Jumaat, 28 Ogos 2009

EdiSi ReSoLuSi

Memikirkan untuk diri sendiri tak bermakne kamu pentingkan diri. Ia mungkin resolusi peribadi. Muktamad.

Due tahun
bersama MPD. Ape lagi yang aku nak? Dah puas rasanya aku hambakan diri. Dan untuk tahun ni, aku di nombor dua. Hierarki yang tinggi bagi aku. Tapi ni ke yang aku cari? Tak. Indeed, nope.

Due tige hari ni aku asyik berfikir. Sesuatu mesti disegerakan sebelum sesuatu menjadi terlambat. Ia mungkin resolusi peribadi. Muktamad.

Buat team MT, sori banyak2. Tangan yang aku hulur mungkin belum cukup.

Aku akan bersama perjuangan yang baru aku jumpa. Jawatan bukan matlamat. Tapi kepuasan berada dalam perjuangan yang aku nak kali ni. Ini yang aku cari. Hierarki nombor dua dlm MPD terlalu tinggi. Tak sesuai ntk aku.

Rabu, 26 Ogos 2009

EdiSi nGeh nGeh nGeh

ngeh ngeh ngeh...
(pinjam gelak keji Fara hehe...sori geng)
sukenye dlm hati
presentation pospon due kali
ngeh ngeh ngeh..
(ko gelak sampai 5 kali kan, aku 3 je huhu..)
thanx Malaysia for providing so many holidays.
ngeh.

Ahad, 23 Ogos 2009

CaTaTaN daRi SeLaMa

04.50 petang, 18hb Ogos. Hari keempat aku kat umah.

Cucur cempadak panas. Teh o panas. Dan hujan – sejuk. Dua orang sahabat – Irwan dan Shahril - baru saja balik, berlapuk dari jam 12 tengah hari tadi. Sekali sekala bagi aku tak membosankan. Banyak yang dibualkan bila bertemu jarang-jarang begitu. Tempatnya di wakaf depan.

Dan kini, aku kat depan laptop ni lagi. Tanpa wayarless, bermakna tiada YM dan tiada blog. Tapi aku tak jumpa lagi definisi bosan. Aku tak rasa bosan walaupun banyak rutin aku dah tak buat sejak balik.

Kat rumah, satu perkara yang aku suka, ialah menulis. Kat rumah lebih senang nak menulis. Tugasan pun terasa lebih senang nak dihabiskan. Mujur ada bekalan yang banyak aku bawak balik. Terima kasih jugak kat si dia yang sudi bersama aku di libry beberapa jam sebelum kami sama-sama balik ke rumah masing-masing – mencari buku bila bersama lebih sweet hehe..

Untuk jam ini, aku cuba habiskan entry terbaru untuk blog aku yang satu lagi. Dan malam, untuk tugasan pulak.

Jumpa lagi.

08.25 malam, 20hb Ogos. Hari Khamis, malam Jumaat.

Blackout. Maknenye ape?? Tak ada letrik la geng. Malam ni, malam ketiga berturut-turut letrik tetiba padam. Bergelap sudah. Tapi selalunye kejap je.

Sejak balik, hampir seminggu aku kat rumah ni, hari-hari ujan. Kadang-kadang diselang-seli dengan angin kuat dan kilat kuat. Jumaat lepas, waktu aku balik, seingat aku ada beberapa batang pokok tumbang sepanjang jalan yang aku lalui. Dasat giler.

Malam ni pun rasanya blackout sebab ada pokok tumbang lagi la ni. Bagi aku, suasana macam ni kalau takde, tak feel la hidup kat kampung. Dah biasa sangat. Belajar bercahayakan lilin. Kalau dulu-dulu lagi, guna pelita ayam yang lip-lap lip-lap, memang feel. Feel ngantuk laaagi laa..hehe.Mak kompem bebel bebel bebel.

Aku orang kampung. Bangga.

Tapi ada satu lagi yang nak aku kongsi. Malam ni, masuk malam ketiga aku rasa feel idup takde henfon. Sejak aku ade henfon, baru sekarang ni aku rasa camne kalau tetibe henfon tu takde. Maknenye, sama ada hilang ataupun rosak. Tapi henfon aku tak hilang. Cuma rosak. Petang tadi aku dah hantar ke kedai, Sabtu siap insya-Allah. Ahad balik ke desasiswa tercinta.

No YM.. No Blogs.. And now, no henfon.

Buat kawan-kawan kalau ade yang mesej atau kontek aku selama tempoh ni, maaf sangat-sangat. Segala kesulitan amat dikesali.

Jumpa lagi.




11.34 malam, 21hb Ogos.

Sebetulnya, hari ini sudah 1 Ramadhan. Mengikut perkiraan Takwim Qamari, usai matahari terbenam dan masuk waktu maghrib, sudah dikira hari baru. Dah pasang niat. Dah buat pun terawih untuk malam pertama. Azam. Azam. Sebulan.

Petang tadi keluar ke pekan Selama ngan Irwan ngan Shahril ngan Zaid. Imran tak balik. Satu geng takde so rasa macam tak lengkap. Neber mind hehe.. pelengkap boleh dicari.

Jumpa Silah ngan kawannye. A girl from Sabah. A Sabahan hehe..but we’re 1 rite. Kredit untuk Irwan n Silah.

Jumpa Aini yang baru pulang dari Penang. Makin lawa ko ek hahaha..

Ingat lagi Ramadhan tahun lepas aku jumpa Aini ngan Elida kat Komtar. Masa tu aku ngan Ika keluar shoping, seminggu sebelum balik raya. Kami bukak posa sama-sama kat satu warung. Perghh..tak sedap langsung hahaha..cekik jugak laa walaupun mencekik. Bayangkan due pinggan nasi goreng (pattaya ngan ayam) dan due gelas milo ais for RM14.50..tak bley blah betoi. Neber mind hehe..old story sweet memory.

Tadi terjumpa gak Fadilah (suma geng dulu-dulu ni hehe..). amboih kemain lagi dia layan MyFC.. sedap je melantak. MyFC ni ala-ala KFC laa tapi versi Melayu. Standard sebijik KFC. Menu pulak sangat best same mcm KFC. Kalau pi Sg. Petani tu ade restoran RFC yang ala-ala KFC gak. Kat sini MyFc jadi pengorak langkah. Bagus. Lawan produk Amerika.

Pas solat asar, singgah rumah cikgu Amin, sifu kami. Huhu..ade satu kelainan dalam kunjungan kali ni. Sejak dari tingkatan 1 kenal orang tua ni, sejak dah beratus kali melepak rumahnye, baru petang ni rezeki aku leh tengok due anak dara sifu hahahaha... astaghfirullah. Ampun. Ampun.

Macam selalu, kami berbual jauh. Banyak isu sempat kami kupas. Politik, ICT (aku ngantuk kalau Shahril start cakap pasal alam ni ngan cikgu huhu..), laptop, pilihanraya, macam-macam. Cikgu ni pakar ICT. Sekarang jadi penyelia ICT daerah LMS. Seminggu cume dua waktu je dia mengajor kat sekolah. Best betoi laa. Hnnssss...(bunyik efek hidung aku yang jeles hahahaha..)

Jumpa lagi.

02.25 pagi. 22hb Ogos bersamaan 1 Ramadhan.

Cik wan bgn kte sahur jom..
Penghantar: Ika
+601240@#$%
Pusat mesej:
+60120000015
Dihantar:
4-Okt-2007
04:50:11am

Sayu.

Aku tetiba teringatkan dia. Mesej ni dia hantar kat aku masa bulan posa pertama kami kat USM. Masa tu kami masih biasa-biasa tapi sudah rapat. Dia kejutkan aku. Kemudian kami sama-sama gi sahur kat kafe Cahaya Gemilang. Kami cari nasi lemak. Tiga pagi berturut-turut kami gi sana semata-mata nak sahur ngan nasi lemak. Ika suka sangat nasi lemak, tapi habis. Frust sangat aku rasa. Hari berikutnye kami dah tak pergi sebab giv up. Kami keluar sahur kat luar. Masa tu, sangat sweet. Aku rindukan semua tu.

Mungkin, dia dah tak ingat semua tu lagi. Sokey..neber mind. Cukup aku sorang yang ingat. Bagi aku, hidup bersama Ika sangat sweet. Aku tak mampu sikit pun nak lupakan semua tu. Sampai sekarang aku ingat semua yang pernah kami sama-sama lalui selama dua tahun bersama. Aku tetap berdoa dan berharap ada ruang untuk semua tu kembali bertaut.

Selamat malam. Semoga mimpi indah.

Jumpa lagi.

03.27 petang, 22hb Ogos.

Hujan. Lebat sungguh.

Alhamdulillah, artikel terbaru dah siap. Tunggu masa nak dipublishkan insya-Allah. Dalam cuti ni sempat aku habiskan dua artikel. Kalau kat kampus mebi lambat lagi la kot huhu..

Ade beberape jam lagi nak sampai waktu berbuka. Hajatnya nak ke bazar tapi dah hujan macam ni rasanya berbazar kat dapur je laa hehe.. Juadah ntk hari first : Nasi Ulam spesel..pergghh takde kat Penang ni geng hahahahaha...

Dan petang ni insya-Allah, henpon Sony aku siap hehehe..

Jumpa lagi.

02.54 petang, 23hb Ogos.

Satu : Dah sampai USM.

Dua : Balik ngan Ika.

Tiga : Redah ujan yang lebat. Basah.. Ika asek bebel kasut baru Crocdile dia basah..hik hik hik. Comel. (kasut Vky aku lagi mahal tak bising pun huhu)

Empat : Berita sedih bg aku. Enpon lagi dua minggu baru siap sbb hantar kilang. Sayang sgt fon ni. Takmo tukar baru.

Lima : Nak tidor..zZZZZzzzzz

-TAMAT-

Khamis, 13 Ogos 2009

EdiSi SeLaMat TiNggAL


the colours of dulu-dulu perhaps..hehe



three person in a diffrent point of views..


from a point of view.


the wakaf.



si sempoi deqYah.




granny.



pagi ni aku nak balik..
JADAM, rm5.30, harge yg x pnh2 nak naik..
(Sri Maju they should be jeles to me laa hehehehe)
thats all.
salam to all.

EdiSi NaK BaLiK

home
sweet
home
hehe...sok nak balik geng.
sape2 yg x blk tu, jage USM ni lek lok eh..

Selasa, 11 Ogos 2009

EdiSi KazOo : SE (not Liiimited Edition)

kazoo...


n me.

who is she??
next tym..




...i'll tell you.
wait aaa..

p/s: dun wori laa..shes not my scandal.hehe..

Isnin, 10 Ogos 2009

EdiSi Go Green - Tribiut untuk Lawyer itu

salam to all..memandangakn xde kelas ari ni (hampes khamis ni jadual bertindih plak, bengkel or kelas???) so aku sekali lagi melepakkan diri aku kat lab PHS 1 ni sambil berblogging..heh hobi.
ni la namenye hobi.
hobi yang agak berpekdah kata Pian.

berbetulan ngn tema aku kali ni, aku memuler sekali, nak ucapkan thanx n sori to kawan dari UIA - Nor Baiti - lawyer yg baru aku kenal, yg bagi ilham aku postkan entry ni wlupun mebi bukan indirectly laa..

Go Green - prejudis aku kesampingkan dulu hehe..

this so called pojek Go Green is saje2 je..xde pape pun. Aku skang enjoy ngan keje lapangan yang saje2 ni iaitu amek gamba. Modalnye kecik giler huhu..

so why not aku semakkan page ni ngan gamba2 (PICTA kate Miss Lolly hehe..) kehijauan kan..page aku suke ati aku laa..

Pian ko mesti cakap ade aku kesah kan..heh. Ko mang xde perasaan pun hehe.

ok geng..salam







Jumaat, 7 Ogos 2009

EdiSi SeSaWaNgan

seorang.terase sgt seorang..pagi sabtu cmni geng lelain byk yg suke menidurkan diri mereka lagi.hehe..amek peluang cuti-cutian camni kan.aku lak x reti nak tido pas subuh (klu bangun laa huhu..)

so, solutionnye aku pilih ke libry.ari ni libry lengang..x ramai geng kat sini pagi ni.mebi sbb ujan kot pagi td so ramai yg belum sedia tengok matahari lagi hehe..

masih terase seorang..sangat seorangan.

igbo
hausa fulani
yoruba.

nigeria..

aku nak cari bahan negritude dan agenda the big three.banyak yg dah dapat tp ase belum cukup mantap.aku decide nak ke lab je layan bahan dr laman sesawang..kat bilik tenet slow. (geng nanti korang suport aku kite serah memo kat penggawa ok)

tapi..hehe

sejak due jam yg lalu, aku masih bersesawang di blog..ziarah blog ke blog wekekekeh..ni la hobi aku sejak seorangan ni.nak wat camne kan..

igbo
hausa fulani
yoruba.

nigeria..

buku-bukuan je laa..

hehe.

Khamis, 6 Ogos 2009

EdiSi pOjEk IOP : SHAMAN

semalam patutnye turn aku presen ntk LSP 401 tp terpakse diposponkan sbb aku kne gi pusat sejahtera wat medical check up..siut tol org x ramai pun tp tunggu turn punye ler lamer.naik beku aku.


aku dah prepare enough2 ntk present ni.memacam word aku dah storagekan dlm kepale otak ni.satu pun aku make sure xde yg tertinggal.pepagi lagi aku dah gi print gambo2 yg sepatutnye ntk jd BBM/ABM..nak persuade rakan2 bukan keje mudah weh.kne ade bukti huhu..


antare gambo yg sempat terprint dek aku adalah seperti yg terupload kat bwh ni.


pe tajuk IOP aku??


hehe....SHaMaN









kunun2 je nie..jgn tertipu!!







terkelihatan ialah hantu2 yg x pnh pun aku tengok..ade cik toyol, rimau jadian,cik bungkus, org minyak..etc..

teringat aku dulu cmne chaos havocnye kg aku ble org minyak dtg attack..sebulan geng.

sebulan tu la kg aku x tenang.

org minyak ni giler sex..dia cari ank dara je.

tp hampeh, mak dara yg dah beranak pinak pun disebatnye (kire sambil menyelam minum air laa..)

ramai gak yg kena raped ngn org minyak ni.memang celaka laa..

mase tu, aku ingat lagi, suasanenye x ubah mcm dlm citer "30 days of night" .so korang bayangkan laa camne..





ni note yg sempat aku conteng..tp mende pun aku x tahu huhuu..aku sendri terpening ngan sendrinye pas bace note2 ni..







ni cik toyol..

ttbe aku teringat kat Cik Hantoo yg selalu YM ngan aku tu haha..cik Stacy ko jgn jeles eaa..Cik Hantoo yg telah memberikan ilham kat aku ni actly.Idea dia tu sengal tp terkadang bernilai tinggi gak hehe..mekaceh ek Cik Hantoo (Ghost_Mar)










lastly, brader rimau jadian ni...mcm garang je kan.tp aku leh detect yg gambo ni palsu semate-mate.npk sgt pakai gigi ngan taring tipu..pastu tampal tatoo byk2 kat face..cmni la omputeh dok nipu kite selame ni..



Selasa, 4 Ogos 2009

EdiSi MaNa KeMaNuSiaaN



geng, mana kemanusiaan???
gamba ni aku sedut dr surat kabor Kosmo pagi ni. Tak tau nak komen pe.. sbb tu aku tanye mana kemanusiaan. Kat bawah ni aku copy-pastekan sikit story sal berite menyayat hati ni..sama-samalah kita renung-renungkan dan cari ape sebabnye sume ni jadi kat bangsa Malaysia kita hari ni..
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.
"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
geng, mana kemanusiaan??

Ahad, 2 Ogos 2009

EdiSi TugAsaN

igbo





negritude



ade byk sbb nape aku x suke sakit cmni.antaranye yg kat atas ni laa..