Selasa, 4 Ogos 2009

EdiSi MaNa KeMaNuSiaaN



geng, mana kemanusiaan???
gamba ni aku sedut dr surat kabor Kosmo pagi ni. Tak tau nak komen pe.. sbb tu aku tanye mana kemanusiaan. Kat bawah ni aku copy-pastekan sikit story sal berite menyayat hati ni..sama-samalah kita renung-renungkan dan cari ape sebabnye sume ni jadi kat bangsa Malaysia kita hari ni..
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.
"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
geng, mana kemanusiaan??

0 comments: