Khamis, 23 September 2010

Gembira Dunia



Happy atau gembira ialah kata sifat kejadian manusia yang diimpikan setiap masa kerana ia menunjukkan manusia itu dalam keadaan tidak berduka, tidak rawan dan penuh kesukaan terisi di pundak jiwanya. Ia satu tuntutan psikologi. Setiap manusia mahu bergembira, seboleh dan sedapat mungkin.

Dalam orde baru dunia, manusia dipaksakan supaya bergembira. Apa-apa saja yang cuba dipaksakan ke atas manusia adalah supaya mereka akhirnya berasa gembira dan lupa akan kesengsaraan dunia. Natijahnya, ketika bumi Iraq dan Afghanistan lumat dilanyak, di sepertiga dunia yang lainnya termasuk kita di sini, masih ramai yang mampu bergembira tanpa banyak memikirkan tentang penderitaan dan kesengsaraan manusia-manusia di sana.

Ia seolahnya berbunyi, dunia itu mengasyikkan dan dicipta sebegini rupa untuk mengaburi tindakan-tindakan luar norma oleh pihak-pihak tertentu, yang turut berperanan mewujudkan sistem orde baru tersebut. Sama ada ini kita sedar atau pun tidak, inilah hakikatnya, yang secara halus dan tersembunyi sedang menguasai diri kita, minda kita; senjata persepsi yang cukup berbahaya.

Lewat abad ini, sebagai contoh, kita melihatkan ratusan jenis emoticon atau animasi yang membawa ekspresi manusia. Paling ketara tentunya emoticon yang tersenyum manis. Ia sebenarnya adalah lambang halus yang cuba memujuk manusia supaya sentiasa berasa gembira dan melupakan masalah-masalah yang berlaku di sekeliling. Kita dapat melihat perkara ini tersebar dengan begitu terancang hampir di setiap sudut kehidupan manusia di dunia.

Emoticon yang tersenyum, ketawa, berseronok dan berbahagia adalah sebahagian daripada racun untuk menguasai minda manusia khususnya umat Islam. Memang, umat Islam adalah sasarannya. Sayang sekali kerana memang pula ramai umat Islam yang terjebak sehingga terlupa dengan tuntutan supaya kita sentiasa berasa risau dengan kehidupan di dunia. Bukannya kita tidak dibolehkan mempunyai rasa gembira kerana ia juga adalah sunatullah, tuntutan yang mulia nilainya, tetapi dalam orde baru dunia yang dibawa oleh Yahudi ini, mereka menginginkan kita melupakan terus permasalahan dunia!

Dalam diri setiap orang Islam itu harus sentiasa ditanam dengan rasa risau dan bersama-sama memikirkan permasalahan umat. Secara kolektif, inilah tugas dan tanggungjawab kita kepada masyarakat, dan kini menjadi tuntutan pula kepada kita untuk melawan anasir hitam tersebut daripada meresap ke dalam minda anak bangsa.

0 comments: