Ahad, 23 Ogos 2009

CaTaTaN daRi SeLaMa

04.50 petang, 18hb Ogos. Hari keempat aku kat umah.

Cucur cempadak panas. Teh o panas. Dan hujan – sejuk. Dua orang sahabat – Irwan dan Shahril - baru saja balik, berlapuk dari jam 12 tengah hari tadi. Sekali sekala bagi aku tak membosankan. Banyak yang dibualkan bila bertemu jarang-jarang begitu. Tempatnya di wakaf depan.

Dan kini, aku kat depan laptop ni lagi. Tanpa wayarless, bermakna tiada YM dan tiada blog. Tapi aku tak jumpa lagi definisi bosan. Aku tak rasa bosan walaupun banyak rutin aku dah tak buat sejak balik.

Kat rumah, satu perkara yang aku suka, ialah menulis. Kat rumah lebih senang nak menulis. Tugasan pun terasa lebih senang nak dihabiskan. Mujur ada bekalan yang banyak aku bawak balik. Terima kasih jugak kat si dia yang sudi bersama aku di libry beberapa jam sebelum kami sama-sama balik ke rumah masing-masing – mencari buku bila bersama lebih sweet hehe..

Untuk jam ini, aku cuba habiskan entry terbaru untuk blog aku yang satu lagi. Dan malam, untuk tugasan pulak.

Jumpa lagi.

08.25 malam, 20hb Ogos. Hari Khamis, malam Jumaat.

Blackout. Maknenye ape?? Tak ada letrik la geng. Malam ni, malam ketiga berturut-turut letrik tetiba padam. Bergelap sudah. Tapi selalunye kejap je.

Sejak balik, hampir seminggu aku kat rumah ni, hari-hari ujan. Kadang-kadang diselang-seli dengan angin kuat dan kilat kuat. Jumaat lepas, waktu aku balik, seingat aku ada beberapa batang pokok tumbang sepanjang jalan yang aku lalui. Dasat giler.

Malam ni pun rasanya blackout sebab ada pokok tumbang lagi la ni. Bagi aku, suasana macam ni kalau takde, tak feel la hidup kat kampung. Dah biasa sangat. Belajar bercahayakan lilin. Kalau dulu-dulu lagi, guna pelita ayam yang lip-lap lip-lap, memang feel. Feel ngantuk laaagi laa..hehe.Mak kompem bebel bebel bebel.

Aku orang kampung. Bangga.

Tapi ada satu lagi yang nak aku kongsi. Malam ni, masuk malam ketiga aku rasa feel idup takde henfon. Sejak aku ade henfon, baru sekarang ni aku rasa camne kalau tetibe henfon tu takde. Maknenye, sama ada hilang ataupun rosak. Tapi henfon aku tak hilang. Cuma rosak. Petang tadi aku dah hantar ke kedai, Sabtu siap insya-Allah. Ahad balik ke desasiswa tercinta.

No YM.. No Blogs.. And now, no henfon.

Buat kawan-kawan kalau ade yang mesej atau kontek aku selama tempoh ni, maaf sangat-sangat. Segala kesulitan amat dikesali.

Jumpa lagi.




11.34 malam, 21hb Ogos.

Sebetulnya, hari ini sudah 1 Ramadhan. Mengikut perkiraan Takwim Qamari, usai matahari terbenam dan masuk waktu maghrib, sudah dikira hari baru. Dah pasang niat. Dah buat pun terawih untuk malam pertama. Azam. Azam. Sebulan.

Petang tadi keluar ke pekan Selama ngan Irwan ngan Shahril ngan Zaid. Imran tak balik. Satu geng takde so rasa macam tak lengkap. Neber mind hehe.. pelengkap boleh dicari.

Jumpa Silah ngan kawannye. A girl from Sabah. A Sabahan hehe..but we’re 1 rite. Kredit untuk Irwan n Silah.

Jumpa Aini yang baru pulang dari Penang. Makin lawa ko ek hahaha..

Ingat lagi Ramadhan tahun lepas aku jumpa Aini ngan Elida kat Komtar. Masa tu aku ngan Ika keluar shoping, seminggu sebelum balik raya. Kami bukak posa sama-sama kat satu warung. Perghh..tak sedap langsung hahaha..cekik jugak laa walaupun mencekik. Bayangkan due pinggan nasi goreng (pattaya ngan ayam) dan due gelas milo ais for RM14.50..tak bley blah betoi. Neber mind hehe..old story sweet memory.

Tadi terjumpa gak Fadilah (suma geng dulu-dulu ni hehe..). amboih kemain lagi dia layan MyFC.. sedap je melantak. MyFC ni ala-ala KFC laa tapi versi Melayu. Standard sebijik KFC. Menu pulak sangat best same mcm KFC. Kalau pi Sg. Petani tu ade restoran RFC yang ala-ala KFC gak. Kat sini MyFc jadi pengorak langkah. Bagus. Lawan produk Amerika.

Pas solat asar, singgah rumah cikgu Amin, sifu kami. Huhu..ade satu kelainan dalam kunjungan kali ni. Sejak dari tingkatan 1 kenal orang tua ni, sejak dah beratus kali melepak rumahnye, baru petang ni rezeki aku leh tengok due anak dara sifu hahahaha... astaghfirullah. Ampun. Ampun.

Macam selalu, kami berbual jauh. Banyak isu sempat kami kupas. Politik, ICT (aku ngantuk kalau Shahril start cakap pasal alam ni ngan cikgu huhu..), laptop, pilihanraya, macam-macam. Cikgu ni pakar ICT. Sekarang jadi penyelia ICT daerah LMS. Seminggu cume dua waktu je dia mengajor kat sekolah. Best betoi laa. Hnnssss...(bunyik efek hidung aku yang jeles hahahaha..)

Jumpa lagi.

02.25 pagi. 22hb Ogos bersamaan 1 Ramadhan.

Cik wan bgn kte sahur jom..
Penghantar: Ika
+601240@#$%
Pusat mesej:
+60120000015
Dihantar:
4-Okt-2007
04:50:11am

Sayu.

Aku tetiba teringatkan dia. Mesej ni dia hantar kat aku masa bulan posa pertama kami kat USM. Masa tu kami masih biasa-biasa tapi sudah rapat. Dia kejutkan aku. Kemudian kami sama-sama gi sahur kat kafe Cahaya Gemilang. Kami cari nasi lemak. Tiga pagi berturut-turut kami gi sana semata-mata nak sahur ngan nasi lemak. Ika suka sangat nasi lemak, tapi habis. Frust sangat aku rasa. Hari berikutnye kami dah tak pergi sebab giv up. Kami keluar sahur kat luar. Masa tu, sangat sweet. Aku rindukan semua tu.

Mungkin, dia dah tak ingat semua tu lagi. Sokey..neber mind. Cukup aku sorang yang ingat. Bagi aku, hidup bersama Ika sangat sweet. Aku tak mampu sikit pun nak lupakan semua tu. Sampai sekarang aku ingat semua yang pernah kami sama-sama lalui selama dua tahun bersama. Aku tetap berdoa dan berharap ada ruang untuk semua tu kembali bertaut.

Selamat malam. Semoga mimpi indah.

Jumpa lagi.

03.27 petang, 22hb Ogos.

Hujan. Lebat sungguh.

Alhamdulillah, artikel terbaru dah siap. Tunggu masa nak dipublishkan insya-Allah. Dalam cuti ni sempat aku habiskan dua artikel. Kalau kat kampus mebi lambat lagi la kot huhu..

Ade beberape jam lagi nak sampai waktu berbuka. Hajatnya nak ke bazar tapi dah hujan macam ni rasanya berbazar kat dapur je laa hehe.. Juadah ntk hari first : Nasi Ulam spesel..pergghh takde kat Penang ni geng hahahahaha...

Dan petang ni insya-Allah, henpon Sony aku siap hehehe..

Jumpa lagi.

02.54 petang, 23hb Ogos.

Satu : Dah sampai USM.

Dua : Balik ngan Ika.

Tiga : Redah ujan yang lebat. Basah.. Ika asek bebel kasut baru Crocdile dia basah..hik hik hik. Comel. (kasut Vky aku lagi mahal tak bising pun huhu)

Empat : Berita sedih bg aku. Enpon lagi dua minggu baru siap sbb hantar kilang. Sayang sgt fon ni. Takmo tukar baru.

Lima : Nak tidor..zZZZZzzzzz

-TAMAT-

0 comments: