan sejarah masa depan. Sejarah masa depan? Tentu ada.

Sejarah, manusia, kemanusian dan peperangan adalah seperti air, tanah, angin dan udara, semuanya saling berkisah dalam satu jagat yang sama. Saya tidak suka perang. Perang menyebabkan kemanusiaan jadi rendah serendah-rendahnya. Tetapi sejak beberap hari yang lalu, saya begitu intim dengan kisah-kisah peperangan yang pernah wujud dalam sejarah kemanusiaan, lalu kerana itulah, saya jadi takut dengan peperangan, dan lalu jadi benci sebenci-bencinya. Semoga tiada peperangan lagi dalam catatan sejarah masa depan.

Bapak Pramoedya pernah menukilkan ceritera manusia Indonesia menentang keparat Belanda. Bumi Manusia yang beliau nukilkan itu begitu terkesan oleh saya.

Allahyarham Tun Sri Lanang juga sudah berjaya memesongkan keyakinan saya selama ini bahawa peperangan pernah berlaku atas nama keagungan bangsa manusia, tetapi ia juga menyebabkan bangsa yang lainnya, sengsara. Kolonialisasi. Itulah namanya. Proses menjarah kemanusiaan.

-Tetapi Melaka dan angkatannya juga pernah menakluk? Pastinya ada yang sengsara juga.

Saya teringat mesej dari dia semalam.

Tentu. Tetapi itu bukankah untuk memakmurkan juga..

Saya belum khatam asbab Melaka menakluk. Sumber literal dalam teks-teks Sejarah Malaysia bukan primer. Saya tidak mahu berpegang pada teks seperti itu.

Kemanusiaan. Sejarah ada sisi yang gelap.

-Tentu. Sejarah dicatat oleh manusia, pastinya ia ditulis atas nama kemanusian. Tetapi jangan dilupa, ia juga boleh saja dimanipulasikan.

Setuju. Tapi tidak begitu seluruhnya.

-Sudah tentu. Ada sejarawan yang jujur. Mereka masih faham apa itu sejarah.

Tetapi yang sebaliknya, juga ramai.

Maut. Meski dihindar, tetap akan datang. Maut itu pasti. Maut mendatangi manusia dari segenap sudut dan sisi. Manusia bisa lari, tapi maut itu tentu. Manusia boleh menyorok waktu, tapi maut datang tak kira waktu. Dan perang pula menyegerakan waktu untuk maut.

Sejarah mencatatkan juga, bahawa manusia yang paling lantang menyeru keamanan kemanusiaan adalah manusia yang paling durjana menyeru perang, melakukan kerja-kerja perang, mencabut nyawa kemanusiaan yang lainnya. Lebih jijik, manusia-manusia itu jugalah yang mengaut senang daripada perang.

Baca Dami N. Toda, Kesibukan Hamba-hamba Kebudayaan.

Baca Keberanian Untuk Takut.

Baca 1515.

43 pengarang Jerman Timur dan Barat pernah berkumpul atas nama Pertemuan Berlin Untuk Membina Perdamaian ketika dunia begitu di ambang perang oleh kerakusan Reagan, Brezhnev, Gromyko, Haig dan sekutu-sekutu keparat mereka, yang angkuh sial, yang mengsyaitankan semboyan perang dan bala tenteranya demi kekayaan.

Brezhnev membanting sepatu butnya di Afghanistan, plesir ke Polandia, main mata di Amerika Tengah, mengirim senjata ke Vietnam, Afrika dan Timur Tengah. Reagan juga turut serta. Menikmati wang darah daripada penjualan senjata ke Timur Tengah dan El Salvador. Dan mereka berdualah juga manusia paling dalang getol bercakap tentang keamanan dan perdamaian!

Atas nama Gospel, manusia Barat dari Portugal menjarahi Timur, rakus. Alfonso memugar Ormuz dan ke Goa, kemudian datang ke Nusantara memijak-mijak bumi agung Melaka. Turki dan Uthmaniyah jadi kalut tapi Raja Manuel di istananya, riang tak terkata menyembahkan syukur kepada Jesus kononnya syiar Kristianiti sudah menemui pintunya di Timur, meluaskan wilayah hegemoni Eropah Baru. Islam hampir tersungkur terus.

-Sultan Mahmud adalah penyebab kejatuhan Melaka.Dan anaknya, Sultan Ahmad.

Baca 1515. Mereka sudah dihukum.

-Tapi adilkah hukuman itu? Melaka jatuh. Islam tersungkur. Turki langsung hilang taringnya di Nusantara. Melaka adalah pusat Uthmaniyah agung di Nusa Tenggara. Jatuhnya Kota Melayu Raya ini adalah titik penting kejatuhan Uthmaniyah, secara tidak langsung. Melaka dironyak rakus, dibakar hangus, ditusuk tembus segala maruahnya, akibat kealpaan baginda berdua. Adilkah Melaka dihukum begitu?

Sultan adalah payung. Sultan adalah kepala kepada badannya iaitu rakyat dan isi negeri. Kalau isi negeri dirabak-rabakkan, hingga berbekas luka besar-besar, bolehkah kepala itu terus menahan sakit sendirian? Sudahnya pasti kepala tertunduk mengaduh pilu, akhirnya terkulai. Tetapi baginda Sultan Mahmud tidak lekas tunduk, tidak cepat terkulai, tidak segera mengundur langkah.

-Penentangan baginda tidak disertakan kesungguhan dan keinsafan. Baginda terlalu lambat.

Sejarah.

Banyak betul yang disimpangkan. Catatan sejarah dalam buku teks KBSM ternyata tempang di sana sini. Saya tidak mahu mengangkat 1515 sebagai sebuah teks sejarah. Ia tentu cuma novel. Tetapi membacanya membuatkan saya lebih realistik, berfikir pada darjah yang sepatutnya. Membaca sejarah tanah air tidak boleh dengan hanya mengadap teks formal. Keformalitian itulah sebenarnya yang menyebabkan banyak graduan sejarah jadi lesu. Tak terhitung graduan sarjana dan sarjana muda negara yang menelaah sejarah, tetapi yang lesu sudahnya masih banyak. Mereka tak dapat berfikir dengan jelas kenapa; jauh sekali untuk menjawab jika ditanya, apakah sebenarnya yang berlaku; atau, apakah disebaliknya yang menyebabkan keadaan itu atau ini, berlaku.

Saya pernah diberitahu bahawa Melaka alah kerana bentengnya lemah, dan rencana Almarhum Sultan Melaka sendiri terlalu goyah. Tetapi setakat itu sahajalah. Kenapa benteng Melaka lemah? Kenapa rencana baginda goyah? Kenapa Portugis begitu gagah, pongah datang menjerkah baginda seisi negeri?

Saya diberitahu juga betapa Alfonso celaka itu datang cuma dengan angkatan laut yang begitu kecil. Sedang kapalnya sendiri sedang mereput saat tiba di gigi laut Selat Melaka. Tetapi kenapa wizurai tua itu masih bermotivasi tinggi, begitu lapar melapah emporium Melayu Islam yang begitu jauh dari negeri asalnya, Portugal?

Saya anti sejarah?

Tidak. Saya cuma tidak menyenangi kaedah yang digunapakai. Sejarah harus diceritakan. Mengajar sejarah itu bagus, tetapi sejarah yang diceritakan sebenarnya lebih realistik.

Sejarah masa depan tentang perang. Saya tahu ia sebenarnya sudah dan sedang berlaku. Barry sang hitam presiden bukannya manusia pencinta aman, bahkan lebih getul dari Bush anak beranak. Dia terima Nobel penuh kontroversi. Dia kunjungi Abbas sambil menyelinapkan jutaan dollar ke poket Netanyahu, bisikkan betapa Amerikan simpati Palestina, tanpa mahu pula menyekat penghantaran peluru-peluru hidup kepada Mofaz dan angkatan perangnya. Israel. Zionis. Amerika. Semua itu ialah sejarah masa depan tentang peperangan.

E-VIEW berhenti bergersik-gersak. Playlist menukar tona bunyi ke irama balada. Saya berkisar badan, mendakap bantal kecil pemberian seseorang. Bantal ini kecintaan. Bantal ini mengingatkan saya kepadanya, yang begitu jauh. Yang dekat cuma kecintaan ini sahaja.

Rindu..rindu..rindu..kalbu

Memanggi-manggil namamu

Seperti terbang di langitmu

Tenggelam di lautan cintamu…

Sejarah. Saya mencari ertinya. Seseorang pernah berkata, belajar sejarah bermakna kamu bergerak ke hadapan dengan menoleh belakang. Dan seseorang yang lainnya pula berkata, bangsa yang tidak belajar sejarah adalah bangsa yang akan mengulangi kesilapannya yang lalu.

Adakah Barry Hitam itu belajar sejarah, seperti halnya Sultan Mahmud dan anaknya Sultan Ahmad? Adakah mereka semua belajar sejarah? Genghiz Khan memperkosa kota ilmu Bahgdad. Adakah Sultan Mahmud tahu tentang itu? Barry saat kempennya juga menawarkan keamanan kepada dunia, tetapi tindakannya menghantar lebih 30,000 soldadu kufar jahanam ke bumi Afghanistan, adakah itu langkah manusia yang belajar daripada sejarah?

Saya buka 1515, terus ke muka 96. Ada sesuatu di sana.

Hari seterusnya setelah pertempuran hebat antara Portugis dan penduduk Melaka, Feringgi berundur dari jambatan yang sempat mereka kuasai sebentar. Pengunduran itu membolehkan pengikut baginda sultan membaiki kubu. Mereka meletakkan lebih banyak meriam, malah menyediakan benteng di sepanjang jambatan dan jalan raya. Orang Melaka juga berkerja sepanjang malam meletakkan meriam di bahagian sebelah masjid dan jeti. Kali ini mereka mencacak besi berduri yang direndam racun semalaman di sepanjang pantai dan tebing sungai.

Dalam pada itu, Albuquerque tidak duduk diam; bermain politik dengan menghubungi ketua-ketua saudagar dan masyarakat asing di Melaka menerusi bantuan Nina Chattu. Dia memberi amaran kepada mereka supaya tidak membantu negeri Melaka, sebaliknya berpaling tadah kepada Portugis kerana sangat yakin Melaka akan menerima nasib yang sama dengan Ormuz dan Goa. Kerana itu, Utimutiraja, pemuka orang-orang Jawa menghubungi Wizurai Portugis tersebut, menawarkan hadiah kayu wangi dan berjanji untuk tidak membantu pasukan tentera Melaka.

Pagi ini dingin sungguh. Terasa malas sekali untuk bangun dan mengintai langit luar. Kalaulah saya di zaman Melaka Raya ketika ini, apakah yang sedang saya lakukan? Pada usia begini, mungkin saya sedang bersama pemuda-pemuda kampung memugar hutan meluaskan sempadan. Mungkin juga saya sedang menarik sauh yang dilabuh semalaman, menyimpul perca pukat-pukat ikan dan memunggah ke atas juak untuk ditarik ke tengah laut. Mungkin juga saya sedang bersedia untuk menebar jala ke muara sungai. Mungkin, dengan perahu kolek milik ayah atau atuk, saya sedang menyeberang arus Sungai Melaka bersama hasil tanaman untuk ditukarkan di pasar Melaka di pelabuhan dengan beras, garam dan sedikit bauan dari Tanah Arab. Atau bahkan, mungkin juga saya sedang bersama laksamana-laksamana Melaka menggugah lautan samudera ke timur alam bersama misi diplomatik yang penting-penting!

Utimatiraja.

Saya pernah baca tentang lelaki ini dalam beberapa sumber di perpustakaan, namun versi 1515 ternyata amat lain. Seperti kata Maude, Utimatiraja kelihatannya sedang mengkhianati Melaka saat ia sedang diserang hebat oleh Benggali Putih. Saya pasti, ramai lagi yang beranggapan demikian seandainya mereka terus dipasak oleh penulisan –penulisan para orientalis, apatah lagi jika hanya bersandarkan sumber daripada Suma Orientals semata.

Utimatiraja tidak khianat. Baca 1515.

Utimatiraja tidak pernah mahu khianat, bahkan dia dan keluarganya begitu berjasa terhadap baginda Sultan Melaka. Bahagian inilah yang sering digelapkan oleh sejarawan Eropah kala menulis tentang kekalahan Melaka dalam perang terhadap Portugal pada 1511. Bahagian inilah juga yang gagal diselongkari oleh sejawaran kita dengan baik, bahkan hingga ke hari ini.

Yang khianat ialah Nina Chattu. Sejarah mencatatkan bahawa ini benar, bahawa bangsa Keling yang bukan asal Melaka itulah yang khianat, celaka. Utimatiraja darahnya asli Melayu jurai Jawa. Melayu zaman Melaka tiada ingin khianat dengan bangsanya sendiri. Tapi Keling yang keparat itu bingai, bejal akalnya, tamak nafsunya begitu rakus mahu menjahanamkan sebuah emporium Melayu yang agung kerana hasadnya yang tiada tara. Goa sudah sembah Portugal. Ormuz tersungkur. Bangsa China yang lain sudah angkat sauh pulang atau lari ke Siam, mengirim domba dari Albuquerqe bahawa Siam juga mesti bantu Portugis. Melaka mesti tunduk juga seperti Goa dan Ormuz.

-Jadi, sejarah yang dicatatkan itu benarlah?

Benar. Tetapi ia digelapkan. Tidak banyak sisi ini didedahkan. Ia dimanipulasikan.

-Mungkin ada sebabnya.

Apa? Apa sebabnya? Untuk jamin kesejahteraan negara ini? Untuk sedapkan hati bangsa Cina dan India bahawa mereka juga penting dalam pembentukan sejarah negara?

Saya berkisar lagi. Empuk tikar mengkuang ini memang tidak sama dengan tilam di kampus. Susah untuk saya cari sudut yang selesa. Ah, Tuah, Jebat yang gagah perkasa pun pernah tidur beralaskan mengkuang juga, berbantalkan sabut kelapa pula!

Cina tidak datang ke sini kalau di tempat mereka rezekinya melimpah ruah. Cina tidak datang ke sini kalau di negeri mereka, kerajaan yang memerintah diperkenan oleh mandat dari langit. Sejarah mencatatkan betapa ketika itu, negeri China sedang gundah. Tanah runtuh. Banjir. Kemarau. Peperangan. Ya, peperangan yang tak pernah lelah. Bangsa Cina adalah bangsa yang paling banyak berperang. Angkatan mereka hebat-hebat. Muslihat juga sungguh licik. Sun Tzu bahkan menulis tentang ilmu menipu dalam seni perangnya. Menipu dalam perang itu harus, katanya. Tontoni Red Cliff 1 dan 2. Lantaran itulah bangsa cina berduyun-duyun meredah Laut China Selatan hingga ke rantau sini kerana mahu mencari sesuap nasi sambil menyelamatkan diri dan keluarga. Mereka bukan penduduk asal tanah ini.

Bangsa India bahkan. Melayu juga. Yang asal hanya juak-juak asal yang menghuni hutan belantara dan pantai-pantai di tanah ini. Tetapi kerana rantau ini digelar Nusantara, dan Melayu itu ada di seluruh pelosoknya, maka bertuanlah Melayu di sini. Itu tidak salah. Itu fakta, kerana orang asal itu sudah diiktiraf sebagai sebahagian rumpun besar Melayu, berkongsi empunya tanah ini. Prosesnya semulajadi. Malangnya, ada pihak hari ini yang mahu mempertikaikan semua ini. Apa pokok isunya?

Saya bangun. Kaki terasa kebas. Kebas ini tidak jadi sendiri. Suatu ketika, baginda Sultan Mahmud pernah kebas kaki dan tangannya kerana terlalu lama memangku tubuh-tubuh montel dayang-dayang istana. Tubuh-tubuh itu kemudian digomoli semahu mungkin. Generasi Melaka yang lahir akibat kedurjanaan itu bukan sedikit. Tun Fatimah tidak terdaya untuk menegah. Tak mengapa kerana ketika itu Melaka sedang kemewahan. Lantaran itu baginda mahu bersuka-ria. Sultan Ahmad bahkan lebih suka ria menikmati kemakmuran itu. Seluruh isi negeri turut serta.

Silap Melaka hingga alah barangkali kerana semua itu. Kerana baginda dan isi negeri sedang alpa. Musuh pasti telah lama hidu kelekaan orang Melaka. Kerana itu mereka datang melanggar ketika semuanya seperti tidak bersedia. Malangnya, sejarah yang ditulis tidak menggambarkan hakikat sebenar. Yang tertera dalam buku-buku sejarah ialah, Melaka diserang begitu hebat, dan alahnya pula kerana beberapa faktor yang terpecah kepada faktor dalaman dan luaran. Sungguh cantik ia dihias-hidang buat anak-anak hari ini.

Kalaulah, ya, kalaulah, sejarah sebenar ditulis, mahukah ia diterima?

Bahawa Melaka alah kerana pemerintahnya alpa.

Bahawa Melaka alah kerana alim ulamaknya alpa.

Bahawa Melaka alah kerana segelintir pahlawannya alpa.

Bahawa semua itu alpa kerana Melaka terlalu bermewah-mewah, agama tidak dijaga, politik dilacurkan.

-Jadi, Melaka harus ditelanjangkan dalam catatan sejarah, dengan mencatatkan segalanya?

Tentu. Anak-anak di sekolah zaman ini mesti diberitahu tentang kesengsaraan yang ditanggung oleh anak-anak Melaka saat perang, zaman ia alah.

-Siapa yang mahu menulis? Kau?

Mesej pesanan ringkas itu adalah yang terakhir dari dia, kerana selepas itu, saya tidak membalasnya lagi. Saya tidak mampu menjawab pertanyaan tersebut. Malam yang panjang sekali saya rasakan semalam, hingga akhirnya saya tertidur, kemudian bangun pagi ini dengan kepala yang sarat memikirkan tentang sejarah yang telah dipesongkan. Saya tidak mampu menjawab kerana saya tidak tahu siapa yang harus membetulkan arah pesongan tersebut. Saya bangun. Kebas di kaki sudah mengendur. Saya harus mandi segera dan segera pula ke dapur. Perut sedang berperang dengan dahsyat sekali.

Sejarah.

Masa depan pasti ada sejarahnya. Adakah saya masih berupaya menelaah catatan sejarah tentang masa depan, hatta esok? Sesungguhnya, saya pasti bahawa tidak ada sesiapa yang boleh menjanjikan perkara tersebut, kerana maut itu tentu. Harapan saya masih, semoga tidak ada lagi peperangan dalam catatan sejarah masa depan.

Khamis, 24 Disember 2009

hepy holiday 1


cuti?

ahah ini hasilnya.

nilaikanlah sendiri keberhasilannya..tak yah gune kayu ukur NKRA ke hape ke..sume tu x perlu..bia gamba jd bukti sahih.


episod 1.

Lepak kat Tepeng jeh hehe..



separuh drpd kenkawan aku yg masih hidup..harap terus hidup laa pahni sekurang2nye sampai sem depan..pahni cuti lagi kan..yg due ekor tu cuti terus dah..tinggal aku ngan yg baju belang tu jeh.

kat mane ni? Taman Tasek Tepeng.. Darul Kedamaian.

Taiping = Kedamaian.



kat belakang tu tower MPT..majelis perparitan taiping ngeh2..bukan bukan, perbandaran..dah jd bandar lame dah tepeng ni..biler la plak nak nek tarap jd bandaraya..



haa ni la ghupenye tasek yg berairkan air tasek di taman tasek taiping..air dye ade kaler biru, hijau ngan kaler jernih..

jernihnya
dari mata airmu

.den suko lagu nie.



ade sape2 yg tengok citer Sepi? aku x tgk tp kabarnye, ni la tempat pelakon2 dye date mase pengarah filem tu shoot action diorang..sape tah, Sufi kot..neber mind.

tp area ni mang nice ntuk difilemkan.

kat dlm tu de ikan toman ngan segale mcm jns ikan..ikan mulut merah pun byk tp main kat permukaan je..ikan2 jns ni memerlukan kaki pancing yg cukup berwibawa untuk ditekelkan.



ni rakit saiz mega..main kat tasek..mase ni dye nak mendarat dah..sebelum tu de ramai pasenger tp tah camne tah, tetibe drebar dye hangin pastu trus dye humban sorang2 masuk tasek...malangnya kejadian tersebut tak sempat dirakamkan.

nampak kat blakang tu?

tu la Bukit Larut..

org bese hiking..atas tu de memacam hasil peninggalan penjajah..paling byk hasil tinggalan Maxwell..tp yg best skang ni kat atas tu bunge tulip la kot..

jujur dan ikhlas, aku x pnh pun sampai kat bunge tu lg hahaha..

Taman Tasek ni kat kaki bukit, dekat ngan Batu Hampar ngan Zoo..kire dekat2 laa sng ckp..taruk minyak due hinggit full korang leh tawaf area ni..memang nice.

petang2 bersiar sambil preng preng moto kat sekitar area ni sangat mendamaikan..klu rajin stop kat depan Zoo ushar la sape2 yg cun hehe..terbekenan kalu leh ajak monggek hahaha..aku x penah sumpah!!!!!!!!!!!!!

kalu lajak mai keluar sket, leh pusing penjara Taiping..the oldest 1 in Mesia..x jauh dari situ de muzium and rumah warisan..

Taiping de tak kurang 6o benda yg 1st wujud kat negara kita ni.




tapi yg ni bukan the oldest n not the 1st kat mesia..

mcm pekerja kontrak je sekor2..ngelat tym keje la ni..penyapu sume disorokkan dah semate2 nak suh aku amek gamba..



tlg percaye gamba ni adalah hasil dr kamera yg mamat baju merah tu..dye yg amek gamba ni..gune teknik pantulan..kire kamera canggih la ni..paling canggih sbb dye leh amek sekali ngan gamba org yg tangkap gamba tuh..dasat betul teknologi skang ni kan..tp tu imajinasi aku je laa..tipu jeh hehe..

memandangkan aku x suke bergambar tp suke benar amek gamba, maka akulah yg telah menghasilkan gamba ni dan semua gamba2 di sini, dengan izin Allah swt..



adakah mereka senget?

aku terpakse ngaku, ye..

[sori bai ngeh3..sem ni mai penang aku tunggu]



part paling aku hangin sbb sume x nak dgr ckp aku..dah jd mcm gamba In-team je..



ha yg ni memang aku x jangke akan jd camni..aku suh pose cam len tp sekor2 berebut nak dok depan..last2 aku amek je then trus belah..

sebelah jambatan ni de jambatan lagi satu..kat tgh2 jambatan tu de wakaf..kat wakaf tu la aku nampak satu kapel ngan syok date..cessss..kuwang hasam..tak lestari betul.

sebelah jambatan ni plak Zoo..ikut aty aku mau aku sumbat je kapel tu sekali ngan bdk2 kat atas ni dlm Zoo..kompem tiket laris sepanjang tahun ngeh3..kayo aku jd egen.


...............tetttttttttttttt.......

abes dah hehe..gamba byk lg tp mls la nak upload..nak bebel pun satu part dah..

pape pun cuti ni sangat la meriah..de byk lg episod ni kak..tunggu okes..hehe

okai..daa..


-geng anak alam-

Isnin, 7 Disember 2009

apo cito bebeh??

waaa....giler lame tidak mengeupdatekan belog satu ni..bizi ke??
gua skang kat kg menemani kambing, lembu dan kerbau gua..sihat2 je diorang skang ni sejak gua balik.esok nk beli tapir, cipan ngan mentadak plak..ternakan yg berjaya kalau diusahakan..disamping tu, projek ternakan lalang kat bendang tu pun makin berjaya..esok lusa leh amek hasil kot ngeh ngeh ngeh..kayo kayo..
buek maso ni, gua sedang nyiapkan due esemen cikgu gua..saje amek upah..dia buek PJJ so x sompek nak nyiapkan..sebagai bekaih ank murid yg setio, gua ngeoferkan diri gua laa..side inkam bebeh..kayo kayo..

ok roger.

Sabtu, 31 Oktober 2009

PERUTUSAN KHAS.


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER BUAT SEMUA SAHABAT, TEMAN-TEMAN, RAKAN DAN SIAPA JUGAK YANG KENAL MAHUPUN YANG TAK KENAL DAN YANG BERHAJAT NAK KENAL2 AKU, BAIK DI USM KAMPUS INDUK, KAMPUS KEJUT, OR KESIHATAN, KAMPUS DALAM PEMBINAAN (KAT MANE NTAH), KAMPUS YANG DITUTUP MAHUPUN KAMPUS YANG DITOLAK CADANGAN PEMBINAANNYA, DAN TURUT MASUK SENARAI UNTUK SEMUA KAWAN DI KAMPUS IPTA-IPTA LAIN DI MALAYSIA MAHUPUN DI TEMPAT LAIN SELAIN DI MALAYSIA YANG MANA ADA PEPERIKSAAN DIJALANKAN, TAK KIRA PEPERIKSAAN APA PUN, DENGAN DOA YANG AKU IRINGKAN, SEMOGA SUKSES KALI NI..

BUAT MEREKA YANG BERHAJAT NAK UP-KAN POINTER TU MACAM AKU, GUNAKANLAH KESEMPATAN INI SEBAIK MUNGKIN. BUAT JUNIOR2 - FARA, YANA, MAI, FARIDAH, FADILAH, KASA, SYAFIX, IZWAN, N SAPE2 LAGI (MAAF KALAU TAK TERSEBUT DI SINI HEEE, RAMAI SANGAT DAA...) - ALL THE BEST.

BUAT YANG BELUM STUDY, LANTAK LA KORANG KALAU NAK FAIL.

BUAT YANG DAH STUDY, POLISH2 LAGI OKES.

SEM DEPAN JUMPE LAGI.


TO FARA, SEYES NI ENTRY LAST HEHEHE...

AKHIR KATA,

DOAKAN KEJAYAAN BERSAMA.

MAAF ZAHIR BATIN.

ALL THE BEST..CAIYOK GANBATEI..

