Post ni sepatutnya berbaur serius yang tidak ketara. Pertama sekali, aku tak pedulik apa orang nak kata lepas baca catatan ni. Kedua, juga nak jwb soalan yg selalu ditanyakan – aku berblogging untuk apa?
Aku berblogging sbb aku suka menulis. Ramai orang selain aku yg ada blog dan diorang jugak menulis. Bezanya, ada yg sampai buat duit, ada yg sampai gelemernya ngalahkan selebriti, dan tak sikit juga yg jenis suam-suam kuku mcm aku ni, sekadar memeriahkan majlis.
Aku menulis sbb aku tak suka bercakap. Bercakap dan menulis sgt tak sama. Bila bercakap, mulut cenderung mengawal akal, emosi cenderung menguasai diri. Tapi menulis tak. Mulut tak bercakap bila menulis. Lagi diam mulut seseorang, lagi banyak yg mampu dituliskan. Kenapa menulis? Sbb ia satu sistem berfikir yg sentiasa bergerak.
Kamu berfikir sesuatu dan kamu salurkannya melalui tulisan, sekurang-kurang, masih ada ruang untuk mengundur. Kamu tidak susah untuk menekan ‘backspace’ atau ‘delet’ di papan kekunci atau memotong atau memadam jika menggunakan pen atau pensel berbanding bercakap sambil berfikir kerana ketika itu, kemungkinan untuk ‘terbabas’ tanpa sempat mengelak atau ‘terlajak kayuh’ hingga tak mampu mengundur lagi adalah tinggi. Sentiasa tinggi.
Menulis seharusnya dipimpin oleh etika-etika tertentu, misalnya, tahu terlebih dahulu apa yg hendak dituliskan, jaga fakta dan sedar akan impaknya.
Tapi hari ni, kerana lambakan laman-laman sosial di alam maya, terbaru yg baru saja aku join pagi tadi ialah Foursquare, membolehkan sesiapa saja menjadi penulis dan penerbit sekali gus. Ini bagi aku banyak yg negatif. Sebabnya, tugas-tugas penyampaian berita dan ilmu kini boleh diambil oleh sesiapa saja khususnya bg pengamal media baru mcm bloggers ni. Apa-apa pun boleh ditulis, lelagi atas nama kebebasan. Soal kredibiliti hilang lenyap. Ini jelas, adalah racun yang bakal merosakkan.
Dan lagi, hari ini, kita terlalu cenderung untuk bersikap terbuka. Kita tidak segan tidak silu lagi untuk berkongsi kisah hidup. Perkara ini jelas tidak berlaku kira-kira 15 tahun dahulu, tetapi alaf baru kemudiannya menjadikan kita sebagai manusia-manusia yg seronok bersosial tanpa sempadan.
Sebagai contoh, aplikasi sediaan laman sosial banyak yg membenarkan kita update berita terkini seperti lokasi, perasaan, apa yg kita sedang buat, ke mana kite nak pergi, dengan siapa, sedang merajuk, marah, suka, bahagia…semua tu dikongsikan secara terbuka kpd dunia. Dengan satu, dua atau puluhan komentar kemudiannya, kita semakin leka dan alpa.
Bagi aku, ini juga satu lagi contoh bagaimana kita terjelopok ke dalam perangkap psy-ops musuh-musuh. Nauzubillah. Kepada rakan-rakan, kisahlah dengan kehidupan anda. Perlu ada ruang-ruang tertentu yg kekal milik anda selamanya.
0 comments:
Catat Ulasan