Sabtu, 7 Mei 2011

Gua Nak Berhenti


ENTENSEN PELIS

dEAR beLoved Readers,

Insya-Allah, belog ni akan berhenti beroperasi buat seketika. Gua
akan pulang ke kampung halaman untuk kembali melakukan ektibiti sebagai
budak kampung yg edukated seperti menoreh gotah, berkubang dan
mengurat anak-anak jiran pada sebelah petang.

2. Memandangkan coverage 3G maxis dah sampai ke pintu rumah gua, tetapi gua 
tidaklah pula menggunakan khidmat berbayar ini, maka gua tidak dapat
mengupdatekan belog ini macam selalu. Inilah juga antaro sobab-sobab utamo kenapo belog ni akan berhenti operasi.

3. Akhir kato, hinggo berjumpo lagi, insya-Allah.

Assalamualaikum.

Yang sebenar,

Tuan Tanah.

e.t # tandatangan tidak diperlukan kerana ini adalah cetakan berkomputer. Jangan jadi buta IT der.

Jumaat, 6 Mei 2011

My Lovely Selama

Entri ni berbaur air yang kuat hehe...Cik Fina mesti suka kan =) ..nak mandi sungai kan, meh baca entri ni sat...kali ni, gua nak story pasal keunikan tempat gua yang mebi jarang ada kat tempat lain.. Salah satu keunikan tempat gua, ialah sumber airnye yang banyak..alah, tempat lain pun banyak sumber air la bai..okeh, but not like in my place, mebi =).

Setakat yg gua tahu, ada tak kurang 3 air terjun yang best dalam daerah gua selain dua atau tiga lagi di luar kawasan Selama tapi still dlm daerah Larut yg besar ni iaitu di Batu Kurau dan Ijok. Kalau kat tempat gua, Lata Tebing Tinggi atau lebih dikenali sebagai Lata Ulu Mengkuang mungkin yang paling pemes dan paling dikunjungi. Tapi gua takde stok gambarnya, so gua tak nak storikan pasal air terjun ni. Susah kalau takde gambar.


Lepas Lata Ulu Mengkuang, yg 2nd pemes mebi Lata Rambung yang terletak di hujung Selama dan terletak dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal Bintang Hijau, Gunung Bintang. Lata ni agak pemes dan selalu masuk drama. The latest yg aku ingat ialah telemovie Chah yang pernah disiarkan kat TV3 tak lama dulu..



Budak-budak Bio-akuatik USM pun selalu gak datang Lata Rambung ni buat kajian. Tahun lepas kalau tak silap aku terserempak ngan geng bio kat sini. Uniknya kawasan rekreasi utama Lata Rambung ni terbahagi kepada dua jenis arus yang bersebelahan je. Satu arus mcm dlm gambar pertama tadi, airnya tenang dan mesra pengunjung. The other side mcm yang kelihatan dlm gambar atas dan bawah ni, arusnya deras dan agak berbahaya kepada pengunjung biasa. Hanya yg gemarkan sukan air ekstrim je boleh turun kat arus ni.


Kat bawah ni, gambar-gambar kawasan rekreasi Lubuk Gajah yang baru popular sejak akhir-akhir ni. Kawasan ni masih dalam zon Lata Rambung di Sungai Siputeh. Sebelum ni orang tak berani nak turun mandi kat sini sebab lubuknya yg dalam dan berarus deras. Perubahan fizikal dah banyak berlaku kat kawasan ini termasuk pembentukan kawasan pantai yang luas dan berbatu besar yang menarik. Hari ini, orang ramai lebih suka singgah di sini berbanding terus ke kawasan utama yang lebih jauh. 




Lepas Lata Rambung, 3rd place ialah lata atau air terjun yang menjadi kegemaran aku hehe.. Lata ni amat dekat ngan umah aku dan terletak bebetul dalam kampung aku..memang ler, dah nama pun dekat ngan umah kan hoho..okeh, lata ni jugak pernah pemes dulu. Namanya, Lata Damak. Sama mcm Lata Rambung, kawasan Lata Damak ni jugak pernah jadik lokasi penggambaran lama dulu. Banyak productions pernah shooting kat sini. Antara yg aku ingat ialah drama-drama persilatan yang dulu-dulu amat pemes melibatkan Mustafa Kamal, Eman Manan, Erma Fatima dan Ebby Yus..







The best thing about Lata Damak mungkin air terjunnya. Dalam banyak-banyak air terjun kat Selama ni, cuma Lata Damak saja yg ada air terjun tertinggi. Sayang gua takde stok gambarnye. Kat air terjun ni dulu pernah ade scene melibatkan Ebby Yus terjun dlm satu drama yang aku dah tak ingat judulnya. Aksi stunt tu bagaimanapun taklah melibatkan Ebby sepenuhnya sebaliknya cuma anak patung yang diterjunkan oleh crew, tapi...ikut ceritanya, anak patung tu hilang lenyap sampai hari ini selepas jatuh ke dasar. Wallahualam..



So, this is my lovely Selama. Banyak stori yg menarik kat sini selain kawasan berprofil tinggi yang masih belum diterokai sepenuhnya. Sheila Rusly dan suami dia bertemu jodoh pun kat Selama waktu shooting...Hopefuly, lepas kejayaan menganjurkan Pesta Rakit bebaru ni, akan ada lebih banyak usaha untuk meningkatkan nilai pelancongan di Selama terutamanya dalam kegiatan sukan air. Homestay pun dah berlambak, so tak ada masalah kot untuk penginapan. Insya-Allah, lepas siap jalan baru yg menghubungkan Taiping ngan Selama tak lama lagi, jarak perjalanan akan lebih praktikal untuk pengunjung luar dan orang ramai akan ke sini dengan lebih kerap.

Selasa, 3 Mei 2011

Laporan Penuh Bergambar Pesta Rakit 1Malaysia Di Sungai Bayor, Selama, Perak.


Gambar-gambar di bawah menceritakan segala kemeriahannya.

-klik imej untuk paparan lebih jelas-












































Ehsan daripada Fanpage Sungai Bayor, Selama Perak.