Ahad, 25 Oktober 2009

caYe caYang iSLam



baby aku esok camni la kot hehe..
hasil pencantuman benih ngan sape la kan..insya-Allah ameen..

Selasa, 20 Oktober 2009

Postin Last






........

..kadang-kadang,

ada lagu yang perlu kita biarkan ia sepi

supaya rindu akan iramanya bertamu di hati...

kerana sepi mengajar kita akan bisikan hati yang paling tulus.

Lagunya, dan iramanya selalu mulus..

Rindu di kalbu

Di hati ia mulus.

......................









-postin last ni kot ntuk blog ni, nak exam dah ni huhu..sem depan plak laa lyn-

Ahad, 18 Oktober 2009

Isnin, hari dini.


sangat

tidak

ada

moooooooodddd..

cik mood ekau poie mano???






-postin tanpe tajuk-

Jumaat, 16 Oktober 2009

EdiSi : MiSi BuBuR JaGoong

Jumaat sore.

xde citer tapi aku nak citer gak..
1. cz nak share this chaos momen.
2. dediket to my pren..geng aras 1.

citernye, Misi Bubur Jagong. Meskipun dlm format experimen, tp totaly menjadi hehe.. Madet ngan Mijie berjaye merealisasikan idea nih ngan baek sekali..thanx also to Pyann, Aliff, Ckgu Wan, Sepol n me..hehe.

memandangkan aku x reti nak menulis story cenggini, so aku citer ngan bantuan gamba je la ye..ABM gak ni hehe - Alat Bantu Mengajar.





1. Jagong ni import khas. Dari Brazil katenye..banyak tenage nih. Pakej tenage atom, nuklear ngan geoterma. Bagus ntuk tumbesaran pipi kanan dan siku tangan kiri. Tapi kurang baek ntuk lelaki yang penah ngidap sindrom kencing tak lawas. Silap-silap boleh kentut tak henti-henti - kentut marathon..ngeeee hehe.. Sile abaikan story ni. Juz nk citer yg jagong ni beli kat Tesco Extra Sg. Dua je..




2. Operasi Jagung - Ops Jagung. Chief of the Operation, Mijie. Yang lelain bukan x nak tolong tp kurang pengalaman. Aku? Lagi tak reti. Mijie terer bab nie. Aku dgr Pyann ckp Mijie ni dulu pernah sepak Tok Mudim yg nak potong dia punya *tuttt*. Pastu kne sumpah (tepatnye, kne maki) ngan Tok Mudim tu trus obses ngan pisau pemotong. Sampai sekarang dye ske potong-potong ni. SUDAH POTONG?? Sila abaikan iklan P1 WiMax ini. Juz nk citer yg Mijie ni la buat keje potong jagung tu. Tu je..


3. Hasil tuaian. Setelah tongkol-tongkol jagung dibogelkan dgn rakus sekali oleh Mijie, inilah hasilnye. Mijie sempat bermadah, lebey kurang camni laa bunyinye; "Ku selak kain, nampak bulunye, Ku selak bulu, nampak batangnye"...aku blur kejap. Fikir dlm setengah minit..cissss. Lucah betol.



4. Imbas kembali. Aku x puas aty ngan madah beliau, so aku reverse balik. Memang ganas dan rakus style beliau membogelkan tongkol-tongkol jagung tersebut. Tapi, ape maksud madah beliau itu...itulah yang menjadi persoalan aku selame setengah minit selepas dia melafazkan madah tersebut.



5. Tongkol (batang?) yang sudah dibogelkan dan yang menunggu giliran. Mijie barangkali membayangkan wajah Tok Mudim tersebut. Patut ler ganas dan rakus semacam je hehe.. Sila abaikan botol budu yg kelihatan dlm gamba ini. Aku pun x fhm apekah motip ia diletakkan same. Propagandakah? Mentang-mentang aku ngn Pyann je org Utara korang pun nk pomot la budu tu ye?? Sori la bai..sambal petai is our peberet okes. Selera utara perrghhh..



6. Pyann sedang 'google' teknik memasak bubur jagung. Ade ke patut, ngah buat kje tu ttbe Mijie ngan Madet ngan jujurnye jwb soklan aku yang berbunyik begini, "Korang tau ke nak masak ni??". Diorang jwb; "kat tenet ada kot...." Cisssss kurang ajar. Tak reti.



7. Ladiesss..Sile alihkan pandangan anda dan tumpukan kpd poses penyediaan jagung tu je k. Aww..hahahahahah. Seb bek Muiz dah grad, kate Pyann. Ttbe aku musykil ngan Pyann..



8. Jagung kukus. Part ni lagi aku kompius. Mak aku penah dan selalu gak la buat bubur. Tapi bubur jagung kne kukus dlu ke?? Mase ni Pyann dok google lagi. Tapi jagung dah separuh masak dah.. Panik?? Hoho sori bebeh.. Aku bangge tgk Madet yg kompidem je take over n hand over keje Mijie yg balik bilik dye. Madet tuan rumah. Dye yakin je ckp kaedah mengukus jagung-jagung tersebut sebagai menepati standard. Okes..we'll c.



9. Chief datang dah hehe.. Seb bek dye berpuas aty ngan kecekapan Madet menguruskan kerja dapur. Walaupun hanye mengacau sekali-sekale, tetapi hasilnye tidak mengecewakan. Jagung-jagung tersebut kelihatan cukup comel di dalam periuk. Ye la, air pun x pns lagi..xde pape efek pun lagi.



10. Ghupe jagung selepas disimbah ngan due kotak santan segera. Aku was-was gak ni. Tak kan sebegini mudah. Pasni kompem siap laa sbb dah smpay level akhir dah ni. Masukkan santan biasenye level last2 kan..tp nape kaler dye x turn over pun?? Selalu klu mak aku buat, bubur x jd kaler puteh camni. So tanpe ragu-ragu aku mengajukan persoalan tersebut. Tapi cissss...sekali lagi digelakkan. Diorang x letak gule merah pun..lupe nak beli. Daun pandan, sagu, garam sume xde jugak pun huhu..



11. Makan..hehe. Sebab dah siap so bley la makan. Mse ni Mijie sibuk menghantar jemputan melalui sms kat geng2 lain. Kelihatan dlm gamba, Madet, Pyann ngan Ckgu Wan. Tak kelihatan ialah aku..





12. Inilah ghupenye bubur jagung kitorang ptg tu..ade iras2 pape x?? Ngeee hehe mcm mkn jagung rebus ngan santan je. Macam jagung 'cup' berkuah pun ade gak. Tp kami yang rase, yg makan ni je tau betape sedapnye rase bubur tersebut. Terkenang-kenang lagi ni hehe..



13. Kabinet tersembunyi geng aras 1. Lokasi, dlm loker Madet hehe.. Memang sume kelengkapan dapur ade dlm ruang kabinet ni. Klu ade spotcek ni kompem kne check out la Madet dr Harapan ngeee hehe.. Mangkuk puteh tu aku punye.



14. Perhatikan betul2. Sila abaikan kuantiti sbb aku memang mkn x banyak. Padahal mse cedok tu x yakin nak mkn actly, pas rasa baru tahu sedap gle..nyesal trus sbb amek sket..pastu nak tambah aicehhh malu huhu..



15. Tengok!! Kan aku dah ckp, memang sedap gle...penuh periuk kami buat. Tapi sampay tonggeng2 periuk tu sbb x cukup. Bukan x cukup sbb ramay, tp x ckup ntk pusingan tambahan. Yg bernaseb baek je sempat tambah. Pyann yg last kot rasanya. Aku? Kan dah ckp tadi aku mkn sket je..


16. Muke-muke penuh nafsu yg sudah kenyang dan puas. Kelihatan antaranye, Aliff (atas kerusi), Sepol (atas katel sebelah Aliff), Pyann (berbaju puple) ngan Ckgu Wan (bersila panggung). Tak kelihatan ialah Madet dan Mijie. Aku?? Tak kelihatan pun.



well, geng..espeseli Mijie n Madet, korang masak memang x sedap. Tapi korang selalu buat kitorang kenyang. Sahur, bukak posa..sume laa..tenkiu2.


next??

hehe..pojek BBQ, dedikated khas untuk Pyann plak. Ko nak grad dah, atau bahase kesatnye, get out dah kan. So pojek ni ko urus plak okes.


spesel tenkiu to:

1. Pyann - Pengarah 1, supersenior merangkap pemantau aras 1.
2. Madet - Pengarah 2, tuan bilek merangkap hos pojek bagi Misi Bubur Jagung ni.
3. Mijie - Pengarah 3, tukang masak, merangkap concept designer.
4. Ckgu Wan - Penyokong kuat 1.
5. Sepol - Penyokong kuat 2.
6. Aliff - Penyokong kuat 3.
7. Aku - Pengarah fotografi, pegawai rasa yg blur.


Sponsored by

PTPTN.


sekian.