Gua suka nasik lemak dan gua boleh tibai berpinggan-pinggan nasik lemak sekali harung, tapi itu bukan penyebab badan gua berkembang sekarang ni. Ia mitos. Nasik lemak bukan penyebab obesiti macam yang orang dok sibuk canang sekarang ni berbanding roti canai dan segala roti yang digoreng yang lainnya.
Permulaan mitos kengerian terhadap nasik lemak yang dikatakan penyebab orang jadi badan besar dan malas serta mengantuk berlaku sekitar tahun 1990-an. Mana gua tahu? Gua tahu sebab gua tak puas hati dan gua cari sumber untuk puaskan hati gua. Gua lawan habis-habisan mitos karut ni.
Pada awal tahun 1990-an, di Amerika Syarikat, wujud satu isu maha besar iaitu penggunaan minyak tepu yang dikatakan berisiko menyebabkan kegemukan. Minyak tepu ini dikatakan wujud dalam peratus yang tinggi dalam buah kelapa, atau tepatnya santan. Ikut kajian klinikal, santan kelapa ada kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh diproses untuk hasilkan minyak kelapa yang mengandungi 92% asid lemak tepu. Adoi..gua pun dah tepu ngan fakta ni.
Kendian, sebab terlalu takut, maka doktor-doktor kat AS lancarkan kempen besar-besaran untuk mendidik orang ramai kononnya supaya tak makan minyak kelapa. Kempen Anti-Minyak Tropika dan Program Piramid Makanan dilancarkan oleh Jabatan Pertanian AS dan Persatuan Penanam Kacang Soya (ASA). Ini semua politik dalam bisnes sebenarnya di mana penanam-penanam kacang soya berjaya melobi pemikiran para saintis melalui mitos kebimbangan yang direka-reka terhadap minyak kelapa dan santan untuk menolak penggunaan hasil alam ini di samping melariskan industri soya mereka.
Rupa-rupanya, selepas dua puluh tahun baru mereka sedar dah tersilap. Masalah obesiti di AS menjadi parah selepas dasar penggunaan minyak soya dilaksanakan. Hasil kajian Mardi membuktikan segalanya. Lemak tepu dalam minyak kelapa dan santan adalah terendah berbanding minyak sayuran yang lain seperti soya dan jagung.
Analisis saintifik mendapati kolestrol dalam santan kelapa tersangat rendah berbanding lemak daripada sumber lain terutamanya lemak haiwan seperti babi yang jauh berkilo-kilo lebih tinggi. Secara ringkas, kandungan kolestrol dalam santan kelapa adalah 5-14 mg/kg, minyak sawit 13-19 mg/kg, minyak soya 20-35 mg/kg, mentega 2200-4100 mg/kg dan lemak babi 3000-4000 mg/kg.
Kini, kira-kira 64% penduduk AS mengalami masalah kegemukan atau obesiti. Penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung di AS menunjukkan peningkatan mendadak saban tahun sekaligus menjelaskan kegagalan Program Piramid Makanan yang turut digunakan oleh para doktor kesihatan di kebanyakan negara lain termasuk Malaysia.
Jadi persoalannya, bagaimana kita boleh gemuk kalau bukan sebab lemak tepu?Kalau ikut kajian santifik yang gua baca, ia berlaku kerana pengambilan lemak perlu yang berlebihan. Lemak perlu ni banyak dari sumber lemak sayuran macam minyak jagung, soya dan bunga matahari yang femes penggunaannya di AS dan Eropah.
Tubuh manusia secara biologinya tidak dapat mensintesis asid lemak perlu dan hanya dari diet pemakanan sahaja iaitu omega-6 atau asid linoleik yang tinggi. Tubuh manusia akan menukar asid linoleik ini kepada asid arakidonik yang kemudiannya akan bergabung dengan fosfolipid yang ada kat membran plasma sel-sel badan kita ni. Bila diperlukan asid-asid ini akan dipisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan membentuk sebatian aktif eicosanoids (prostaglandins) yang mempunyai pelbagai fungsi. Pun begitu, kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang tinggi atau berlebihan akan menyebabkan keradangan atau penyakit alergik (ni dalam topik lain dah huhu).
Selain itu, fakta yang jelas menunjukkan rakyat AS (yang bodoh-bodoh ni) ambik Omega-6 dalam minyak jagung, soya dan bunga matahari dua puluh kali ganda (20x) lebih tinggi daripada asid omega-3 (minyak ikan) sekali gus menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan melampau dalam pengambilan asid omega dan omega. Bodoh kan?
Kita kena ubah persepsi negatif terhadap minyak kelapa dan santan yang femes dalam kalangan mak-mak kita ni. Jangan terikut sangat ngan dakyah konon bijaksana para doktor dan saintis barat tu. Kita kena hargai sumber alam yang Allah Taala kurniakan di negara kita ni.
Kalau gua nak huraikan lagi rasanya bleh buat tesis dah kot sebab asid lemak dan segala macam lemak lagi sentiasa ada kaitan antara makanan dan tubuh badan manusia. Itu belum cakap soal lemak trans yang turut jadi punca masalah kesihatan yang kronik di AS yang semuanya datang dari hasil kajian sombong dan ego para saintis diorang.
So kita kat sini, amalkan cara hidup yang sederhana macam yang Islam anjurkan. Makan sebelum lapar dan stop sebelum kenyang, insya-Allah sihat dan bertenaga sepanjang masa. Ni bulan puasa dah dekat, eloklah pakat-pakat ejas balik nawaitu dan rejim pemakanan supaya selari dengan kehendak Islam yang sebenar, insya-Allah, mudah-mudahan sihat sejahtera.
0 comments:
Catat Ulasan